Sunday, February 24, 2013

iman, ukhuwah , akhowat

7:55 PM 0 Comments

Tunjang kekuatan hati adalah keimanan kepada Allah.
Bila mana seseorang itu meletakkan Allah dalam seluruh kehidupannya, pasti segala galanya adalah yang terbaik. Biarlah buruk sekali pun , atau baik sekali pun. Kerana rasa keimanan itu melahirkan kekuatan dalaman yang sangat abstrak. Rasa kebergantungan kepada Allah dalam setiap hal.

alhamdulillah. mencakupi setap ruang lingkup kehidupan ini, Allah masih lagi mengurniakan saya nikmat oksigen untuk terus bernafas dan hidup di buminya. Dan betapa besarnya nkmat Islam yang tak terhingga yang Allah berikan pada saya, sehingga seluruh kehidupan saya Islam sudah berikan garis panduan sebenarnya. Saya yakin, tiada manusia di bumi ini yang dilahirkan, membesar tanpa sebarang masalah. so do I. kita takkan mampu lari daripada masalah kecuali kita berusaha untuk menghadapinya.
hadapi dengan hati yang tenang serta pergantungan 100% kepadaNya. InsyaaAllah , pasti dipermudahkan. Dan ingatlah, setiap yang berlaku, ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya. Sesuatu yang berlaku bukanlah sia2. ada alasannya. tinggal kita untuk berfikir sahaja. 

pada saya, memang berat kali ini saya di uji. Banyak hal, banyak masalah, banyak konflik dalaman dan luaran. Tapi Allah knows the best things for me. Mungkin juga ujian ini sebagai kifarah dosa, dan mungkin ujian ini sebagai penguat hati dan lebih mendekatkanku padaNya. Alhamdulillah atas setiap perkara.
bersangka baiklah pada Allah. Allah itu mengikut sangkaan kita. maka sentiasalah bersangka baik pada Tuhan kita, Allah.

jujur saya katakan , jika saya seorang diri yang menghadapi ujian ini, pasti saya rebah, lemah x bermaya, putus asa , lembik di tengah jalan, tapi mujurlah saya tak pernah keseorangan. Hidup dalam kalangan akhowat sangat terjaga. Akhowat. mereka lah sumber kekuatan saya dalam menjalani hari2 di sini. saat saya lemah, ada yang sudi memberikan kata2 semangat, saat saya dilanda kesusahan, mereka sanggup bersusah payah menolong saya. Bila saya hampir putus asa, mereka tunjukkan betapa kuatnya mereka menjalani hidup mereka. Betapa kuatnya hubungan mereka dengan Allah sehingga hubungan dengan manusia terjaga rapi. Hablu mina Allah, hablu mmina nnas. Saat kefuturan melanda, melihat mereka sahaja mengingatkan ku pada Allah, lantas terasa graf iman semakin bertambah dan 'recharge'.

benarlah, jika kamu rasa futur, lemah, saling lah, duduklah dalam kalangan akhowat. teringat lagi kata2 seorang ukhti yang belajar di RCSI di Malaysia. memang kata2 itu betul.saya sendiri merasakannya.betaa ukhuwah sesama kami itulah yang menguatkan kami untuk terus berjuang di jalan ini.

sahabat yang baik, adlaah seseorang yang apabila kamu memandang wajahnya, mengingatkan kamu pada Allh. jazakumullahu khair khathiran akhowati.. InsyaaAllah, i wanna be dat sahabat too. 

indahnya ukhuwah keranaMu itu. subhanallah.


volgograd, Russia
7.42a.m

Saturday, February 23, 2013

#bonda

9:45 AM 0 Comments
ujian yang datang silih berganti
bagai menabur butiran garam
di luka yang masih bernanah.
antara kasih sayang dan benci
aku tahu sukar untukmu menelannya
antara anak dan musuh
engkau masih tegar dengan cinta

bonda..
andai yang lain tidak mahu mengerti
biarlah aku mejadi anak yang memahami
agar aku bisa menjadi
penyembuh luka mu
walau ku tahu aku bukanlah penawar
namun sekurang kurangnya
aku ingin kau tahu
aku sangat mencintaimu bonda
biarlah aku menjadi anakmu
anak yang solehah
yang sentiasa menyenangkan mu
membahagiakanmu..
dan mendoakanmu.

bonda
anakanda sayang bonda..
sampai syurga.


volgograd, russia
9.45pm

Wednesday, February 20, 2013

#lelaki

1:14 PM 0 Comments
bismillahirrahmanirrahim.

jika seorang lelaki itu menghormati seorang wanita, seorang wanita yang begitu banyak berjasa dalam kehidupan mereka.maka, lelaki itu layak di hormati juga. 

syurga seorang lelaki letak di bawah telapak kaki ibunya. wlau di mana pun mereka berada. Ibu adalah wanita paling utama yang harus berada di hati mereka. Tingginya darjat seorang wanita diangkat oleh Allah. Wahai betapa beruntungnya seorang wanita itu, jika anak yang dilahirkannya, dibesarkan dan di sekolahkan itu, membesar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa dan agama. anak yang soleh.

saya. nak cakap tentang sesuatu. tentang seorang lelaki yang menghormati wanita. ya. spesifiknya. 
saya sangat meghormati lelaki yang memuliakan seorang wanita. 
saya lebih suka jika lelaki itu faham siapa saya dan tahu saya seorang muslimah. maka, secara tidak langsung, mereka akan lebih menjaga perkataan mereka dan perbuatan mereka. ya.. saya menggunakan perkataan muslimah itu sebagai benteng untuk saya tidak di layan sama seperti wanita2 lain di luar sana. sebab bgi saya, seorang muslimah itu wajar dilayan secara 'high class'. 

'high class' nya bila seorang lelaki tidak berani sesuka hati menepuk nampar mereka.
'high class'nya  bila seorang lelaki itu tidak berani bercakap kasar dengannya, atau mengeluarkan perkataan2 yg x enak. cthnya: b***h , hot chick and etc. 
'high class ' nya bila lelaki itu tidak sewenang wenangnya menghampiri atau duduk di tepi waita itu tanpa sebab ,pekerjaan atau alasan yang kukuh.
"high class' nya bila lelaki itu hanya menegur wanita itu bila perlu.

high class. ya. 

jika anda mahu adik/ kakak perempuan anda dilayan dengan secara 'high class', kenapa tidak mulakan dengan anda dahulu. 

hormati ibu anda. kasihi kakak dan adik perempuan anda. 
hargai mereka. InsyaaAllah anda sudah menjadikan mereka sebagai wanita yang ' high class'.


23 februari ni  adalah Men's Day. to all men...semoga menjadi rijjal yang hebad yang bergaya, yang ohsem untuk keluarga dan Islam yang tercinta.. InsyaaAllah

volgograd, russia
21.2.2013
1.13 a.m


Wednesday, February 13, 2013

takdir #puisi

12:55 PM 0 Comments
biar waktu yang menentukan
biar Tuhan yang mentakdirkan

jika Tuhan takdirkan itu
maka biarlah ia yang terbaik untukku.

biar diam menjadi bicara
pada sebuah soalan yang tiada diungkap
pada jalan yang tak pernah berarah
pada hati yang tak pernah mengerti.

bila tiba masanya
ku harap
itulah ketetapan daripadaNya
yang terbaik untukku.



volgograd, Russia
12.53am

muslimah

12:37 PM 0 Comments
walau apa pun yang berlaku.. siapa pun dikau pada masa silam mu, bangkitlah muslimah. 
bangkitlah. kita mungkin pernah merasa titik hitam yang gelap itu. tapi Allah x pernah padamkan cahaya dan sinar yang membawa kita untuk dekat pada mereka. 

berlarilah mengejar Tuhanmu, jangan berputus asa. Carilah cintaNya. kita sama2 ingin menjadi solehah.. 
bukan mudah menjadi solehah. bukan mudah untuk berubah. tapi fitrah kita adalah untuk kembali kepadaNya. Jiwa kita jiwa yang merindukannya. Jangan menzalimi diri sendiri. Jngan kotorkan hati dengan perkara yang kau sendiri benci untuk melakukannya. 

aku juga seperti itu tika dlu. aku penat dengn dunia yang aku kejar. saat hatiku terpaut pada jalan ini. Jalan yang mendekatkan aku padaNya. aku yakin, ini jalan yang selama ini aku cari. Tenang.


jika dunia yang kau kejar, dunia akan memakanmu, membinasakan mu. membiarkan kau terkulai layu lemah dan benci pada apa yang kau miliki.namun jika dunia engkau jadikan sebagai tempat untuk membaja benih untuk di tuai di akhirat nanti, engkaulah yang akan beruntung,

bukan mudah. 
tapi inilah jalan kita. jalanku.
marilah menjadi muslimah
muslimah yang solehah...
bukan mudah 
tapi sekurang kurangnya cubalah..
sedang aku mencuba, pastikan kau turut serta..

Allah, tunjukkan kami jalan yang benar. Kuatkan hati kami untuk bermujahadah.

Tuesday, February 12, 2013

blog baru!

11:27 AM 0 Comments
blog baru.

fresh!

buang masa lampau bukan bermakna lupa segalanya.

mulakan dengan niat yang baru.


tiada alasan.

alasan blog baru?

blog lama kene virus!!!!Malware huh.





x mengapa.

pasti ada hikmah.

yang berlaku pasti beralasan...


maka.. inilah blog baru saya.


MATAHARI ITU BINTANG..
ciptaan Allah.




11.26pm
volgograd, russia

doa

10:50 AM 0 Comments

ya Allah, Tuhanku.
kurniakanlah kepadaku apa-apa sahaja yang terbaik padaku
apa sahaja yang telah Engkau tetapkan baik 
untuk diriku
untuk agamaku
untuk keluargaku
untuk masyarakat
kurniakanlah..

Berikan aku kekuatan
agar aku mampu menghadapi segala sesuatu 
yang telah Engkau berikan padaku
jadikan aku hambaMu yang bersyukur
walau dalam apa jua keadaan
tabahkan hati
tsabatkan hati ini atas jalan yang benar

wahai Tuhan pemilik sekalian hati
kurniakan aku hati yang baik
hati yang cenderung kepadaMu
hati yang mencintai orang2 yang mencintaiMu
hati yang cinta pada akhirat
hati yang rindu pada kekasihMu
agar bertambah kuat hati ini 
untuk menempuhi jalan2 kehidupan.

Ya Rahman
peganglah hati ku,
jadikanlah aku anak yang taat pada orang tuaku
yang kasih pada mereka
yang sayang pada keluarga
yang cinta pada mereka semua.
jadikanlah aku wanita yang solehah
agar aku bisa menjadi srikandi Islam
menguatkan mereka
sebagai sandaran mereka berteduh..

ya Allah..
yang terbaik,
jika itu yang Kau takdirkan
aku hanya ingin menjadi hambaMu yang 
bersyukur dan terus bersyukur.



Volgograd, Russia
10.42pm

Follow Us @kedakulitcantik