mungkin melihatkan sahaja buat hati resah
gelisah dengan ketentuan Illahi
kadang senja yang berlabuh
di ufuk merah nun seberang
tinggal hati pada sebuah tanda tanya.
mengapa dipersoalkan ketentuan Allah
mengapa bongkak mahu mencabar Tuhan
apakah akur sahaja jadi jawapan
mungkin tidak bahkan kebarangkalian itu zero
mengapa mahu menduga.
ada orang suka dan bahagia
rasa enak dengan hidup yang serba mewah
rasa anggun dengan busana indah
tiada benak yang mahu memikirkan
apakah kekal hidup di dunia.
ada orang kecewa dan sedih
tak pernah senyum bahkan mendung segala
kadang hidup dirasakan sia sia
tiada daya mahu asa
tinggalkan dunia bawa hati yang lara
ada manusia..
ya. ada manusia..
ada manusia yang hidup bertuhankan nafsu
tak pernah cukup dengan dunia
lalu apakah erti kehidupan seusai mati.
bingung kadang bicara tanpa iman,
hingga amal langsung tidak terjejak
mengapa jadi begitu
sedang Tuhan itu selalu ada
mahu mendengar rintihan hambaNya
saban malam mahu lelap
bilakan hati mahu dekat padaNya.
Tuhan,
beri aku erti hidup
mencari dan terus berlari
tak pernah lelah
agar aku mengerti
dunia bukan segala galanya.
kuala lumpur, malaysia
12.05pm
gelisah dengan ketentuan Illahi
kadang senja yang berlabuh
di ufuk merah nun seberang
tinggal hati pada sebuah tanda tanya.
mengapa dipersoalkan ketentuan Allah
mengapa bongkak mahu mencabar Tuhan
apakah akur sahaja jadi jawapan
mungkin tidak bahkan kebarangkalian itu zero
mengapa mahu menduga.
ada orang suka dan bahagia
rasa enak dengan hidup yang serba mewah
rasa anggun dengan busana indah
tiada benak yang mahu memikirkan
apakah kekal hidup di dunia.
ada orang kecewa dan sedih
tak pernah senyum bahkan mendung segala
kadang hidup dirasakan sia sia
tiada daya mahu asa
tinggalkan dunia bawa hati yang lara
ada manusia..
ya. ada manusia..
ada manusia yang hidup bertuhankan nafsu
tak pernah cukup dengan dunia
lalu apakah erti kehidupan seusai mati.
bingung kadang bicara tanpa iman,
hingga amal langsung tidak terjejak
mengapa jadi begitu
sedang Tuhan itu selalu ada
mahu mendengar rintihan hambaNya
saban malam mahu lelap
bilakan hati mahu dekat padaNya.
Tuhan,
beri aku erti hidup
mencari dan terus berlari
tak pernah lelah
agar aku mengerti
dunia bukan segala galanya.
kuala lumpur, malaysia
12.05pm
No comments:
Post a Comment