Friday, November 28, 2014

kotak

8:00 PM 1 Comments
kotak mngkin bertingkat
kadang tidak bercahaya
beruangan sempit namun tidak sesempit biasa
luaran kotak hanya sebuah kotak

ringkas nya sebuah kotak
ada masa boleh menjadi komplikated
namun dalam kotak mungkin ada kotak
mungkin juga kosong
kotak itu berkotak kotak.

ironi nya kehidupan ini
andai sahaja dunia dimasukkan ke dalam kotak
di bungkus rapi
dibiar hitam tanpa sedikit pun cahaya
hitam kelam tidak tertembus
manusia itu umpama kotak.
bila hati sendri umpama kotak hitam

hitam kah sebuah hati
lalu kotornya kotak hati
apakah akan ada kotak kaca
yang cahaya bisa dipotrei?

analoginya hanya sekeping kadbod
satu dataran rata
hanya di jadikan tempat untuk cakaran
masa dan waktu tak boleh di lakar
hanya pada sebuah kadbod
yang hitam tak dapat di baca.

mungkin juga manusia ini
manusia abad lampau
kurun ke sejuta belakang
tak di fahami tak di sedari wujudnya
delusi dan halusinasi
biar sahaja jadi bara
lalu kotak menjadi dunia.
bukan segi empat
tapi bulat
segi empat yang bulat
mungkin ilusi semata.











volgograd,russia
7.58am
undefined idea 

Sunday, November 23, 2014

nikmat

4:51 AM 0 Comments
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan."

coretan dari Tuhan kepada hambaNya. Kata-kata Tuhan buat makhlukNya.
subhanallah. surah arRahman. Hebat surahnya, Hebat lagi yang mencipta ayat-ayat tersebut.
Suatu persoalan, suatu sindiran, suatu teguran. Mana satu hati kita mahu menafsirkan.

Nikmat. Nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
Apa lagi aku mahu??
Kita claim kita diuj dengan bermacam ujian, ujian gagal dalam pepriksaan, ujian kecewa dengan manusia, ujian kesempitan kewangan, dan pelbagai bentuk lagi ujian. Tapi di sebalik ujian tersebut sebenarnya masih banyak lagi nikmat Allah yang kita tak boleh nak kira. Hatta , kita takkan mampu nak membayar nya dengan emas mahupun jutaan wang kertas yang kita miliki.
Subhanallah. Maha suci Allah. Nikmat manakah yang aku dustakan?
terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan, tapi sedikit cuma aku bersyukur.

moga Allah ampunkan segala kelemahan kita,
moga Allah jadikan kita hambaNya yang bersyukur,
yang sentiasa menjadi golongan kanan.
yang cintakan jalan dakwah dan tarbiyyah.

....................................

apa bukti kau bersyukur pada Tuhanmu?

buat 'dakwah'.
 Menyeru orang kepada kebaikan.
 Menyeru orang kepada Allah.


cukuplah ia sebagai saksi di hadapan Allah untuk menjawab soalan tersebut.


maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? T.T


Follow Us @kedakulitcantik