Saturday, March 2, 2013

#cinta

10:15 AM 0 Comments
manusia normal ada hati
punya perasaan
punya fitrah ingin berkasih sayang
jujurnya, tiada cacat dan cela di situ
biarlah fitrah itu
letaknya pada tempat 
yang berlandaskan syariaat.
mengharapkan yang halal
bukan sebuah perhubungan yang haram
mengharapkan cinta yang suci
yang diredhai Tuhan.

cinta bukan sekadar kerana rupa
bukan juga kerana harta
apatah lagi pangkat
tapi cinta yang di cari
cinta yang hakiki
yang membawa hati dekat pada Illahi
cinta yang halal..

biar rupa tidak setampan Yusuf
biar pipi tak semerah aisya humaira
asal hati penuh dengan kebaikan
akhlak penuh dengan keindahan
asal iman di hati
peribadi yang luhur
itu sudah lebih dari cukup
untuk sebuah kebahagiaan. 

cinta bukan sekadar cinta
bukan kerana nafsu semata mata

pandanglah cinta
dari sudut yang menguntungkan
dunia dan akhirat, 
bercinta keranaNya
di jalan yang halal.

kerana cinta itu seharusnya membahagiakan.


\
volgograd, russia
9.47pm

Follow Us @kedakulitcantik