Friday, October 25, 2013

random yang random

1:27 PM 4 Comments
Salam alaik.. 

rasanya lama sangat menyepi dariada blog nih.. tengah cycle berat. cycle internal medicine or kat sini femes kitorg panggil cycle therapy. Dapat cikgu yang best.Sangat dedicated walaupun tegas. tapi cikgu tu menjadi force untuk belajar rajin2. alhamdulillah tinggal lagi 3 hari sebelum habis cycle ni and akan start dengan cycle topographical anatomy plak lepas ni. 
apa yang menariknya untuk cycle therapy ni ialah terpaksa menempuhi perjalanan yang sangat jauh iaitu 1 jam if naik troleybus or kalu naik mashrut dalam 40 minit la paling lambat. kelas pkul 9pagi selalunya pkul 7.30 pgi dah tunggu troleybus. lagi sukanaik troleybus dari naik mashrut or prebet sapu sbb lagi enjoy x yah nak berebut rebut n berlemasan dalam mashrut tu. 

pernah mengeluh dengan cycle ni. sebab berat sangat, walaupun cikgu baik tapi hakikatnya banyak benda yang nk kena baca n kena tahu sebab cikgu akan tnya super detail. pernah seorang sahabat cakap, satu cara je nak buang rasa stress mengeluh semua tu ialah dengan mengikhlaskan hati pergi ke kelas untuk menuntut ilmu. anything happen hati kita akan lebih tenang. kena marah ngan ckgu takleh jawab ka, salah jawab ka, dapat markah kelas yg rendah ka.. semuanya adalah ok. n true! it works. bila ikhlaskan hati kerana Allah rasa semuanya smooth. apa2 yang berlaku pn dapat lalui dengan tenang. 

Dalam buku indahnya kematian karya pakcik misri d. Jelani, perkara utama or pekara pokok yang ditekankan oleh pakcik tu sndiri ialah tentang keikhlasan hati dan niat. semua benda kalau kita buat niat kita kerana Allah, semuanya akan go well. superb!

keikhlasan dan niat.

Dan untuk sem ni jugak, banyak benda yang tergendala, its either saya yang tak reti uruskan masa atau memang masa yang tak cukup.i used to love photography. n still love photography, tapi sekarang ni boleh kira berapa kali je pegang cik nikon 5100 tu. rasa i lost all da skills dah. sekarang ni x start lagi praktikal, bila da start praktikal nanti cemana la.. harap2 dapat mencari lebihan masa untuk hobi sendiri. even buku2 selain buku2 medik pun x sempat nak habis. adakah kerana diri ini sangat rajen baca buku medik. huhuhu. 
nak belajar photoshop pun x kesampaian lagi plus laptop nih bila bukak photoshop je dia nak hang ke laut. 

mungkin jugak sekarang ni masa yang ada lebih ditumpukan untuk benda yang lebih penting.. 
membina diri sendiri dan membina ummah. at some points, u hav to sacrifice one or two things in your life..
ada benda yang lebih penting yang perlu diutamakan. 

hari ni jugak, katil mengalami kepatahan. sebabnya memang katil tu da nazak sangat. and what happened is, benda yang buat sendal katil tu kat bhagian tengah n hujung katil tu dah x dpt support katil tilam bagai. adakah mungkin kerana sy sudah gemuks. yang menariknya ialah, katil tu jadi seperti satu liang lahad setelah dibuang tilam dan selimut2 tebal yg dibuat lapik untuk tnggikan katil tu, so.. bila buang sume benda tinggalkan katil yg berwarna coklat yang hanya kerangka katil shaja tanpa tilam dna memang sebijik macam liang lahad. macam kubor. masa tu sy cuma fikir satu je, ada sebab kenapa katil ni patah  dan saya akan lebih mengingati kematian bila tengok katil yang dah macam keranda yang dah macam liang lahad ni.. reflect balik diri, if dalam kubor nanti duk soang2 gelap gelita, takdak siapa yang dapat teman, takda bantal takde selimut tebal nk alas tidur, yang ada hanya tanah dan cacing2 yang akan teman kita kat dalam kubor tu. Allah.. 
semoga dengan mengingati kematian nih, hati akan lebih benci pada maksiat dna lebih cinta akan akhirat dan cinta untuk bertemu denganNya. 

Indahnya kematian. 
Hadapi ajal dengan senyuman. 

kedengaran seram berbaur keindhan bukan. tapi itulah tajuk buku best nih.. 
bersediakah aku untuk menghadapi kematian?


pada dasarnya, banyak benda yang belum dibaiki lagi. belum sempurna lagi iman. taubat ke mana?
amal ibadah cukupkah untuk bawak bekal ke akhirat..
Allah :'(

Allah, kurniakanlah kami kematian yang husnulkhatimah, kematian yang baik. yang di terima oleh Mu. 
kuatkan hati2 kami untuk berubah menjadi baik keranaMu, 


kerana manusia itu fitrahnya perlukan Tuhan. Maka marilah menjadi hamba. Hamba kepada Allah yang maha Esa. 



volgograd,russia
12.27a.m

Sunday, October 6, 2013

hidup untuk mati

6:08 AM 0 Comments
Kamu mengaku kamu beriman. Padahal kamu belum benar2 di uji.

Allah. terngiang ngiang petikan ayat cinta Illahi di gegendang telinga ini. 
Ya. Allah sedang menduga aku, menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaanku kepadaNya.
Kalau betol aku nih beriman kepada Allah mesti aku redha dan kuat untuk hadapi apa jua ujian dan cabaran daripadaNya.

kenapa perlunya di uji?

supaya hati tak mati.
supaya hati tak lupa pada pemilikNya
supaya hati terus hidup
supaya diri tidak menjadi bongkak
supaya jiwa tahu dia milik siapa.

datang saja ujian, khabarkan saja pada mereka.. aku punya Allah. Pelindung sebaik baik pelindung. Pemberi hadiah kekuatan. Ujian yang kecil sebesar kuman, hanyalah picisan untuk menguji keimanan..

ak harus kuat menentang semua perkara yang boleh menghalang aku daripada dekat dengan Allah. aku perlu matang untuk menepis dugaan2 yang diwarnai indah oleh syaitan. 

untuk apa?

untuk meraih kasih sayang dan cinta dari Allah. 
Biar berat mana.. biar susah mana.. biar aku harus korbankan dunia ini untuk meraih kasih sayang dan rahmat dariNya.. 

sedar atau tidak, hari2 yang dilalui penuh berbalut noda dan dosa. aku tidak tahu bagaimana Tuhan memandang aku sebagai hambaNya sedang aku saban hari berlumuran dosa. Aku malu padaMu Allah. Masihkan Engkau sudi memandang diri yang kerdil ini. 

aku hanya menyimpan impian. Menjadi hambaNya yang solehah. yang ingin ke syurgaNya.
Moga impian itu terus tersimpan kokoh dalam hati ini.. mengejar impian. impian besar yang hanya gajarannya di akhirat sana. Impian dunia tiada seberapa. Wahai hati kembalilah pada pemilikNya.
bukan dunia yang di cari.
mati hanya sekali.
hidup itu 2 kali. yang sementara. yang kekal abadi. 

tujuan hidup untuk mati. tujuan mati untuk hidup. 
kerana itu hidup dan mati perlu bertujuan. jadi orang yang ada arah tuju. bukan manusia yang hidup dalam dunia kosong semata. 
tiada matlamat hidup. 





volgograd, russia 
5.07p.m
fall in september

Follow Us @kedakulitcantik