Thursday, March 24, 2016

24032016 [ 8 bulan ]

7:57 AM 0 Comments
Hari ni 24.3.2016. Maksudnya, dah genap 8 bulan kahwin. 
Lagi 4 bulan nak setahun. Alhamdulillah, walaupun duk berasingan daripada suami, tapi Allah masih lagi berikan kekuatan untuk melalui hari-hari seperti biasa dekat Volgo ni.
Terkadang rindu, biasalah. Siapa tak rindu dengan pasangan masing-masing. 

8 bulan kahwin, rasa macam banyak benda lagi kene belajar. Banyak lagi nak kene topap sebelum balik Malaysia dan jadi isteri sepenuh masa. 

Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini untuk menghadapi ujian-ujian di alam perkahwinan di masa akan datang. Ujian sekecil ini pun boleh goyah, apatah lagi ujian yang jauh lebih besar. 
Moga Allah kuatkan hati kami untuk saling mencintai walaupun faktor jarak yang jauh memisahkan, faktor masa yang berbeza , walaupun jarang contact each other, moga Allah jaga hati-hati ini. 

Allah selalu ada untuk kita, titip doa selepas solat agar hati sentiasa teguh terikat. 
Apa sahaja yang berlaku, ujian yang Allah berikan semuanya sebab Allah sayang hambaNya.

Tak sabar rasanya nak balik Malaysia, mungkin cuaca dekat Volgo ni tak sesuai untuk kesihatan aku.
Sayang nak tinggal Volgo. Tapi hati lebih cinta pada tanah air sendiri. 



Selamat menempuhi bulan ke 9 kahwin. 
Semoga yang baik-baik sahaja akan berlaku.<3

volgograd, russia
5.55pm
24.03.2016 

Friday, January 22, 2016

nikmat

12:32 PM 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah Allah masih berikan aku nikmat oksigen, untuk aku terus bernafas di muka bumi ini. Sedang dosa yang menggunung ini, saban hari dengan maksiat yang masih aku lakukan, Allah masih sudi memberikan aku nikmat hidup, merasai keindahan Volgograd dilitupi salji putih. Indah.
Moga Allah sentiasa memelihara hati ini, jiwa ini, nafsu ini daripada perkara-perkara dosa.
Semoga hati - hati ini sentiasa terikat padaNya.

Dalam hidup ini Allah sentiasa memberikan pilihan kepada kita. Pilihan untuk bahagia sentiasa ada di tangan masing-masing. Jika kita sentiasa yakin dengan ketentuan Allah, hati kita pasti akan sentiasa tenang dan bahagia.
Allah hadirkan kepada kita orang-orang yang sangat penting untuk sentiasa berada di sisi kita.
Dan mereka adalah orang yang berhak di santuni.

Walau apa pun yang berlaku, yakinlah Allah sentiasa sayang pada hambaNya.
Kerana itu kita perlu kasih mengasihi satu sama lain.

volgograd, rusia
11.30pm
22 januari 2016

Friday, January 15, 2016

salam rindu untuk blog yang dirindui

12:32 AM 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Salam alaykum blog ku yang tercinta. Setahun lepas banyak benda yang di curahkan di sini.
Rindu sangat nak menulis kembali.
Rasanya sudah berkarat otak. Kalau dulu mudah sahaja , laju sahja jari jemari ini meluncur laju menaip.

Allah, lama sangat tidak menjengah ke blog usang ni. Bila baca catatan sebelum ini terasa kerdilnya aku. Kerdilnya di hadapan Tuhan. Aku masih lagi diberikan kekuatan dan masih diberikan nikmat oksigen untuk terus hidup di muka bumiNya ini. Banyak benda yang berlaku . Aku lupa dah bila kali terakhir aku menulis di blog usang ini. Mungkin, nanti aku boleh cek balik last post bila.

Terima kasih blogku sebab masih lagi sudi dan setia menjadikan ku tuanmu. Meskipun sudah lama kita tidak bersua. Pelik kan. Aku pun pelik. Kenapa dah lama aku tidak menulis di sini. Berkunjung pun tidak. Nak menulis jauh sekali.

Sedar tak sedar sekarang dah Tahun 6 dah. Tahun terakhir aku di Volgograd.
5bulan lepas aku pun dah berkahwin dengan teman baikku yang hanya Alah tahu betapa akulah hambaNya yang sangat bahagia dan beruntung. 5 bulan ini, hidupku sama sahaja. Cuma lebih tenang daripada biasa.
Banyak nikmat Allah yang patut aku syukuri. Dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang, gigih berusaha , baik orangnya. Termakbul juga doa nak suami yang tak merokok. Alhamdulillah. He's the one. The one that choosen by You . Jawapan kepada setiap doa dan solat malamku.
Apa yang ku harapkan, moga aku menjadi isteri yang taat dan solehah kepadanya.

Ya, jalan untukku ke syurga menjadi mudah. Terbentang luas untukku. Takkan ku sia-sia kan.
Harus tabah dan jadi yang terbaik.

Mereka yang sentiasa mencintai satu sama lain. Moga Allah turut mencintai mereka.

Salam sayang untuk blogku yang sentiasa setia sejak zaman muda remaja ku lagi :')


volgograd, russia
15.1.2016
SELAMAT TAHUN BARU 2016 BLOG USANGKU. 

Follow Us @kedakulitcantik