Saturday, August 23, 2014

langkah

Mungkin langkah baru kan bermula
Ada jejak yang kian dinanti
Mungkin sedar namun selalu alpa
Langkah ini langkah cinta
Cinta para pejuang yang rindu
Syahid menuju cinta Rabb

Rahmat illahi barakah seribu erti
Bukan Dia menguji tanpa hikmah menanti
Allah, indah benar ujian itu
Kerana pengakhirannya bawa bahagia 
Banyak nikmat kadang aku kufur
Sedang isi keluarga paling mengerti
Cinta pada darah daging kemana hilang
Bertemu mata hati pasti tertaut
Itu cinta seisi dunia.

"Kadang2 Allah berikan kita kilat dan petir, manusia tertanya tanya ke mana hilangnya sang mentari, rupa rupanya Allah nak hadiahkan pelangi"

Subhanallah. Pelangi itu cukup indah wahai Rabbku Allah. Cukup indah hingga sendirian terpana. Hanya mampu mengukir senyum . Terasa barakah.

Moga jalan ini dipermudahkan. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan.

Kemaman,  Malaysia
23.8.2014
Its a beautiful day♡
11.59 pm

1 comment:

  1. Tahniah.. Moga kekal bahagia ke hujung hayat. Bercinta hingga ke syurga :)

    ReplyDelete

Follow Us @kedakulitcantik