Wednesday, August 27, 2014

contented

8:31 AM 0 Comments
When your heart is contented
Even the small things make you happy
Blessful day blessful night
What could I say even more
Allah has granted me everything.
Everything that I need  
Instead of what I want
This is the best among the best.

Thanks :)


Terengganu,  malaysia
11.28pm

Saturday, August 23, 2014

langkah

9:48 AM 1 Comments
Mungkin langkah baru kan bermula
Ada jejak yang kian dinanti
Mungkin sedar namun selalu alpa
Langkah ini langkah cinta
Cinta para pejuang yang rindu
Syahid menuju cinta Rabb

Rahmat illahi barakah seribu erti
Bukan Dia menguji tanpa hikmah menanti
Allah, indah benar ujian itu
Kerana pengakhirannya bawa bahagia 
Banyak nikmat kadang aku kufur
Sedang isi keluarga paling mengerti
Cinta pada darah daging kemana hilang
Bertemu mata hati pasti tertaut
Itu cinta seisi dunia.

"Kadang2 Allah berikan kita kilat dan petir, manusia tertanya tanya ke mana hilangnya sang mentari, rupa rupanya Allah nak hadiahkan pelangi"

Subhanallah. Pelangi itu cukup indah wahai Rabbku Allah. Cukup indah hingga sendirian terpana. Hanya mampu mengukir senyum . Terasa barakah.

Moga jalan ini dipermudahkan. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan.

Kemaman,  Malaysia
23.8.2014
Its a beautiful day♡
11.59 pm

Thursday, August 14, 2014

tabarak

9:37 PM 0 Comments
Menginjak umur 22 tahun, banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Namun yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu sentiasa mematangkan hidup kita. daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. semuanya ada hikmah yang tersimpan.

summer break kali ni lain daripada yang lain.. Kalau dahulu pulang sahaja saya  ke Malaysia, tiada jemputan mahupun walimah yang perlu dihadiri. Berbeza betul tahun ni, walimah dan jemputan seperti goreng pisang panas. Semua orang mahu berbaitul muslim, Alhamdulillah. satu perkembangan yang ku kira positif. Apatah lagi umur semakin bertambah. Perancangan masa depan pula haruslah seiring dengan umur yang semakin meningkat. Jujurnya sangat teruja menerima undangan dan walimah para akhowat dan sahabat2 yang lain.
Sentiasa mendoakan supaya Allah merahmati mereka. Perubahan fasa daripada bujang kepada hidup berkeluarga, pastilah cabaran nya jauh lebih berbeza.

ada orang berumur 40 tahun tapi masih tidak berkahwin. Ada orang berumur 18tahun namun sudah bernikah.
Jodoh itukan rahsia Allah. Yang pastinya, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Lambat atau cepatnya jodoh seseorang itu hanya Allah yang lebih mengetahui.

saya pernah mengikuti satu siri kursus berkaitan dengan dakwah dan tarbiyyah, di mana ada satu slot yang membincangkan tentang isu-isu baitul muslim dan perkahwinan. Apa yang menariknya, seorang moderator menyuarakan pendapatnya yang saya kira pendapat yang sangat tepat untuk waktu ini. Seorang wanita yang mahu bernikah tetapi masih mahu menjadi ke anak - anakan. Tidak mahu memulakan langkah pertama dalam pembinaan dirinya sendiri sedari awal usia lagi. Sehinggakan hampir semua perubahan ke arah kebaikan mahu dilakukan selepas berkahwin. Pemikiran seperti itu seolah olah memundurkan lagi dan mencacatkan lagi institusi kekeluargaan. Sangat hebat dan sangat cantik gerakannya andai seorang wanita itu mula memenuhi hari hari bujangnya dengan pelbagai ilmu, baik ilmu perkahwinan mahupun ilmu ilmu berkaitan anak-anak, cara mendidik anak2 dari kecil, cara menguruskan stress, bagaimana mahu menguruskan diri sendiri agar menjadi seorang wanita yang hebat sebelum alam pernikahan lagi. Menyediakan diri dengan segala kemungkinan dan cabaran alam berumah tangga.

betul, saya juga belum bernikah. Tapi point yang diutarakan oleh moderator itu benar2 menjentik hati. Rupa-rupanya masih banyak tanggungjawab yang perlu dilangsaikan sebelum bergerak ke fasa hidup yang seterusnya. Perkahwinan bukan penyatuan dua hati dan dua jiwa sahaja, tetapi ia lebih daripada itu. Pembinaan ummah yang bermula daripada sosok2 tubuh yang berjwa individu mulim sejati yang faham tentang dakwah dan tarbiyyah.

mari mematangkan diri sebelum menjengah ke alam perkahwinan.
mari menimba ilmu di perigi kehidupan
agar bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Tabarakallah .


KL,Malaysia
12.36pm

ufuk merah

9:07 PM 0 Comments
mungkin melihatkan sahaja buat hati resah
gelisah dengan ketentuan Illahi
kadang senja yang berlabuh 
di ufuk merah nun seberang
tinggal hati pada sebuah tanda tanya.

mengapa dipersoalkan ketentuan Allah
mengapa bongkak mahu mencabar Tuhan
apakah akur sahaja jadi jawapan
mungkin tidak bahkan kebarangkalian itu zero
mengapa mahu menduga.

ada orang suka dan bahagia
rasa enak dengan hidup yang serba mewah
rasa anggun dengan busana indah
tiada benak yang mahu memikirkan
apakah kekal hidup di dunia.

ada orang kecewa dan sedih
tak pernah senyum bahkan mendung segala
kadang hidup dirasakan sia sia
tiada daya mahu asa
tinggalkan dunia bawa hati yang lara

ada manusia..
ya. ada manusia..
ada manusia yang hidup bertuhankan nafsu
tak pernah cukup dengan dunia
lalu apakah erti kehidupan seusai mati.

bingung kadang bicara tanpa iman,
hingga amal langsung tidak terjejak
mengapa jadi begitu
sedang Tuhan itu selalu ada
mahu mendengar rintihan hambaNya
saban malam mahu lelap
bilakan hati mahu dekat padaNya.

Tuhan,
beri aku erti hidup
mencari dan terus berlari
tak pernah lelah
agar aku mengerti
dunia bukan segala galanya.



kuala lumpur, malaysia
12.05pm

Follow Us @kedakulitcantik