Monday, February 23, 2015

infinit

9:40 AM 1 Comments
6 bulan. satu perjalanan yang bukan singkat. Banyak liku banyak dugaan.
Kalau dulu disangka mudah, kuat dan tabah. Maka terujinya sebuah perhubungan itu pada detik dan saat yang berlalu. Hingga kuat dan tabah itu seolah bukan bicara semata.
Pada saat terciptanya sebuah perhubungan itu, kita melihat yang indah sahaja. Hakikatnya, bukanlah kehidupan andai tiada buruk dan baik, ujian dan badai , bahagia dan derita.

Oh. Ada orang menilai hidup  ini dengan kebahagiaan semata, dan ada juga yang berkeluh kesah dengan kesulitan hidup. fitrah manusia.  suka pada kebahagiaan, resah pada kesulitan.
begitu juga dalam sebuah perhubungan. Kita bicara soal bahagia dengan mata yang bersinar,
dan memandang kesulitan dengan mata yang suram dan terpejam. Gundah gulana barangkali.

Dalam hidup ini. Definisi hidup berTuhan itu sangat penting. Meletakkan Allah sebagai keutamaan satu kebahagiaan hidup. Kebergantungan dan keyakinan pada Allah itu satu kenikmatan hidup.
Apatah lagi dalam fasa membina sebuah perhubungan yang diredhai Allah.
Meyakini pada jalan yang dipilih dan merasai keberadaan Allah dalam pembinaan sebuah perhubungan satu kebahagiaan dan kenikmatan hidup.
Allah jua yang memegang hati, Allah jua yang menyatukan dua hati. Allah jualah yang menautkan dan mengukuhkan ikatan dua hati.
Mana mungkin jauh daripada Pemilik Hati yang hakiki. Subhanallah. Indahnya hidup bertuhan.

Untuk apa mencipta sebuah perhubungan jika membelakangkan Tuhan. Untuk apakah jua membina sebuah tali cinta andai tidak sampai tali itu pada Sang Pencipta.

senyum.

Kita membina cinta untuk sampai pada pemilik cinta yang sebenar.
Pada saat ujian dan badai menghimpit, memenuhi setiap genap, kalau benar semuanya kerana untuk mencari keredhaan Allah, semua ujian dan badai itu hanyalah picisan . memandang dengan mata hati, menilai dengan kaca mata kesabaran dan keindahan menjadi hambaNya.
Kerana kebahagiaan, kecintaan dan kasih sayang itu milik Allah. Maka, hati yang dekat pada Nya itulah penawar pada peritnya hidup di dunia, dan petua hidup bahagia sampai syurga.

Kita mungkin tidak seperti mereka yang lain. Kita memburu dan membina  cinta untuk sampai pada cintaNya.
Maka, logiklah kita tidak seperti mereka yang lain.
Hingga sampai pada waktunya, kita adalah orang yang terisitimewa di hadapanNya.
Meraih bahagia, sampai syurga. Aamin.

subhanallah. Indahnya hidup berTuhan.


senyum :)


volgograd, russia
23.02.2015


Monday, February 16, 2015

bila

12:08 PM 0 Comments



Bila semua kerana Allah, mengapa hati harus ada gelisah.
Semua perkara yang difikirkan, bagai menghempap satu persatu.
Terlalu banyak tentang dunia, terlalu cinta pada isinya..
hingga perkara mudah dirasakan payahnya.

Mungkin terlalu lupa pada hakikatnya sebuah kehidupan
kadang ada pasang surut, kadang ada naik turunnya
Kalau semua kerana Allah, mengapa harus bimbang
Biar tenang menapak jalan ini...

hampar saja sejadah itu,
Selagi ada lantai untuk bersujud
biar pun bahu tiada untuk menongkat seketika
cukup sahaja yakin padaNya.
paling tidak biar surga jadi target.
mengapa bimbang bila semuanya kerana Allah ?





volgograd, russia
11.06pm

Follow Us @kedakulitcantik