Sunday, March 23, 2014

jatuh chenta

1:24 PM 0 Comments
Allahu Allah.. 
aku bersyukur padaMu ya Allah
atas segala ketentuan yang telah Engkau tetapkan untukku
istiqamahkanlah aku untuk terus berada di atas jalan ini.
Allah.. 
sungguh, jalan ini makin hari aku makin jatuh chenta padanya.
jalan ini makin lama buatku jadi makin tabah.
Apalah sangat kehidupan ini jika tanpa tarbiyyah
apalah sangat kehidupan ini andai tiada dakwah. 
Allah...
aku jatuh chenta pada jalan ini. 
sungguh.. Aku jatuh chenta pada jalan ini. 

jalan yang dipenuhi dengan orang2 yang mencintaiMu
yang mengasihi sesama mereka
yang tautan hatinya sentiasa membawa kepadaMu..

Allah.. 
aku jatuh chenta pada jalan ini.
maka kuatkanlah kechentaan ku padaMu.
Allah berikan aku kekuatan. 
untukku sentuh hati-hati mereka
besarkanlah hatiku sebagai daiemu
jauhkan aku dari sifat kecewa dan merajuk
Aku bukan daie yang mudah merajuk
aku mahu jadi daie yang besar hatinya
hati yang besar itu.. ingin aku isi dan sayang 
ramai orang yang turut bersama di atas jalan ini. 
hati yang besar itu..
akan aku penuhi dengan chenta kepadaMu.

Allah..
aku jatuh chenta pada jalan ini
perelokkan dan percantikkanlah akhlak ku
agar aku bisa menjadi duta Islam 
duta Islam yang sebenar..
maka.. penuhilah kesabaran pada hati ini..
bantu lah diri ini dalam membentuk akhlak mulia
akhlak seorang muslim yang sebenar. 

Allah...
aku jatuh chenta pada jalan ini..
biarlah hari2 terakhir ku nanti..
aku masih tetap berada di jalan chenta ini. 
kerana aku ingin jatuh chenta selamanya 
pada jalan ini. 

kerana jalan ini..
jalan yang membawa aku dekat padaMu.

Allah..
aku jatuh chenta pada jalan ini.
jalan dakwah dan tarbiyyah. 

*jika ada Allah di dalam hati, inshaaAllah datang apa jua masalah, pasti Allah akan berikan jalan keluar. 
Allah.. baiknya Engkau pada hambaMu yang hina ini*

:')


volgograd, russia
12.23am
spring

Wednesday, March 19, 2014

antara SHARASHKINA, RODDOM dan PEMUDA (?)

12:07 PM 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.. alamdulillah.. alhamdulillah. Akhirnya dapat bernafas dengan leganya setelah habis cycle surgery dan obstetric. Hectic. Untuk orng seperti saya mungkin hectic. Dan dah lama tak menjenguk ke blog ini. ya Allah, mohon diri ini terus istiqamah untuk menulis sesuatu yang mamu memberikan kebaikan kepada orang lain.
Apa yang mungkin nak dicoretkan di sini bukanlah perkara yang best, seronok, luar biasa seperti blogger2 hebad lain tapi inshaaAllah moga2 ada hati yang Allah sentuh , bila baca apa yang diulis ini terasa dekat diri mereka pada Allah.  Sekurang kurangnya ada juga saham untuk saya ke syurga Allah.

SHARASHKINA
Bercerita mengenai sharashkina. Sharaskina adalah cikgu surgeri perempuan yang sangat cool. Kami satu kelas pernah kena marah sekali je sebab tak reti baca X-ray film. Dan sepanjang 10 hari cycle tuh, hati sentiasa berdoa pada Allah supaya dipermudahkan Allah untuk melalui cycle tersebut. Mungkin cikgu tuh adalah cikgu yang garang tapi dia jugak perempuan, in which kadang2 berhati lembut. Bila diberikan bunga pasti akan tersenyum. Nasib baik ada women's day. boleh la cuti. Kesimpulannya, camaner sekalipun cikgu tuh, baik ke garang ke yang penting kita kene hormat dia, sebab dia tetap cikgu kita. A gentle reminder for me supaya tak kutuk2 cikgu. tak bagus. dan dapat dosa plak tuh.


RODDOM &IBU
Roddom atau bahasa panjangnya raddilni dom atau dalam bahasa melayunya rumah untuk melahirkan bayi atau bahasa inggerisnya maternity clinic. Mungkin 10 tahun akan datang bila dah lepas grad daripada medical school ni saya akan lupa satu patah perkataan tersebut. 'roddom'. Mungkin. sebab tuh saya tulis siap2 kat sini supaya 10 tahun akan datang bila baca balik post nih, sy still ingat kewujudan perkataan roddom nih.
Apa yang menariknya roddom nih. Menariklah jugak, sebab ni la cycle untuk belajar dan tahu segla jenis mekanisma dan proses2 mengandung dan melahirkan bayi. Start daripada persenyawaan ovum dan sperma sehinggalah komplikasi2 selepas dapat anak tuh. Teringat pula saya pada satu lecture obstetic , tak silap mungkin lecture ke 2 untuk semester lepas, saat mula2 diperkenalkan dengan subjek obstetrik nih, gambar2 ibu mengandung yang cikgu tayangkan di slide presentation tuh memang benar2 telah menarik minat diri ini untuk belajar subjek nih dgn betul. tapi bukanlah perasaan nak belajar betul2 yang lebih jelas waktu tu, cuma waktu rasa perempuan yang mengandung nih sangat cantik walaupun perut besar macam mak buyung. Cantik dan nampak berseri-seri. Oh... seri nak dapat anak la kan.. hoho. Abaikan. Jujurnya subjek nih buat saya takut nak mengandung dan melahirkan anak. Bayangkan kesakitan yang ditanggung sewaktu nak beranak tuh lagi dengan kalau lah masa tengah mengandung tu ada komplikasi2 lain plak pastu kalau ada kes hysterectomy due to placenta previa, placenta acreta, pancreta, increta, placenta abruption lagi yang sampai kene buang uterus (rahim) lagi kesian. Allah. Tapi... ada orang kata lepas dah tengok baby, kesakitan masa beranak hilang berlalu pagi macam angin sepoi2 bahasa di waktu petang. betul ke? betul lah tu, sampaikan ada ibu2 yang menangis gembira terharu bila tgk anak2 mereka yang mereka kandung 9 bulan 10 hari lamanya tuh depan mata.

Maha suci Allah. Sebenarnya subjek nih banyak menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Daripada seketul daging hasil daripada persenyawaan ovum dan sperma akhrinya tumbuh membesar menjadi satu fetus yang comel dan gebu. Al-quran dah cerita semua dah tentang proses2 kejadian manusia di dalam perut 1400 tahun yang lampau sebelum wujudnya ilmu2 sains ni. Dan subjek ini juga buat saya jadi lebih menghargai dan menyayangi ibu saya. Bayangkan betapa banyak kesakitan yang terpaksa dia tanggung untuk melahirkan kita. Tak masuk lagi bab episiotomy dan cesarean section. beranak berbelah yang kena toreh kult dan muscle bagai. Allahu, hebatnya wanita yang kau jadikan. Kuatnya mereka menahan sakit beranak. Masihkah kita nak jadi anak yang derhaka? yang selalu menyakiti hati ibu kita? yang selalu melawan kata? No.. no.. no... u wont be like dat if u watch urself how hard a mother and how painful she is when she give a birth to her child. Moga2 kita jadi anak yang soleh solehah. Berbuat baik kepada ibu. Dan jaga dia sebaik baiknya pada usia senja mereka. Oke. tetiba teringat mak kat kampung. huhu.


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Imam Al-Qurthubi menjelaskan, “Hadits tersebut menunjukkan bahwa kecintaan dan kasih sayang terhadap seorang ibu, harus tiga kali lipat besarnya dibandingkan terhadap seorang ayah. Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menyebutkan kata ibu sebanyak tiga kali, sementara kata ayah hanya satu kali. Bila hal itu sudah kita mengerti, realitas lain bisa menguatkan pengertian tersebut. Karena kesulitan dalammenghadapi masa hamil, kesulitan ketikamelahirkan, dan kesulitan pada saat menyusui dan merawat anak, hanya dialami oleh seorang ibu. Ketiga bentuk kehormatan itu hanya dimiliki oleh seorang ibu, seorang ayah tidak memilikinya. (Lihat Tafsir Al-Qurthubi X : 239. al-Qadhi Iyadh menyatakan bahwa ibu memiliki keutamaan yang lebih besar dibandingkan ayah)
---------------------------------------------------------

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai. berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Qs. Al-Ahqaaf : 15)


Maka.. berbuat baiklah kepada ibubapa kita . Semoga kita menjadi anak yang soleh solehah yang dapat bertemu dan berkasih sayang kekal di syurga Illahi. InshaaAllah. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEY, SAYA DAIE YANG BEKERJA SEBAGAI MURABBI.OPSS!

seminggu ada 7 hari, dan 7 hari tuh tak ada cuti pun untuk seorang daie. Yeah. saya sangat bersetuju. Daie tiada masa cutI tiada masa rehat di dunia. Kalau daie berehat siapa lagi nak buat kerja2 dakwah dan tarbiyyah nih? 

semua orang adalah daie. 
dan bukan semua daie adalah murabbi. 

Ye.tak semua orang sanggup untuk menjadi murabbi. sebab murabbi kena banyak korbankan masanya untuk orang lain. Bersyukurlah , sebab menjadi murabbi menjadikan kita lebih dekat kepada Allah. Membawa kita kepada erti sebenar kehidupan. 

Orang lain pasti pelik, apalah yang diorang buat nih? hujung2 minggu sibuk nak usrah la, daurah la, syura itu syura ini, takpenat ke? baik tidur je hujung minggu, tengok movie, drama pun sodap!
Hakikatnya begitulah jalan ini, tiada masa untuk berehat, dan tiada masa untuk buat benda2 yang tak berikan faedah pada diri. Mungkin orang akan memandang dengan pandangan pelik, siap dicop dengan gelaran budak usrah. Takpe better dripada dicop minah rempit ke yang ntah pape kan. alhamdulillah. takpe. gelaran untuk benda baik moga menjadi satu doa. Biar tiada masa untuk diri sendiri, asalkan punya masa untuk orang lain. Untuk ummah.

Oh.. topiknya ialah mari menjadi murabbi. 

Antara cita-cita dan membina ummah. Moga Allah mudahkan segala urusan-urusanku. 

kejar cita-cita pun nak!
membina ummah pun nak!

sebab itulah pemuda-pemudi acuan Islam. Setiap pemuda/i Islam harus ada azam dan tujuan hidup. dan tika ini itulah motto hidup ini sehinggalah Allah menjemput saya untuk bertemuNya satu hari nanti. Masih banyak tanggungjawab yang belum saya laksanakan untuk ummah ini, masih banyak kelemahan diri ini dalam membina ummah. kadang2 bimbang, andai dosa2 dan maksiat diri ini menjadi penghalang untuk Allah memudahkan segala urusan ku. Moga Allah terus memberikan kekuatan pada diri ini untuk menjauhi maksiat dan dosa-dosa kecik mahupun besar. 

Era ini adalah era kebangkitan. Era perubahan bukan era untuk membaiki. Ya,,, era untuk merubah segala macam pemikiran anak muda, membawa mereka mengenal sang pencipta dan hakikat kehidupan dan kejadian mereka di bumi ini. Islam perlukan pemuda/i yang punyai wawasan hidup yang menolak segala perkara-perkara yang boleh melemahkan Islam. 

Hadirnya Islam itu sendiri adalah untuk membawa perubahan kepada manusia. Daripada gelap kepada terangnya cahaya kehidupan ini. Seseorang yang mengerti tanggungjawab yang digalasnya di sebalik perkataan Islam itu sendiri  pasti merasakan  bahawa hidup di dunia ini bukanlah untuk berseronok sahaja. 
Allah takkan jadikan manusia untuk berseronok -seronok sahaja di dunia ini. Allah jadikan manusia bersebab. Supaya manusia ini bekerja untukNya beribadah untukNya. 

oh penangan usrah dan tarbiyyah.. aku akhirnya berpemikiran seperti ini. Ironinya budak usrah. Huh!
Syukurlah. Allah temukan jalan yang sebenarnya. 


PEMUDA PEMUDI
Bangunlah wahai anak muda. Dunia yang semakin huru hara, apakah engkau masih lagi mahu enak diulit dengan keindahan dan keseronokkan dunia? sampai bila? smpai dunia kiamat? Sampai nyawa sudah di halkum baru nak berubah jadi baik?? NO! NO! NO! Sekaranglah. Sekaranglah masa untuk berubah. saat umur masih lagi produktif. saat tubuh badan masih kuat untuk bekerja. 

Sedih mengenangkan anak2 muda dewasa ini, sibuk dengan budaya hedonisme yang melampau lampau, yang terlibat dengan dadah , ganja , ecstacy , seks bebas , coupling etc, Yang terlalu taksub dan cinta pada dunia. Apa yang terjadi baru2 ini, dengan kematian 6 orang anak2 muda di sebabkan pengambilan dadah yang berlebih lebihan sewaktu berlangsungnya konsert FMFA. Allah. Kecewa hati bila baca berita tu. .Ummah kita sedang tenat. Pemuda pemudi kita sedang sakit.Nampaknya banyak lagi kerja2 sang daie, sang murabbi!

Sastera arab dahulu kala pernah menulis, ramai orang tua yang sudah lemah, pikun, ingin kembali kepada masa muda . Mustahil!! sungguh masa itu tidak boleh diundur.
Berkata lagi orang tua " alangkah indahnya jika masa muda kembali lagi hari ini, aku akan memberitahukan kepada khalayak ramai tentang apa yang dilakukan oleh orang yang sudah pikun dan beruban."

Masa muda ini lah yang harus kita gunakan dengan seefektif mungkin. Masa sihat dan kuat ini. 
Usia muda ini diumpamakan seperti matahari di waktu tengah hari, saat matahari tepat berada di atas kepala. Panas terik pada hari siang itu. Itulah perumpamaan usia muda. Saat semangat masih berkobar kobar dan jasad masih utuh kuat gagah perkasa untuk bekerja. Jadi ... ke manakah hilang engkau wahai pemuda-pemudi? Siapakah yang bakal menjadi murabbi ?Siapa lagi yang akan membina generasi akan datang? 
siapa lagi ..... kalau bukan kamu!

---------------------------------------------------------

EPILOG

Bila kita nak buat bulatan gembira kita?
hari selasa la..hari lain tak free.
oh.. hari rabu akak ada practical exam (dalam hati)
tapi takpe, boleh je berbulatan gembira dengan antunna semua.
<3 

"sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya "

alhamdulillah, everything went well. Allah berikan kemudahahan dalam setiap perkara.
*senyum*

jangan pernah teragak-agak untuk membantu agama Allah. 

“dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah al-Hajj: 40]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ya Allah, jadikanlah usiaku yang paling baik adalah pada penghujungnya dan amalku yang terbaik adalah pungkasannya( terakhir kali) dan hari-hariku yang terbaik adalah hari-hari aku bertemu dengan Mu. " (al-hadith)

Wahai pemuda, jangan layu sebelum berbuah!


*opss dah lama tak menulis tiba2 termenulis dengan panjangnya pula, maaf atas segala percampuran bahasa , moga ada manfaat yang diperoleh. semoga Allah redha*

volgograd , russia
19.03.2014
11.09pm

Monday, March 3, 2014

REHAT

9:15 AM 0 Comments

[corengan hidup]
Kelas semakin hari semakin susah. Subjek-subjek baru. 
Kadang-kadang dapat cikgu yang tak mengajar tapi tanya pelajar garang macam singa. Tak bertempat marahnya. kadang-kadang dapat cikgu yang mengajar all-out. Alhamdulillah. pelajar pula yang stress. Hakikat kehidupan sebagai seorang pelajar. Tetap sahaja tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus di pikul. Adab-adab belajar juga tak boleh dipandang sewenang-wenangnya. Kerana apalah erti ilmu yang diperoleh jika tiada keberkatan Illahi. Tuntut ilmu pun kena sungguh-sungguh.

Tanggungjawab lain juga makin menimbun. Merasakan perlunya menjadi orang yang sistematik. Perlu ada jadual yang mengatur aktiviti seharian ini. Kadang kelas dari pagi sampai petang, Dicampur pula hari2 yang ada praktikal tambahan. Balik lepas  kene prepare untuk kelas keesokkan harinya. Tanggungjawab dalam dnt juga makin memberat. Allah , betapa kehidupan di dunia ini bukanlah untuk berehat. Tiada kerehatan hidup di dunia. Tiada. Jangan mengeluh. Tapi kadang-kadang tewas juga. Moga Allah ampunkan kelemahan diri ini.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau rasa berat , lemah semangat, rasa nak cabut lari daripada tanggungjawab yang tesedia ada itu, check kembali hati. Adakah niat itu ikhlas kerana Allah? Sesungguhnya keikhlasan hati melaksanakan tanggungjawab ini hanya kerana Allah sahajalah yang dapat menangkis serangan-serangan lemah semangat, malas, rasa nak cabut lari, etcetra. 

Bertahan dan bersabarlah. Sekejap je lagi kita hidup. Sekejap je masa yang Allah bagi untuk kita kumpul pahala, untuk buat bayak amal ibadah padaNya. Kalau rasa penat tuh, bertahanlah. Sebab tak lama pun kita hidup di dunia ini, sedang akhirat itu adalah negeri yang abadi yang kita bakal tinggal. Entah esok, entahkan lusa kita bakal di jemput oleh malaikat Izrail untuk bertemu Allah yang Esa. Sungguh kematian itu satu kepastian. Setiap jiwa pasti akan merasainya. Masakan kita lupa pada kematian yang sungguh dekat dengan kita. 

Kalau memilih untuk ke syurga, maka bertahanlah di dunia ini. Bekerjalah untuk ummah. Bekerjalah walau sampai saat engkau terpaksa menangis kerana merasakan diri tidak mampu. Sesungguhnya Allah takkan membebani hambaNya dengan tanggungjawab, ujian dan perkara2 lain yang menjangkau batasan hambaNya. Yakinlah pada pengakhiran yang baik daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang bekerja untukNya. Lupakan sahaja pada masalah picisan dunia. 

sungguh kehidupan di dunia ini hanya seketika sahaja. Kerehatan yang sebenar hanya di syurga Allah. 
Moga Allah melihat segala usaha dan penat lelah kita untuk ke syurgaNya. 
Semoga kita semua adalah penduduk syurga. Aamiin. 

"Kapankah tibanya waktu rehat seorang mukmin itu.?"

"apabila kau sudah  di syurga Allah"


maka, bekerja sajalah untuk Allah.



“Setiap hari Dia dalam kesibukan”; mengurus makhluk-Nya, mengampuni dosa, mengijabah doa, meridhai hamba. Sibukkah jua kita pada-Nya?”-Salim A-Fillah



volgograd, russia
9.15pm

Follow Us @kedakulitcantik