Tuesday, December 31, 2013

labuhan 2013

11:46 AM 0 Comments
Sebagaimana tahun berganti tahun. begitulah tahun 2013 berakhir, membawa kehadiran 2014.
masa yang berlalu semakin pantas. manusia sedar atau tidak, masa tetap berlalu. walhal, jika ditanya kan pada diri sendiri, apa yang sudah kau lakukan pada tahun lepas. Azam yang lepas terlakanakah semuanya.
Bagaimana iman mu? takwa mu? 
tarbiyah mu?
dakwah mu?
sumbanganmu pada masyrakat, pada agama?

duduk sejenak dan fikirkan. Ya, umur hanya sekadar angka. Umur hanya angka.
angka yang ajaib. Setiap kali bertambahnya umur kita, sedar atau tidak, kita adalah manusia yang sentiasa bertambah tanggungjawabnya. 
Sejujurnya, tanggungjawab itu sentiasa menimbun untuk diri ini. Tak pernah langsai. Ada saja. 
seronok.
sebab masa mudaku tidak seperti yang lain. sentiasa di himpit masa yang tak pernah cukup. 
gerak kerja untuk ummah masih menimbun. kerja2 pembaikan diri sendiri. Kerja untuk ummah.
takkan selesai selagi belum tertegaknya ustaziatul alam.

mahukah rasa penat secepat ini?

Ayuh jadi pemuda pemudi harapan Islam.
acuan Islam. yang menggunakan masa mudanya dengan efektif, yang tak pernah lelah mengejar syurga.
Dunia hanya perhiasan. Taman permainan ciptaan Allah untuk menilai sejauh mana cinta kita padaNya. 
masih banyak kerja kita wahai jundi2 Allah. 

Tahun berganti tahun. Umur ku sendiri bakal memasuki angka 22 tahun. Sudah ramai temanku seusia ku ini yang sudah memasuki alam rumah tangga. Siapa kata  aku tiada keinginan untuk kahwin kala umur yang sangat mantap untuk bekerja kuat ini. Ia. Kebarangkalian untuk jatuh cinta itu tinggi pada umur begini. Tapi siapalah kita untuk menidakkan fitrah terindah yang Allah cipta untuk kita. Mungkin belum tiba waktunya. 
Cukuplah aku menginfakkan umur yang ada ini untuk keluargaku, untuk ummah yang sangat memerlukan sentuhan2 tarbiyyah. Dan ckuplah umur semuda ini untuk aku guna dalam mencari gali ilmu yang masih selautan tidak aku selami. ya, umur yang muda ini. Aku ikhlaskan hatiku untukMu Allah. 
Soal jodoh, kahwin, nikah dan seangkatan dengannya ku biarkan ke tepi. Tak mahu ku sentuh apa lagi mengusik walau sikit, bimbang bukan waktunya. 
Aku yakin, andai tiba waktu yang tepat, jodoh yang tepat, semua itu pasti berlaku dengan izinMu. 

untuk sekarang, dan umur yang mendatang ini, aku ingin menghidupkan diri ini dengan cinta kepadaMu, cinta pada keluargaku , cinta pada akhowatku , cinta pada dakwah dan tarbiyyah ku..

Allah, hadirkanlah pada ku jiwa2 insan yang turut mencintaiMu, agar bertambah kekuatan hatiku untuk mencintaiMu. 

Akhowati, saudara-saudara ku, umur satu perkara yang penting. 
bermula dari sekarang, kita harus gunakan umur kita sebaik mungkin. Untuk menuntut kemerdekaan dan menebus kesengsaraan saudara2 se akidah kita di Palestin, Syria, Mesir , Rohingya.

kita ada tugas besar sebagai khalifah Allah.
Moga Allah menilai segala usaha dan amalan kita sepanjang kita hidup di bumi pinjamanNya.

Allah.

Selamat Tahun Baru 2014.

semoga Allah redha.

:)


volgograd, russia
31 Disember 2013
*pray for us regarding bombing issues in volgograd
*may Allah protects us, inshaaAllah 

Thursday, December 19, 2013

derajat

9:34 AM 0 Comments
Hati istighfar
mulut tak henti2 mengumam
sabar ke tu??

Tiada ujian yg berlaku ke atas dirimu yang Allah tak tahu..
setiap kali diri ini mengumam ujian2 yg bertimpa, rasa mahu lempang diri sendiri sebab cakap tak serupa bikin.

Kata sabar..
kata sahaja..
praktikalnya?? Campak masuk longkang ke?
Kenapa tak seiring?

Bukan kah ujian yg Allah berikan itu untuk meninggikan darjat kita.
so.. jangan mengeluh!

Untuk setiap masalah, ujian
pasti ada jalan keluar.

"Bersabarlah dgn kesabaran yang baik" 70:5

Ujian tanda Allah sayang. Tanda Allah cinta.
Ujian tu Allah nk tgk hati kita bersih ke tidak.

Bersih ke hati kalau mulut duk mengumam mengeluh..
manusia tetap manusia. Manusia lemah. Sebab tu la ad syurga ada neraka.
xkan selamanya nk jafi org yg lemah kalau nk mengejar syurga Allah???

Tepuk dada tanya iman.

k.bai

Tuesday, December 10, 2013

ujian

6:00 PM 0 Comments
Bila Tuhan sedang mengujiku, Dia hadirkan aku berbagai ujian utk melihat sejauh mana keyakinanku padaNya.

Ujian ini boleh jdi disebabkan dosa-dosaku pdNya. Tidak meletakkan Dia sebgai perkara utama yg patut aku cintai lebih dripada segalanya.

Ujian ini sebagai titik tolak utk aku kembali mencari hati yg hilang. Mungkin Allah ingin menegurku, mentarbiyyahku. 
Andai diberi emas permata cinta dunia sekalipun, aku hanya akan berlari menuju cintaMu yaAllah. 

Bukan dunia yg aku cari, banyak sudah gelak tawa dunia yg membutakan hati.
Aku tidak mahu hatiku buta utk akhirat. 
Biarlah buta di dunia asal aku dpt melihat syurgaMu di akhirat. 

"......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, pdhal itu baik utk kamu, dan boleh jdi kamu tidak menyukai sesuatu pdhal itu tidak baik bgmu. Allah mengetahui sedg kamu tidak mngetahui" 2:216


Hati milik Allah. 
Mana mungkin aku jauh dripada Sang Pemilik hati.

Follow Us @kedakulitcantik