Menginjak umur 22 tahun, banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Namun yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu sentiasa mematangkan hidup kita. daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. semuanya ada hikmah yang tersimpan.
summer break kali ni lain daripada yang lain.. Kalau dahulu pulang sahaja saya ke Malaysia, tiada jemputan mahupun walimah yang perlu dihadiri. Berbeza betul tahun ni, walimah dan jemputan seperti goreng pisang panas. Semua orang mahu berbaitul muslim, Alhamdulillah. satu perkembangan yang ku kira positif. Apatah lagi umur semakin bertambah. Perancangan masa depan pula haruslah seiring dengan umur yang semakin meningkat. Jujurnya sangat teruja menerima undangan dan walimah para akhowat dan sahabat2 yang lain.
Sentiasa mendoakan supaya Allah merahmati mereka. Perubahan fasa daripada bujang kepada hidup berkeluarga, pastilah cabaran nya jauh lebih berbeza.
ada orang berumur 40 tahun tapi masih tidak berkahwin. Ada orang berumur 18tahun namun sudah bernikah.
Jodoh itukan rahsia Allah. Yang pastinya, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Lambat atau cepatnya jodoh seseorang itu hanya Allah yang lebih mengetahui.
saya pernah mengikuti satu siri kursus berkaitan dengan dakwah dan tarbiyyah, di mana ada satu slot yang membincangkan tentang isu-isu baitul muslim dan perkahwinan. Apa yang menariknya, seorang moderator menyuarakan pendapatnya yang saya kira pendapat yang sangat tepat untuk waktu ini. Seorang wanita yang mahu bernikah tetapi masih mahu menjadi ke anak - anakan. Tidak mahu memulakan langkah pertama dalam pembinaan dirinya sendiri sedari awal usia lagi. Sehinggakan hampir semua perubahan ke arah kebaikan mahu dilakukan selepas berkahwin. Pemikiran seperti itu seolah olah memundurkan lagi dan mencacatkan lagi institusi kekeluargaan. Sangat hebat dan sangat cantik gerakannya andai seorang wanita itu mula memenuhi hari hari bujangnya dengan pelbagai ilmu, baik ilmu perkahwinan mahupun ilmu ilmu berkaitan anak-anak, cara mendidik anak2 dari kecil, cara menguruskan stress, bagaimana mahu menguruskan diri sendiri agar menjadi seorang wanita yang hebat sebelum alam pernikahan lagi. Menyediakan diri dengan segala kemungkinan dan cabaran alam berumah tangga.
betul, saya juga belum bernikah. Tapi point yang diutarakan oleh moderator itu benar2 menjentik hati. Rupa-rupanya masih banyak tanggungjawab yang perlu dilangsaikan sebelum bergerak ke fasa hidup yang seterusnya. Perkahwinan bukan penyatuan dua hati dan dua jiwa sahaja, tetapi ia lebih daripada itu. Pembinaan ummah yang bermula daripada sosok2 tubuh yang berjwa individu mulim sejati yang faham tentang dakwah dan tarbiyyah.
mari mematangkan diri sebelum menjengah ke alam perkahwinan.
mari menimba ilmu di perigi kehidupan
agar bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Tabarakallah .
KL,Malaysia
12.36pm

No comments:
Post a Comment