Monday, September 30, 2013

jalan

7:53 AM 0 Comments

usia muda bukan jaminan untuk terus membuat dosa. anda hati yang suci itu dipeuhi titik hitam, rosaklah generasi, bilakan mahu membangun menjadi insan sehebat alfateh, semantap salehuddin al-ayubbi..

adakala kita melihat dunia melalui kaca mata yang sempit, tidak seluas langit, kerana apa ya? kerana kita punya kemampuan yang terbatas. 
ada manusia tak boleh hidup dengan realiti dan hanya mahu hidup dalam fantasi. tak salah, cuma hakikatnya kita berdepan dengan realiti dan masalah ummah yang tak terkawal. 
kita umpama si pengemis di jalanan mengemis mencari makna sebuah kehidupan. kita inginkan kebahagiaan, tapi kita tak berusaha untuk mencari bahagia itu, ita inginkan kemewahan, tapi kita tidak berusaha untuk memajukan diri kita, walhal kehidupan seorang manusia haruslah berkembang. 

hakikat demi hakikat kehidupan, kita masih lagi mencari.cuba mengetuk dindng hati, menafsir resah yang adakala menyerbu masuk ke sangkar hati. kita mungkin menjadi kaku, lesu lemah dengan pelbagai persoalan. akhirannya, kita hanya mampu mengeluh benci. tidak. hakikat hidup bukan untuk mngeluh benci , berkeluh kesah tetapi sebaliknya. cari makna di sebalik kehidupan. di mana alquran saat engkau benar2 ingin mencari. saat hati kau kosong, apaka muzik semata yang kau layan, atau adakah engkau mahu mencapai quran lalu melantunkannya dengan alunan yang menusuk hati. engkau pilih!

kita mencari erti kehidupan. dalam masa yang sama kita perlukan panduan. panduan hidup yang hanya ada pada alquran, kalam Allah. katakanlah pada hati , andai benar kedamaian yg di cari, dekatlah diri, hati jiwa dan raga pada Tuhanmu. cari hati yang hilang, bawa ia kembali pulang pada jalan yang Tuhanmu redhai. 

aku masih lagi insan kerdil, yang masih lagi kanak2 hingusan. masih muda dalam jalan tarbiyyah ini. tapi aku tak mahu malu untuk mengajak kalian supaya sama2 bersama aku, melalui jalan yang sama. jalan cinta para pejuangNya. Biar kita bukan kesorangan. 

usia muda bukan segalanya. boleh jadi esok lusa ajal kita, Izrail mnjemput pulang.
moga pengakhiran kita adalah pengakhran yang terbaik, husnul khatimah. 

Jalan mana kita pilih?


volgograd, russia
1.51pm
jalan cinta para pejuangNya 


Thursday, September 26, 2013

Harga Cinta Padaku #repost

8:39 PM 0 Comments
Harga Cinta Padaku

Harga cinta,
Mahal padaku,
Kerana cinta  bukan sekadar pada manusia, 
Tetapi bermula dengan Tuhanku Yang Maha Agung.

Kalau benar cinta,
Hendak bersama hingga syurga,
Kerana pencinta kepada Rabbku semuanya berhajat ke sana,
Dari situ dasar cinta aku bina,
Kepada makhluk yang lainnya.

Tidak akan aku bawa kepada murkaNya,
Tidak akan aku tarik kepada nerakaNya,
Tidak pula aku susahkannya dengan dosa-dosa,
Sambil menjaganya, diriku aku perhatikan jua.

Harga cinta padaku mahal,
Apakah yang lebih mahal daripada syurga?
Itulah dia cintaku,
Membawa ku ke sana,
Bukan kepada selainnya.

Apa-apa yang ke neraka,
Menjemput murkaNya,
Itu bukan cinta.
Bukan.


credit : Hilal Asyraf


*jazakillahu khoir sister for sharing dis beautiful phrases :)

Wednesday, September 11, 2013

i'm back

2:51 AM 0 Comments
salam alaik..

sepi dan bersawang belog nih setelah berbulan bulan ditinggalkan. 
no updates langsung walaupun dah balik Malaysia pastu datang Russia balik.
walaupun keinginan untuk menulis tu membuak buak, ternyata encik malas lagi berjaya menarik minat ni untuk duduk relax2 sahaja. 

akui 3rd year sangat sibuk, sekarang dah masuk 4th year dah free sikit.. xde la free sgt tapi sekurang kurangnya tidak sesibuk 3rd year yg lalu. so here i am. rindu nak menulis, mengarang puisi, mengarut melalut etc. 

semester baru di tahun yang sama which is tahun 2013. so? yeah.. x de banyak benda yang berubah pun except a few things. 

tahun ke 4 menuntut di sekolah tarbiyah. masih lagi dalam usaha membaiki diri sendiri menjadi lebih baik
banyak benda yang nak diuruskan , dibaikpulihkan, ditingkatkan untuk agama, bangsa dan negara. pehh.. ayat skema. 

inshaaAllah, apa yang Allah aturkan untuk kita itulah yang terbaik dalam kita membina diri kita menjadi individu muslim yang ingin menggapai redha Allah. 


sayang -sayang hati sayang
bina cinta berbunga di hati..
biar hati selalu tenang
mardhotillah itu yang di cari 





volgograd, russia
autumn dah nak start, sejuk
1.31pm

Follow Us @kedakulitcantik