Tuesday, December 31, 2013

labuhan 2013

11:46 AM 0 Comments
Sebagaimana tahun berganti tahun. begitulah tahun 2013 berakhir, membawa kehadiran 2014.
masa yang berlalu semakin pantas. manusia sedar atau tidak, masa tetap berlalu. walhal, jika ditanya kan pada diri sendiri, apa yang sudah kau lakukan pada tahun lepas. Azam yang lepas terlakanakah semuanya.
Bagaimana iman mu? takwa mu? 
tarbiyah mu?
dakwah mu?
sumbanganmu pada masyrakat, pada agama?

duduk sejenak dan fikirkan. Ya, umur hanya sekadar angka. Umur hanya angka.
angka yang ajaib. Setiap kali bertambahnya umur kita, sedar atau tidak, kita adalah manusia yang sentiasa bertambah tanggungjawabnya. 
Sejujurnya, tanggungjawab itu sentiasa menimbun untuk diri ini. Tak pernah langsai. Ada saja. 
seronok.
sebab masa mudaku tidak seperti yang lain. sentiasa di himpit masa yang tak pernah cukup. 
gerak kerja untuk ummah masih menimbun. kerja2 pembaikan diri sendiri. Kerja untuk ummah.
takkan selesai selagi belum tertegaknya ustaziatul alam.

mahukah rasa penat secepat ini?

Ayuh jadi pemuda pemudi harapan Islam.
acuan Islam. yang menggunakan masa mudanya dengan efektif, yang tak pernah lelah mengejar syurga.
Dunia hanya perhiasan. Taman permainan ciptaan Allah untuk menilai sejauh mana cinta kita padaNya. 
masih banyak kerja kita wahai jundi2 Allah. 

Tahun berganti tahun. Umur ku sendiri bakal memasuki angka 22 tahun. Sudah ramai temanku seusia ku ini yang sudah memasuki alam rumah tangga. Siapa kata  aku tiada keinginan untuk kahwin kala umur yang sangat mantap untuk bekerja kuat ini. Ia. Kebarangkalian untuk jatuh cinta itu tinggi pada umur begini. Tapi siapalah kita untuk menidakkan fitrah terindah yang Allah cipta untuk kita. Mungkin belum tiba waktunya. 
Cukuplah aku menginfakkan umur yang ada ini untuk keluargaku, untuk ummah yang sangat memerlukan sentuhan2 tarbiyyah. Dan ckuplah umur semuda ini untuk aku guna dalam mencari gali ilmu yang masih selautan tidak aku selami. ya, umur yang muda ini. Aku ikhlaskan hatiku untukMu Allah. 
Soal jodoh, kahwin, nikah dan seangkatan dengannya ku biarkan ke tepi. Tak mahu ku sentuh apa lagi mengusik walau sikit, bimbang bukan waktunya. 
Aku yakin, andai tiba waktu yang tepat, jodoh yang tepat, semua itu pasti berlaku dengan izinMu. 

untuk sekarang, dan umur yang mendatang ini, aku ingin menghidupkan diri ini dengan cinta kepadaMu, cinta pada keluargaku , cinta pada akhowatku , cinta pada dakwah dan tarbiyyah ku..

Allah, hadirkanlah pada ku jiwa2 insan yang turut mencintaiMu, agar bertambah kekuatan hatiku untuk mencintaiMu. 

Akhowati, saudara-saudara ku, umur satu perkara yang penting. 
bermula dari sekarang, kita harus gunakan umur kita sebaik mungkin. Untuk menuntut kemerdekaan dan menebus kesengsaraan saudara2 se akidah kita di Palestin, Syria, Mesir , Rohingya.

kita ada tugas besar sebagai khalifah Allah.
Moga Allah menilai segala usaha dan amalan kita sepanjang kita hidup di bumi pinjamanNya.

Allah.

Selamat Tahun Baru 2014.

semoga Allah redha.

:)


volgograd, russia
31 Disember 2013
*pray for us regarding bombing issues in volgograd
*may Allah protects us, inshaaAllah 

Thursday, December 19, 2013

derajat

9:34 AM 0 Comments
Hati istighfar
mulut tak henti2 mengumam
sabar ke tu??

Tiada ujian yg berlaku ke atas dirimu yang Allah tak tahu..
setiap kali diri ini mengumam ujian2 yg bertimpa, rasa mahu lempang diri sendiri sebab cakap tak serupa bikin.

Kata sabar..
kata sahaja..
praktikalnya?? Campak masuk longkang ke?
Kenapa tak seiring?

Bukan kah ujian yg Allah berikan itu untuk meninggikan darjat kita.
so.. jangan mengeluh!

Untuk setiap masalah, ujian
pasti ada jalan keluar.

"Bersabarlah dgn kesabaran yang baik" 70:5

Ujian tanda Allah sayang. Tanda Allah cinta.
Ujian tu Allah nk tgk hati kita bersih ke tidak.

Bersih ke hati kalau mulut duk mengumam mengeluh..
manusia tetap manusia. Manusia lemah. Sebab tu la ad syurga ada neraka.
xkan selamanya nk jafi org yg lemah kalau nk mengejar syurga Allah???

Tepuk dada tanya iman.

k.bai

Tuesday, December 10, 2013

ujian

6:00 PM 0 Comments
Bila Tuhan sedang mengujiku, Dia hadirkan aku berbagai ujian utk melihat sejauh mana keyakinanku padaNya.

Ujian ini boleh jdi disebabkan dosa-dosaku pdNya. Tidak meletakkan Dia sebgai perkara utama yg patut aku cintai lebih dripada segalanya.

Ujian ini sebagai titik tolak utk aku kembali mencari hati yg hilang. Mungkin Allah ingin menegurku, mentarbiyyahku. 
Andai diberi emas permata cinta dunia sekalipun, aku hanya akan berlari menuju cintaMu yaAllah. 

Bukan dunia yg aku cari, banyak sudah gelak tawa dunia yg membutakan hati.
Aku tidak mahu hatiku buta utk akhirat. 
Biarlah buta di dunia asal aku dpt melihat syurgaMu di akhirat. 

"......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, pdhal itu baik utk kamu, dan boleh jdi kamu tidak menyukai sesuatu pdhal itu tidak baik bgmu. Allah mengetahui sedg kamu tidak mngetahui" 2:216


Hati milik Allah. 
Mana mungkin aku jauh dripada Sang Pemilik hati.

Saturday, November 23, 2013

demi Tuhanku, Allah

9:38 PM 0 Comments
Demi Tuhanmu bersabarlah dengan kesabaran yang baik. 


Allah, Engkau mengetahui betapa lemahnya hati ini
Kuatkan lah aku untuk terus berada di atas jalan ini
jangan kau jadikan aku orang yang lemah hatinya.
Beban - beban dakwah ini jadikan ia indah untukku
Jangan ada rasa keluh kesah pada diri ini.

ikhlaslah wahai hati, 
ikhlas la...
jangan pernah ada rasa menyesal , kecewa
kerana Allah dah janjikan syurga untuk hambaNya
yang bersabar atas setiap kesulitannya. 


bertabahlah wahai hati.


ya Tuhanku, 
kuatkan hatiku untuk ku menghadapi ujian2 Mu
sungguh aku hanya manusia biasa
yang bisa lemah andai di uji
maka pinjamkanlah aku kekuatan dari Mu
agar bertambah kuat hati ini
untuk terus berada di atas jalan ini.


Mudahkan urusan hidupku dunia dan akhirat.
Allah :')



saat hati terasa berat
nafas seakan sesak
mana mungkin aku boleh hidup tanpaMu
wahai Tuhanku yang maha pengasih\
maha penyayang.




volgograd, russia
9.38a.m

Wednesday, November 20, 2013

live for Allah & ummah

2:59 AM 0 Comments
Salam alayk people of deen. Islam. alhamdulillah, to Allah we should thank. to be able to live again after a short dead (sleep). Alhamdulillah. i do have a lot of things to say. Even when i'm not in front of the laptop the idea came like a waterfall. pouring my brain across my mind. but yet, i'm so lazy when i sit in fornt of my lappy. I gess i cant help myself. But recently, theres a lot of things happened around us, around me, around  the world. 

I'm not going to talk bout others. Just wanna talk bout myself. Am I curious enough to know bout what was happening now in my brothers sisters's country. Did I feel what they have gone through. Instead, am I an ignorant?

ok. i'm gonna change my language. 
cakap melayu lagi senang. tapi kadang2 kene praktis cakap english jugak. sebab sekarang rasa english semakin broken dan semakin berterabur nk susun ayat pun da tak reti. haih. 


-----------------------------------------------------

PEDULI UMMAH

fikirkan ummah yang semakin tenat sekarang ini. Fikirkan masyarakat Islam di Palestin yang semakin dihimpit setelah pintu rafah di tutup sejak kejatuhn Dr,Mursi dan terowong2 gaza yang dimusnahkan. 
Isu ini. isu manusia sejagat. Ramai sahabat2 adik2 kakak2 di Malaysia yang tak tahu krisis ap sebenarnya yang sedang berlaku pada umat Islam di sebelah sana. 
Macam mana nak sedar kalau media massa Malaysia duk sogok penonton dengan berita2 palsu yang direka ditokok tambah, dengan hiburan yang melampau lampau. Allah, macam mana anak2 muda nak tahu tentang dunia Islam. ok. kita katakan mereka ada kemudahan internet, tapi tidak semua.yang ada kemudahan internet. Salah siapa jika anak muda sekarang jauh benar daripada ajaran Islam yang sebenar. Hinggakan zina dah sebati dengan hidup masyarakat abad ini. Malu rasanya setiap kali baca berita2 di Malaysia, x habis habis dengan berita rogol la, di tangkap khalwat, bunuh sana tembak sini.

Dunia semakin kejam, atau manusia yang semakin luput ketamadunannya?

Dat's the point. Ummah tengah tenat sekarang. menjadi tanggungjawab besar pada daie-daie  untuk mengembalikan ummah ini pada jalan dan dasar yang Islam gariskan. 
siapa daie tu? yes, awk semua. yang ada kesedaran dan kefahaman tentang Islam yang sebenar. 

Bila lagi nak berubah ke arah kebaikan? Berubahlah dari sekarang. Hiduplah dengan ajaran Islam bangkitlah , keluarlah dari zon selesa kita. Ummah sangat memerlukan kita. Lagi2 jika anda lelaki. Berat tanggungjawab seoang lelaki. Perlunya menjadi pemimpin yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam , pelunya mengembalian hak hak Allah di dunia ini.apa hak Allah tu? perundangan yang menggunakan syariat2 yang Allah dah tetapkan dalam alquran. 
lihat sahaja dengan hukuman hudud yang menjadi perbualan hangat negara . Ada golongan yang faham dan ada golongan yang tidak faham. sebab tu perlunya seorang pemimpin yang faham tentang Islam supaya dapat meng-edukatedkan rakyatnya tentang hukum hakam yang sudah Allah jelaskan 1400 tahun yang lampau. 

PEMIMPIN

Mudah. kita perlukan pemimpin Islam  yang hebat , berani dan tegas seperti Dr. Mursi presiden Mesir  dan Erdogan iaitu pemimpin Turki. Yang berani menentang musuh Islam yang berani melontar pendapat menangkis kebatilan. 

smuanya bermula dari kita. 
bagaimana pemimpin2 hebat itu boleh berjaya menjadi hebat seperti itu? Lihat sahaja untuk siapa mereka hidup.Mereka hidup untuk Allah, untuk ummah. 
dan mereka bermula sebagai individu muslim yang sangat hebat dengan kesedaran tentang Islam yang sangat mendalam. 


MARI MENJADI AMMAR

Lihat sahaja allahyarham Ahmad Ammar yang syahid di Turki. Syahid ketika menuntut ilmu. Hidupnya penuh bakti pada masyarakat. Walau bru sahaja berumur 20 tahun tapi masanya terisi penuh dengan perkara2 kebaikan, masanya terisi dengan aktiviti2 kebajikan . Kerana hidupnya untuk Allah dan untuk ummah. 

sejujurnya, saya sangat terasa dengan pemergiannya. Walaupun tidak pernah berjumpa atau mengenali sosok tubuh itu, tapi impaknya pada diri ini dengan segala kisah hidupnya yang dirancang baik oleh kedua orang tuanya untuk ummah benar2 membekas dalam hati ini. menjentik hati ini supaya turut menjadi hebat seperti nya dalam dakwah dan tarbiyyah. 

APA SUMBANGAN AKU UNTUK ISLAM , UNTUK UMMAH SEPANJANG 21 TAHUN ALLAH BAGI HIDUP DI DUNIA INI???

Tanya diri anda. Tanya hati. Apakah masa muda kita ini dihabiskan dengan menonton cerita korea, melayan perasaan cinta yang tak pernah sudah, melepak dengan teman2 di cinema, dating dengan pacaran tanpa jemu atau berseronok bermain games hingga lupa untuk solat?
itukah masa muda yang kita nak jawab pada Allah bila tiba hari perhitungan nanti iaitu hari kiamat. 

Jentiklah iman, bangkitkanlah taqwa.
Hidup bukan sekali. Hidup kita 2 kali. Mati itu sekali.
hidup yang kedua hidup yang kekal. hidup yang pertama sebelum mati adalah hidup untuk mengumpul bekalan untuk kehidupan di akhirat  yang lebih abadi. 
ramai yang tertipu dengan kehidupan di dunia ini. Ia hanya seketika. sampai masa kita pasti dijemput oleh Allah untuk kembali padaNya. 

Allah, moga pengakhiran hidupku dan keluargaku, sahabat2ku adalah pengakhiran yang baik yang husnul khatimah. 

mari menjadi aset penting untuk ummah.
apakah aset itu? 
jadi lah pemuda pemudi yang beragama
yang berilmu, yang soleh solehah.

itulah dia aset yang tiada nilainya untuk ummah abad ini.

its time to change.
to be a better muslim. 
the one that live for Allah,
and
the one that live for ummah. 

inshaaAllah..


klik untuk tahu kisah Ahmad Ammar, Lets follow Ammar.






volgograd, russia

2.51pm


Friday, October 25, 2013

random yang random

1:27 PM 4 Comments
Salam alaik.. 

rasanya lama sangat menyepi dariada blog nih.. tengah cycle berat. cycle internal medicine or kat sini femes kitorg panggil cycle therapy. Dapat cikgu yang best.Sangat dedicated walaupun tegas. tapi cikgu tu menjadi force untuk belajar rajin2. alhamdulillah tinggal lagi 3 hari sebelum habis cycle ni and akan start dengan cycle topographical anatomy plak lepas ni. 
apa yang menariknya untuk cycle therapy ni ialah terpaksa menempuhi perjalanan yang sangat jauh iaitu 1 jam if naik troleybus or kalu naik mashrut dalam 40 minit la paling lambat. kelas pkul 9pagi selalunya pkul 7.30 pgi dah tunggu troleybus. lagi sukanaik troleybus dari naik mashrut or prebet sapu sbb lagi enjoy x yah nak berebut rebut n berlemasan dalam mashrut tu. 

pernah mengeluh dengan cycle ni. sebab berat sangat, walaupun cikgu baik tapi hakikatnya banyak benda yang nk kena baca n kena tahu sebab cikgu akan tnya super detail. pernah seorang sahabat cakap, satu cara je nak buang rasa stress mengeluh semua tu ialah dengan mengikhlaskan hati pergi ke kelas untuk menuntut ilmu. anything happen hati kita akan lebih tenang. kena marah ngan ckgu takleh jawab ka, salah jawab ka, dapat markah kelas yg rendah ka.. semuanya adalah ok. n true! it works. bila ikhlaskan hati kerana Allah rasa semuanya smooth. apa2 yang berlaku pn dapat lalui dengan tenang. 

Dalam buku indahnya kematian karya pakcik misri d. Jelani, perkara utama or pekara pokok yang ditekankan oleh pakcik tu sndiri ialah tentang keikhlasan hati dan niat. semua benda kalau kita buat niat kita kerana Allah, semuanya akan go well. superb!

keikhlasan dan niat.

Dan untuk sem ni jugak, banyak benda yang tergendala, its either saya yang tak reti uruskan masa atau memang masa yang tak cukup.i used to love photography. n still love photography, tapi sekarang ni boleh kira berapa kali je pegang cik nikon 5100 tu. rasa i lost all da skills dah. sekarang ni x start lagi praktikal, bila da start praktikal nanti cemana la.. harap2 dapat mencari lebihan masa untuk hobi sendiri. even buku2 selain buku2 medik pun x sempat nak habis. adakah kerana diri ini sangat rajen baca buku medik. huhuhu. 
nak belajar photoshop pun x kesampaian lagi plus laptop nih bila bukak photoshop je dia nak hang ke laut. 

mungkin jugak sekarang ni masa yang ada lebih ditumpukan untuk benda yang lebih penting.. 
membina diri sendiri dan membina ummah. at some points, u hav to sacrifice one or two things in your life..
ada benda yang lebih penting yang perlu diutamakan. 

hari ni jugak, katil mengalami kepatahan. sebabnya memang katil tu da nazak sangat. and what happened is, benda yang buat sendal katil tu kat bhagian tengah n hujung katil tu dah x dpt support katil tilam bagai. adakah mungkin kerana sy sudah gemuks. yang menariknya ialah, katil tu jadi seperti satu liang lahad setelah dibuang tilam dan selimut2 tebal yg dibuat lapik untuk tnggikan katil tu, so.. bila buang sume benda tinggalkan katil yg berwarna coklat yang hanya kerangka katil shaja tanpa tilam dna memang sebijik macam liang lahad. macam kubor. masa tu sy cuma fikir satu je, ada sebab kenapa katil ni patah  dan saya akan lebih mengingati kematian bila tengok katil yang dah macam keranda yang dah macam liang lahad ni.. reflect balik diri, if dalam kubor nanti duk soang2 gelap gelita, takdak siapa yang dapat teman, takda bantal takde selimut tebal nk alas tidur, yang ada hanya tanah dan cacing2 yang akan teman kita kat dalam kubor tu. Allah.. 
semoga dengan mengingati kematian nih, hati akan lebih benci pada maksiat dna lebih cinta akan akhirat dan cinta untuk bertemu denganNya. 

Indahnya kematian. 
Hadapi ajal dengan senyuman. 

kedengaran seram berbaur keindhan bukan. tapi itulah tajuk buku best nih.. 
bersediakah aku untuk menghadapi kematian?


pada dasarnya, banyak benda yang belum dibaiki lagi. belum sempurna lagi iman. taubat ke mana?
amal ibadah cukupkah untuk bawak bekal ke akhirat..
Allah :'(

Allah, kurniakanlah kami kematian yang husnulkhatimah, kematian yang baik. yang di terima oleh Mu. 
kuatkan hati2 kami untuk berubah menjadi baik keranaMu, 


kerana manusia itu fitrahnya perlukan Tuhan. Maka marilah menjadi hamba. Hamba kepada Allah yang maha Esa. 



volgograd,russia
12.27a.m

Sunday, October 6, 2013

hidup untuk mati

6:08 AM 0 Comments
Kamu mengaku kamu beriman. Padahal kamu belum benar2 di uji.

Allah. terngiang ngiang petikan ayat cinta Illahi di gegendang telinga ini. 
Ya. Allah sedang menduga aku, menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaanku kepadaNya.
Kalau betol aku nih beriman kepada Allah mesti aku redha dan kuat untuk hadapi apa jua ujian dan cabaran daripadaNya.

kenapa perlunya di uji?

supaya hati tak mati.
supaya hati tak lupa pada pemilikNya
supaya hati terus hidup
supaya diri tidak menjadi bongkak
supaya jiwa tahu dia milik siapa.

datang saja ujian, khabarkan saja pada mereka.. aku punya Allah. Pelindung sebaik baik pelindung. Pemberi hadiah kekuatan. Ujian yang kecil sebesar kuman, hanyalah picisan untuk menguji keimanan..

ak harus kuat menentang semua perkara yang boleh menghalang aku daripada dekat dengan Allah. aku perlu matang untuk menepis dugaan2 yang diwarnai indah oleh syaitan. 

untuk apa?

untuk meraih kasih sayang dan cinta dari Allah. 
Biar berat mana.. biar susah mana.. biar aku harus korbankan dunia ini untuk meraih kasih sayang dan rahmat dariNya.. 

sedar atau tidak, hari2 yang dilalui penuh berbalut noda dan dosa. aku tidak tahu bagaimana Tuhan memandang aku sebagai hambaNya sedang aku saban hari berlumuran dosa. Aku malu padaMu Allah. Masihkan Engkau sudi memandang diri yang kerdil ini. 

aku hanya menyimpan impian. Menjadi hambaNya yang solehah. yang ingin ke syurgaNya.
Moga impian itu terus tersimpan kokoh dalam hati ini.. mengejar impian. impian besar yang hanya gajarannya di akhirat sana. Impian dunia tiada seberapa. Wahai hati kembalilah pada pemilikNya.
bukan dunia yang di cari.
mati hanya sekali.
hidup itu 2 kali. yang sementara. yang kekal abadi. 

tujuan hidup untuk mati. tujuan mati untuk hidup. 
kerana itu hidup dan mati perlu bertujuan. jadi orang yang ada arah tuju. bukan manusia yang hidup dalam dunia kosong semata. 
tiada matlamat hidup. 





volgograd, russia 
5.07p.m
fall in september

Monday, September 30, 2013

jalan

7:53 AM 0 Comments

usia muda bukan jaminan untuk terus membuat dosa. anda hati yang suci itu dipeuhi titik hitam, rosaklah generasi, bilakan mahu membangun menjadi insan sehebat alfateh, semantap salehuddin al-ayubbi..

adakala kita melihat dunia melalui kaca mata yang sempit, tidak seluas langit, kerana apa ya? kerana kita punya kemampuan yang terbatas. 
ada manusia tak boleh hidup dengan realiti dan hanya mahu hidup dalam fantasi. tak salah, cuma hakikatnya kita berdepan dengan realiti dan masalah ummah yang tak terkawal. 
kita umpama si pengemis di jalanan mengemis mencari makna sebuah kehidupan. kita inginkan kebahagiaan, tapi kita tak berusaha untuk mencari bahagia itu, ita inginkan kemewahan, tapi kita tidak berusaha untuk memajukan diri kita, walhal kehidupan seorang manusia haruslah berkembang. 

hakikat demi hakikat kehidupan, kita masih lagi mencari.cuba mengetuk dindng hati, menafsir resah yang adakala menyerbu masuk ke sangkar hati. kita mungkin menjadi kaku, lesu lemah dengan pelbagai persoalan. akhirannya, kita hanya mampu mengeluh benci. tidak. hakikat hidup bukan untuk mngeluh benci , berkeluh kesah tetapi sebaliknya. cari makna di sebalik kehidupan. di mana alquran saat engkau benar2 ingin mencari. saat hati kau kosong, apaka muzik semata yang kau layan, atau adakah engkau mahu mencapai quran lalu melantunkannya dengan alunan yang menusuk hati. engkau pilih!

kita mencari erti kehidupan. dalam masa yang sama kita perlukan panduan. panduan hidup yang hanya ada pada alquran, kalam Allah. katakanlah pada hati , andai benar kedamaian yg di cari, dekatlah diri, hati jiwa dan raga pada Tuhanmu. cari hati yang hilang, bawa ia kembali pulang pada jalan yang Tuhanmu redhai. 

aku masih lagi insan kerdil, yang masih lagi kanak2 hingusan. masih muda dalam jalan tarbiyyah ini. tapi aku tak mahu malu untuk mengajak kalian supaya sama2 bersama aku, melalui jalan yang sama. jalan cinta para pejuangNya. Biar kita bukan kesorangan. 

usia muda bukan segalanya. boleh jadi esok lusa ajal kita, Izrail mnjemput pulang.
moga pengakhiran kita adalah pengakhran yang terbaik, husnul khatimah. 

Jalan mana kita pilih?


volgograd, russia
1.51pm
jalan cinta para pejuangNya 


Thursday, September 26, 2013

Harga Cinta Padaku #repost

8:39 PM 0 Comments
Harga Cinta Padaku

Harga cinta,
Mahal padaku,
Kerana cinta  bukan sekadar pada manusia, 
Tetapi bermula dengan Tuhanku Yang Maha Agung.

Kalau benar cinta,
Hendak bersama hingga syurga,
Kerana pencinta kepada Rabbku semuanya berhajat ke sana,
Dari situ dasar cinta aku bina,
Kepada makhluk yang lainnya.

Tidak akan aku bawa kepada murkaNya,
Tidak akan aku tarik kepada nerakaNya,
Tidak pula aku susahkannya dengan dosa-dosa,
Sambil menjaganya, diriku aku perhatikan jua.

Harga cinta padaku mahal,
Apakah yang lebih mahal daripada syurga?
Itulah dia cintaku,
Membawa ku ke sana,
Bukan kepada selainnya.

Apa-apa yang ke neraka,
Menjemput murkaNya,
Itu bukan cinta.
Bukan.


credit : Hilal Asyraf


*jazakillahu khoir sister for sharing dis beautiful phrases :)

Wednesday, September 11, 2013

i'm back

2:51 AM 0 Comments
salam alaik..

sepi dan bersawang belog nih setelah berbulan bulan ditinggalkan. 
no updates langsung walaupun dah balik Malaysia pastu datang Russia balik.
walaupun keinginan untuk menulis tu membuak buak, ternyata encik malas lagi berjaya menarik minat ni untuk duduk relax2 sahaja. 

akui 3rd year sangat sibuk, sekarang dah masuk 4th year dah free sikit.. xde la free sgt tapi sekurang kurangnya tidak sesibuk 3rd year yg lalu. so here i am. rindu nak menulis, mengarang puisi, mengarut melalut etc. 

semester baru di tahun yang sama which is tahun 2013. so? yeah.. x de banyak benda yang berubah pun except a few things. 

tahun ke 4 menuntut di sekolah tarbiyah. masih lagi dalam usaha membaiki diri sendiri menjadi lebih baik
banyak benda yang nak diuruskan , dibaikpulihkan, ditingkatkan untuk agama, bangsa dan negara. pehh.. ayat skema. 

inshaaAllah, apa yang Allah aturkan untuk kita itulah yang terbaik dalam kita membina diri kita menjadi individu muslim yang ingin menggapai redha Allah. 


sayang -sayang hati sayang
bina cinta berbunga di hati..
biar hati selalu tenang
mardhotillah itu yang di cari 





volgograd, russia
autumn dah nak start, sejuk
1.31pm

Saturday, June 1, 2013

random 12

9:37 AM 0 Comments
rasa mental breakdown skarang.
sangat.
what a mixture feeling.bercampur gaul skali nih. nak nanges ade. nak ketawa ada, nk lari cabut pi angkasa lepas.
benda kecil usah di kenang. manusia tak pernah sempurna cuiya. belajar menerima kekurangan mereka. walaupun dihadapan mereka kekurangan kita itulah yang berlambak lambak dilihat mereka.

tak mengapa.
sentiasa bersabar. sabar. sabar.

:(



volgograd,Russia
1 jun 2013

Friday, May 31, 2013

senja

10:27 AM 0 Comments
kita hampir lupa, adanya Tuhan yang melihat kita. setiap gerak geri, amal perbuatan.
kita tidak sedar cctv Tuhan maha hebat, tiada satu pun yang tidak terakam. 
tpi kita masih lagi alpa, tetap dengan kehidupan dunia yang serba melalaikan. ke mana hala tuju kita sebenar i dunia? apakah selamanya kita di dunia? kita lupa kita hanya singgah, singgah di dunia yang sementara . menghirup secangkir rahmat dan kasih sayang serta  nikmat rezeki dari Tuhan pencipta alam. kita lupa. atau mungkin kita alpa. apakah kita benar2 yakin hidup itu cuma sekali. lupakah kita pada hari yang kekal abadi? hari kebangkitan yang misteri. ingatkah kita pada semua itu. 

tak terasa basah hati pada ayat Tuhan yang dibaca. di mana hati. terbang atau hilang. atau sudah matikah. mana pergi mata yang mengalirkan air mata seorang pendosa. sombongnya kita pada Tuhan. Ampunkan kami Tuhan atas keegoaan yang tidak bertempat ini.
putaran dunia pada paksinya seolah olah makin deras, walhal manusia seperti tidak sedar. hanyut. 
entah ke mana arus dunia menghambat mereka, jika bukan keseronokkan dunia semata mata. 

sedih andai hati sekeras batu kerikil. sedang dunia sudah hampir dihujungg senja. tiada yang mahu sedar. yang ada cuma segelintir. sukarnya menjadi umat akhir zaman. zaman fitnah berleluasa. bila mana kebenaran bukan lagi kebenaran, dan kebatilan berleluasa beranak pinak memenuhi isi dunia. manusia sudah lupa tanggungjawab mereka.

abang saya

10:26 AM 0 Comments
bila rindu bertamu, tak sabar nak berjmpa dengan orang yang tersayang di Malaysia.
Tetiba tringat dekat abang kembar yang paling rapat dekat rumah dlu, nama Harif tapi panggil Pok Ta. sound legit tapi seronok panggil. kadang2 panggil deris je.. mat deris.
Sorang lagi nama Arif tapi panggil keri.. kadang2 panggil cekpe je.. hahaha.. rindunya dekat mereka.
kalau kecik slalu gaduh sepak terajang cubit bagai, bila besar dh pandai hargai satu sama lain. banyak benda yang mendewasakan kami. dari sekolah rendah pegi sekolah sama2 jalan kaki , kdang2 naik basikal sama2.
abang abang ni lah yang baik hati hantarkan bekal dekat adek dia waktu sekolah rendah bila ada kelas tambahan. terharu.. okeh. abang2 saya semua baik2. walau dah start kerja sambilan dulu pn abang still hntr bekal bila mak suruh. katanya nak s


uh jimat duit.

nanti balik malaysia tengah cari driver yang sanggup pi antar pegi balik dari hospital. kalau dulu cekpe ade.. skrg ceke tengah belayar kat tengah laut. raya pn tak balik, memang x jumpa la balik summer nanti.
harap2 deris cuti, bole lah hantarkan n ambikkan. xperlu susahkan apak.

jarang cerita pasal abang2 lain sebab bukan x rapat sangat. rapat je tapi lebih rapat dengan mereka.
oke. rindu.

27 days to go back to meet them..

adek yang merindui
volgograd, russia

Wednesday, May 15, 2013

random11

3:27 AM 1 Comments
Ya Allah. This is sooo stressful. Help me to bear dis last part.
Getting soo tired with all colloqs n da tests. Stdy utk exam pn x start lg. :'(
 dont wanna mummy know bout dis. Hav to b strong dear me. If others can pass dis tiring 3rd yr.y not u?

Allah permudahkan jalan ini. Bila penat2 mcm ni msti homesick mlampau lmpau. Am soo tired.
Byk kena stdy. X hebat like others. Kne usaha lebih dri diorang. Sometimes rasa sgt down dgn diri sndiri.
Hav to b strong. Hav to.

Weather pn dh smakin panas. Ujian. Panas2 mcm ni selalu cpt naik angin.bnda simple pn bole timbulkan kemarahan. Sume dh hilang tahap sabar.tmbh dgn mode exam.sume org muka mcm nk mkn org.
Kata nak telan perasaan marah. Mana jnji kamu?
Sedih.. Belajar tp x amalkan ap yg dpt dlm usrah. T.T

Bersabar.
Kuat.
Tabah.
Fokus.
Usaha.
Doa.

Bonda minx maaf x bgtahu semua  ni.nak bonda tahu semuanya baik2 shja. InsyaaAllah.everything will b fine.


Fighting cuiya!


*rasa lega sikit lepas tulis semua nih*



springyangsummer
volgograd,russia
15mei2013

Monday, May 13, 2013

random10

6:55 AM 0 Comments
beratnya hati, resahnya jiwa. Tuhan tahu apa yang melanda hati dan jiwa ini. Lemahnya.
semoga hati terus kuat, jiwa terus utuh, semuanya akan berakhir.

2 bulan lagi cuiya. x sampai pun 2 bulan.. bertahan je.
dis is da toughest part in 3rd yr .
Allah, please ease dis part..

betul lah apa yang senior2 bagitahu, 3rd year adalah yr yang paling mencabar ketahanan fizikal dan mental.. tambah2 di akhir sem macam nih. di tambah dengan kepanasan yang semakin panas..
tak sabar nk balik Malaysia. Allah.. rindunya orang2 di Malaysia.

umur 21 tahun nih langsung x dapat menghalang diri ini untuk tak homesick. ye. saya homesick. sangat. tambah dengan hati yang semakin rapuh. moga dikuatkan iman. sabar lah wahai hati.

medik bukanlah sesuatu yang mudah. nk berjaya pun bukan mudah. haruslah berusaha walaupun kadang2 usaha tak membuahkan hasil yang begitu best, tapi harus yakin diri,Allah mengira setiap bijik usaha ..

fighting cuiya!
Allah sayang kamu.


volgograd,russia
13.5.2013
*hapy birthday kak ya. I luv u*

Monday, May 6, 2013

#random

11:52 AM 0 Comments
lama benar tidak mencoretkan apa2 di sini. Kesibukkan yg melanda
hakikatnya kemalasan turut serta.
Jika di imbau kembali.. Terasa pantasnya waktu yg berlalu. Apakah dengan kepantasan waktu itu saya sudah menjadi yg terbaik. Terbaik sebagai seorang muslim. Terbaik sbgai seorg tan, anak, rakyat.
Koreksi diri. Sampai bila mahu berada di takuk yg lama.

Sudah 21 tahun hidup di atas tanah pnjaman milik Allah. Harus sedar setiap bitir tanggungjawab . 21 tahun bukanlah umur utk bersuka ria tapi umur untuk pemantapan segala sisi.

Biarlah berdikit dikit.. asalkan hati mahulan perubahan pd jalan yang bemar.

Usia yang singkat. Tertampungkah amalan untuk ke syurga andai dosa dan maksiat setinggi gunung. Mahukan perubahan
mula la dengan diri sendiri. Moga Allah golongkan kita dlm klgn hambaNya yg sentiasa memohon keampunan.

Tentang jodoh. Tiada siapa yang x pernah memikirkannya. Soal hati serahkan pada Illahi. Moga ada yg terbaik. Merancang waktu , belum pasti bertemu. Yang pasti Allah adalah maha perancang. Tiada apa yg harus dibimbangkan.

Kita manusia yang kadang2 lupa pada pemilik segala kekuasaan, pemilik hati sebenar.kembali la pada Nya.Moga hati kita tenang.

Saturday, March 2, 2013

#cinta

10:15 AM 0 Comments
manusia normal ada hati
punya perasaan
punya fitrah ingin berkasih sayang
jujurnya, tiada cacat dan cela di situ
biarlah fitrah itu
letaknya pada tempat 
yang berlandaskan syariaat.
mengharapkan yang halal
bukan sebuah perhubungan yang haram
mengharapkan cinta yang suci
yang diredhai Tuhan.

cinta bukan sekadar kerana rupa
bukan juga kerana harta
apatah lagi pangkat
tapi cinta yang di cari
cinta yang hakiki
yang membawa hati dekat pada Illahi
cinta yang halal..

biar rupa tidak setampan Yusuf
biar pipi tak semerah aisya humaira
asal hati penuh dengan kebaikan
akhlak penuh dengan keindahan
asal iman di hati
peribadi yang luhur
itu sudah lebih dari cukup
untuk sebuah kebahagiaan. 

cinta bukan sekadar cinta
bukan kerana nafsu semata mata

pandanglah cinta
dari sudut yang menguntungkan
dunia dan akhirat, 
bercinta keranaNya
di jalan yang halal.

kerana cinta itu seharusnya membahagiakan.


\
volgograd, russia
9.47pm

Sunday, February 24, 2013

iman, ukhuwah , akhowat

7:55 PM 0 Comments

Tunjang kekuatan hati adalah keimanan kepada Allah.
Bila mana seseorang itu meletakkan Allah dalam seluruh kehidupannya, pasti segala galanya adalah yang terbaik. Biarlah buruk sekali pun , atau baik sekali pun. Kerana rasa keimanan itu melahirkan kekuatan dalaman yang sangat abstrak. Rasa kebergantungan kepada Allah dalam setiap hal.

alhamdulillah. mencakupi setap ruang lingkup kehidupan ini, Allah masih lagi mengurniakan saya nikmat oksigen untuk terus bernafas dan hidup di buminya. Dan betapa besarnya nkmat Islam yang tak terhingga yang Allah berikan pada saya, sehingga seluruh kehidupan saya Islam sudah berikan garis panduan sebenarnya. Saya yakin, tiada manusia di bumi ini yang dilahirkan, membesar tanpa sebarang masalah. so do I. kita takkan mampu lari daripada masalah kecuali kita berusaha untuk menghadapinya.
hadapi dengan hati yang tenang serta pergantungan 100% kepadaNya. InsyaaAllah , pasti dipermudahkan. Dan ingatlah, setiap yang berlaku, ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya. Sesuatu yang berlaku bukanlah sia2. ada alasannya. tinggal kita untuk berfikir sahaja. 

pada saya, memang berat kali ini saya di uji. Banyak hal, banyak masalah, banyak konflik dalaman dan luaran. Tapi Allah knows the best things for me. Mungkin juga ujian ini sebagai kifarah dosa, dan mungkin ujian ini sebagai penguat hati dan lebih mendekatkanku padaNya. Alhamdulillah atas setiap perkara.
bersangka baiklah pada Allah. Allah itu mengikut sangkaan kita. maka sentiasalah bersangka baik pada Tuhan kita, Allah.

jujur saya katakan , jika saya seorang diri yang menghadapi ujian ini, pasti saya rebah, lemah x bermaya, putus asa , lembik di tengah jalan, tapi mujurlah saya tak pernah keseorangan. Hidup dalam kalangan akhowat sangat terjaga. Akhowat. mereka lah sumber kekuatan saya dalam menjalani hari2 di sini. saat saya lemah, ada yang sudi memberikan kata2 semangat, saat saya dilanda kesusahan, mereka sanggup bersusah payah menolong saya. Bila saya hampir putus asa, mereka tunjukkan betapa kuatnya mereka menjalani hidup mereka. Betapa kuatnya hubungan mereka dengan Allah sehingga hubungan dengan manusia terjaga rapi. Hablu mina Allah, hablu mmina nnas. Saat kefuturan melanda, melihat mereka sahaja mengingatkan ku pada Allah, lantas terasa graf iman semakin bertambah dan 'recharge'.

benarlah, jika kamu rasa futur, lemah, saling lah, duduklah dalam kalangan akhowat. teringat lagi kata2 seorang ukhti yang belajar di RCSI di Malaysia. memang kata2 itu betul.saya sendiri merasakannya.betaa ukhuwah sesama kami itulah yang menguatkan kami untuk terus berjuang di jalan ini.

sahabat yang baik, adlaah seseorang yang apabila kamu memandang wajahnya, mengingatkan kamu pada Allh. jazakumullahu khair khathiran akhowati.. InsyaaAllah, i wanna be dat sahabat too. 

indahnya ukhuwah keranaMu itu. subhanallah.


volgograd, Russia
7.42a.m

Saturday, February 23, 2013

#bonda

9:45 AM 0 Comments
ujian yang datang silih berganti
bagai menabur butiran garam
di luka yang masih bernanah.
antara kasih sayang dan benci
aku tahu sukar untukmu menelannya
antara anak dan musuh
engkau masih tegar dengan cinta

bonda..
andai yang lain tidak mahu mengerti
biarlah aku mejadi anak yang memahami
agar aku bisa menjadi
penyembuh luka mu
walau ku tahu aku bukanlah penawar
namun sekurang kurangnya
aku ingin kau tahu
aku sangat mencintaimu bonda
biarlah aku menjadi anakmu
anak yang solehah
yang sentiasa menyenangkan mu
membahagiakanmu..
dan mendoakanmu.

bonda
anakanda sayang bonda..
sampai syurga.


volgograd, russia
9.45pm

Wednesday, February 20, 2013

#lelaki

1:14 PM 0 Comments
bismillahirrahmanirrahim.

jika seorang lelaki itu menghormati seorang wanita, seorang wanita yang begitu banyak berjasa dalam kehidupan mereka.maka, lelaki itu layak di hormati juga. 

syurga seorang lelaki letak di bawah telapak kaki ibunya. wlau di mana pun mereka berada. Ibu adalah wanita paling utama yang harus berada di hati mereka. Tingginya darjat seorang wanita diangkat oleh Allah. Wahai betapa beruntungnya seorang wanita itu, jika anak yang dilahirkannya, dibesarkan dan di sekolahkan itu, membesar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa dan agama. anak yang soleh.

saya. nak cakap tentang sesuatu. tentang seorang lelaki yang menghormati wanita. ya. spesifiknya. 
saya sangat meghormati lelaki yang memuliakan seorang wanita. 
saya lebih suka jika lelaki itu faham siapa saya dan tahu saya seorang muslimah. maka, secara tidak langsung, mereka akan lebih menjaga perkataan mereka dan perbuatan mereka. ya.. saya menggunakan perkataan muslimah itu sebagai benteng untuk saya tidak di layan sama seperti wanita2 lain di luar sana. sebab bgi saya, seorang muslimah itu wajar dilayan secara 'high class'. 

'high class' nya bila seorang lelaki tidak berani sesuka hati menepuk nampar mereka.
'high class'nya  bila seorang lelaki itu tidak berani bercakap kasar dengannya, atau mengeluarkan perkataan2 yg x enak. cthnya: b***h , hot chick and etc. 
'high class ' nya bila lelaki itu tidak sewenang wenangnya menghampiri atau duduk di tepi waita itu tanpa sebab ,pekerjaan atau alasan yang kukuh.
"high class' nya bila lelaki itu hanya menegur wanita itu bila perlu.

high class. ya. 

jika anda mahu adik/ kakak perempuan anda dilayan dengan secara 'high class', kenapa tidak mulakan dengan anda dahulu. 

hormati ibu anda. kasihi kakak dan adik perempuan anda. 
hargai mereka. InsyaaAllah anda sudah menjadikan mereka sebagai wanita yang ' high class'.


23 februari ni  adalah Men's Day. to all men...semoga menjadi rijjal yang hebad yang bergaya, yang ohsem untuk keluarga dan Islam yang tercinta.. InsyaaAllah

volgograd, russia
21.2.2013
1.13 a.m


Wednesday, February 13, 2013

takdir #puisi

12:55 PM 0 Comments
biar waktu yang menentukan
biar Tuhan yang mentakdirkan

jika Tuhan takdirkan itu
maka biarlah ia yang terbaik untukku.

biar diam menjadi bicara
pada sebuah soalan yang tiada diungkap
pada jalan yang tak pernah berarah
pada hati yang tak pernah mengerti.

bila tiba masanya
ku harap
itulah ketetapan daripadaNya
yang terbaik untukku.



volgograd, Russia
12.53am

muslimah

12:37 PM 0 Comments
walau apa pun yang berlaku.. siapa pun dikau pada masa silam mu, bangkitlah muslimah. 
bangkitlah. kita mungkin pernah merasa titik hitam yang gelap itu. tapi Allah x pernah padamkan cahaya dan sinar yang membawa kita untuk dekat pada mereka. 

berlarilah mengejar Tuhanmu, jangan berputus asa. Carilah cintaNya. kita sama2 ingin menjadi solehah.. 
bukan mudah menjadi solehah. bukan mudah untuk berubah. tapi fitrah kita adalah untuk kembali kepadaNya. Jiwa kita jiwa yang merindukannya. Jangan menzalimi diri sendiri. Jngan kotorkan hati dengan perkara yang kau sendiri benci untuk melakukannya. 

aku juga seperti itu tika dlu. aku penat dengn dunia yang aku kejar. saat hatiku terpaut pada jalan ini. Jalan yang mendekatkan aku padaNya. aku yakin, ini jalan yang selama ini aku cari. Tenang.


jika dunia yang kau kejar, dunia akan memakanmu, membinasakan mu. membiarkan kau terkulai layu lemah dan benci pada apa yang kau miliki.namun jika dunia engkau jadikan sebagai tempat untuk membaja benih untuk di tuai di akhirat nanti, engkaulah yang akan beruntung,

bukan mudah. 
tapi inilah jalan kita. jalanku.
marilah menjadi muslimah
muslimah yang solehah...
bukan mudah 
tapi sekurang kurangnya cubalah..
sedang aku mencuba, pastikan kau turut serta..

Allah, tunjukkan kami jalan yang benar. Kuatkan hati kami untuk bermujahadah.

Tuesday, February 12, 2013

blog baru!

11:27 AM 0 Comments
blog baru.

fresh!

buang masa lampau bukan bermakna lupa segalanya.

mulakan dengan niat yang baru.


tiada alasan.

alasan blog baru?

blog lama kene virus!!!!Malware huh.





x mengapa.

pasti ada hikmah.

yang berlaku pasti beralasan...


maka.. inilah blog baru saya.


MATAHARI ITU BINTANG..
ciptaan Allah.




11.26pm
volgograd, russia

doa

10:50 AM 0 Comments

ya Allah, Tuhanku.
kurniakanlah kepadaku apa-apa sahaja yang terbaik padaku
apa sahaja yang telah Engkau tetapkan baik 
untuk diriku
untuk agamaku
untuk keluargaku
untuk masyarakat
kurniakanlah..

Berikan aku kekuatan
agar aku mampu menghadapi segala sesuatu 
yang telah Engkau berikan padaku
jadikan aku hambaMu yang bersyukur
walau dalam apa jua keadaan
tabahkan hati
tsabatkan hati ini atas jalan yang benar

wahai Tuhan pemilik sekalian hati
kurniakan aku hati yang baik
hati yang cenderung kepadaMu
hati yang mencintai orang2 yang mencintaiMu
hati yang cinta pada akhirat
hati yang rindu pada kekasihMu
agar bertambah kuat hati ini 
untuk menempuhi jalan2 kehidupan.

Ya Rahman
peganglah hati ku,
jadikanlah aku anak yang taat pada orang tuaku
yang kasih pada mereka
yang sayang pada keluarga
yang cinta pada mereka semua.
jadikanlah aku wanita yang solehah
agar aku bisa menjadi srikandi Islam
menguatkan mereka
sebagai sandaran mereka berteduh..

ya Allah..
yang terbaik,
jika itu yang Kau takdirkan
aku hanya ingin menjadi hambaMu yang 
bersyukur dan terus bersyukur.



Volgograd, Russia
10.42pm

Follow Us @kedakulitcantik