Sunday, December 7, 2014

Ruqayyah Tarbiyyah

12:09 PM 0 Comments
Hari ini hari Sabtu kembali. Lengkap seminggu kitaran hari- hari yang memenatkan. Sabtu ini bukanlah Sabtu biasa, Sabtu ini adalah Sabtu yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai urusan.
Namun malam ini, Sabtu yang dirasakan kosong sekali. Tiada aktiviti tarbiyyah seperti kebiasaan.

masa lapang bagi seorang daie itu umpama racun yang membunuh dalam diam.
Bahaya nya masa lapang ini andai tidak terisi.
Tekadku malam ini mahu sahaja aku keliling pusing satu Volga mentadabbur malam.
Lagaknya seperti kutu rayau pula. Ditambah malam yang dingin, hampir sahaja suhu menggigit hingga ke tulang. Akhirnya kaki ini menapak di hadapan sebuah restoren kegemaranku, Shokoladnitsa, berhampiran aleya geroyev. Lengang. Tidak ramai pengunjung di restoren ini. Aku memilih tempat duduk yang paling hujung terlindung daripada pandangan mereka yang lalu lalang.
cukup dengan air mohito klubnika tanpa alkohol bersama panakotta aku tenggelam dengan dunia ku sendiri. kadang-kadang masa sendirian perlu untuk muhasabah diri. Ya. Kadang- kadang.

Bila duduk seorang begini, macam- macam perkara berlegar bermain di fikiran. Teringat pula kerja rumah yang diberikan murabbiku ; #INI KISAHKU.

Nak gelak tak keluar suara boleh? :D
-------------------------------------

Jujurnya, sebaris perkataan itu, wujudnya hanya aku sedari 5 tahun lalu waktu mula- mula aku menjejakkan kaki ke bumi stalin ini . TARBIYYAH. Ringkas sahaja sebutannya tapi impak nya sangat besar buat diriku yang sangat kerdil ini.

6 tahun lalu...

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Gah namanya, hebat lagi para penuntutnya. Beruntung. Bertuah. Itulah yang aku rasakan tika itu. Bak kata kakak-kakakku, itukan tempat untuk budak- budak pandai. Hahaha. Gelak dalam hati. Iya. Sememangnya PASUM sebuah tempat untuk manusia mengenali alam. Alam dewasa, alam persahabatan, alam chenta, etcetra.  Tapi cukuplah aku katakan, PASUM telah menemukan aku dengan erti sebenar hidup berjauhan daripada mak ayah. Bila mana tiada lagi mereka yang mahu menegur cara pakai ku, auratku sempurnakah ditutup, dengan siapa aku berkawan. Mak ayah jauh di mata dan aku bebas. Tapi mujurlah aku belum sejauh itu membebaskan diriku.

.............................................

Hari itu hari Ahad. Awal-awal pagi lagi aku bersiap siap, merapikan diri dan mengenakan pakaian kasual untuk keluar 'outing' dengan beberapa orang teman kuliahku. Waktu itu aku berkira-kira untuk membeli beberapa buku tulis kosong, dan senaskah mathurat atau yassin di MPH Bookstore.
Leka memilih mathurat dan yassin, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang kakak yang tinggi lampai orangnya bertudung labuh. Manis dan sopan orangnya. Dia tersenyum.

" Assalamualaikum, adik cari apa?" tegur kakak tersebut.

"waalaikumussalam," jawab ku sambil membalas senyumannya. "... tengah cari mathurat , nak beli. Tengok banyak sangat pilihan."

"Oh, nama adik apa?" soal kakak manis itu lagi.

"matahari, kakak nama apa?" tanya ku lagi.

"nama akak Ruqayyah Hadad. Panggil Kak Ruqayyah je.." jawab kak Ruqayyah sambil tersenyum.

" matahari belajar kat mana ?" soal Kak Ruqayyah lagi. Aku menjawab soalan tersebut dengan hati terbuka. Usai bertegur sapa, Kak Ruqayyah meminta diri untuk ke kaunter pembayaran. Aku bersalaman dengannya dan dia memelukku dengan erat. Terasa aura ukhuwahnya walaupun kami baru bersua muka.

Baru sahaja aku mahu melangkah ke arah rak buku yang lain, kelibat Kak Ruqayyah kembali lagi menyapa pandangan ku. Kak Ruqayyah berjalan menuju ke arah ku sambil di tangannya ada satu bungkusan yang berbalut rapi.

"Akak nak balik dulu. Nah, hadiah untuk awak. InshaaAllah kita jumpa lagi," aku menyambut huluran bungkusan plastik MPH bookstore tersebut dengan muka teruja berbaur terkejut.
Subhanallah, wujud juga manusia sebaik ini dalam dunia. Baru sahaja kenal tak sampai setengah jam dah berikan  hadiah.

"Terima kasih akak," hanya perkataan tersebut yang keluar dari bibirku. Mataku masih lagi tertancap pada bungkusan tersebut. Masih tidak percaya dengan perkenalan singkat yang sangat tidak di duga.
Aturan Allah. Hati ku benar- benar terpaut pada keikhlasan kakak yang berbaju muslimah biru muda itu.

"Nanti contact la akak kalau ada pape," kami bertukar kontak. Waktu itu, bukan zaman whatsapp, wechat dan sebagainya. Waktu itu, ada yahoo messenger untuk kami berhubung.
Terasa 'angin tarbiyyah' mula menyapa aku tika itu. Cuma , tarbiyyah pada aku waktu itu, asing. Masih belum kedengaran di corong telinga.

Perkenalan singkat, logik sahaja aku hampir lupa pada sebaris nama itu. Tapi, ada satu buku yang akan sentiasa mengingatkan aku pada pertemuan yang sangat indah itu.
                       
                                        Buku motivasi Langit Illahi tulisan Hilal Asyraf. 

Mungkin itulah sentuhan tarbiyyah bayangan. Tiupan tarbiyyah yang sudah sampai padaku, namun masih belum di rasai oleh sistem 'tactile' ku pada tika itu.

----------------------------------------

Aku menaip sesuatu di google. 'Peta Dunia'. Terpampang di hadapan skrin laptop yang baru aku terima hadiah daripada kakakku sempena SPM ku straight As.
Ada satu part peta dunia itu yang benar-benar menarik perhatianku, RUSIA.

'Besarnya negara ni. Kawasan tundra plak. Confirm sejuk. Bestnya kalau dapat jejakkan kaki ke sana," Berangan. Akhirnya aku hanya mampu tersenyum sendiri memikirkan  mustahil aku akan berada di situ.


5 bulan selepas itu.

'Here I am, Russia. '

Tak sangka. Akhirnya setelah penat berangan, akhirnya angan-angan jadi kenyataan. Tanah tundra beriklim sejuk ini akhirnya aku tawan juga. Syukur di dalam hati hanya pada Allah aku panjatkan.
Bumi tarbiyyah ku. Ya. Tarbiyyah. Perkataan yang tidak asing lagi saat Tahun 1 lagi. Tika itu aku baru mengenali apa itu usrah yang sebenar, apa itu tarbiyyah , apa itu Islam yang sebenar.

Dan , pada saat tarbiyyah mula meresap masuk menyerang setiap urat sarafku, pada waktu itulah, aku mula berjinak pada tudung yang tidak jarang, mula jatuh cinta pada baju yang labuh melepasi punggung dan mula menjaga pergaulanku. Basic seorang budak usrah . Tipikal.
Tapi hakikatnya itulah tarbiyyah, ia bermula daripada sekecil kecil perkara.

Ada satu lagi ingatanku pada kak Ruqayyah yang tak mungkin aku lupa. Saat aku baru berjinak dengan dunia tarbiyyah, dan pada ketika itu aku memerlukan baju-baju muslimah yang labuh, ku suarakan hasratku pada Kak Ruqayyah. Kesudian Kak Ruqayyah untuk membantu ku membeli dan mengepos baju-baju muslimah dan tudung berbidang 50  itu ke Russia benar-benar buatku terharu. Subhanallah, how can a stranger be that kind towards a stranger. Aku sangat beruntung dipertemukan Allah dengan seorang yang asing seperti kakak tersebut yang mulia hatinya. Doanya, agar aku terus tsabat di jalan ini. Jelas keterujaan pada mesej-mesej yang dihantarnya padaku.
Dunia tarbiyyahkah ini? Macam indah.

Tahun berganti tahun, aku semakin sibuk di bumi Stalin ini. Bila teknologi semakin maju, yahoo messenger pun seolah olah tidak berfungsi lagi dan aku terputus hubungan dengan kakak itu. Namun, satu doaku pada Allah, walau di mana pun kakak tersebut berada, semoga Allah sentiasa merahmati kehidupannya, dan mengurniakan syurga untuknya. Mungkin, di dunia kita tidak tahu bila kita akan diberikan kesempatan untuk bertemu lagi , tapi dengan izinNya kita pasti berjumpa di syurga Illahi.
InshaaAllah.

Dear Kak Ruqayyah
maybe your're a weird person i've ever met,
a stranger who touches the heart
wallahi, i miss to meet a person like you,
again. 




Hampir 5 tahun sudah aku mengenali tarbiyyah. Tarbiyyah di bumi asing yang beriklim tundra, yang sangat sejuk, namun hangatnya tarbiyyah itu hingga mampu mencairkan bongkah bongkah ais.  Bombastik sikit.

Senyum.

-----------------------------------------------------------

"Kak F melihat pada perubahan diri Kak F sebelum dan selepas mengenali tarbiyyah. Dengan tarbiyyah akak berubah seperti keadaan akak sekarang, berubah ke arah kebaikan semestinya . Di jalan ini akak bertemu dengan zauj akak. Jadi, tiada sebab untuk akak tinggalkan jalan ini, " kata-kata Kak F yang telah di olah sedikit ayatnya yang telah membeli hatiku.

Pheww. Hebat sangat tarbiyyah ini !


Tarbiyyah di bumi Volgograd ini mungkin kisahnya lebih panjang, lebih komplikated dan lebih banyak bunganya.
Walau di mana kita mendapat tarbiyyah, yakinlah tarbiyyah Allah ada di mana- mana.

Jika bukan jalan tarbiyyah ini, jalan mana lagikah yang engkau akan lalui?

Bila hati dijentik hidayah, di sapa tarbiyyah, mengapa tidak di sambut huluran chenta menuju Illahi itu?



'volgograd, russia
bumi tarbiyyah hamparan salju
11.42pm

Follow Us @kedakulitcantik