Friday, April 25, 2014

inikah murabbi?

11:40 PM 0 Comments
".....macam mana nak bawak dakwah, macam mana nak ajak orang kembali kepada Allah andai ukhuwah sesama kita akhowat pun tak settle lagi. Hubungan dengan Allah pun terumbang ambing lagi, mutabaah amal tak terjagasolat jemaah pun dah kurang..mathurat pun dah tak baca sama2. bila free buat, bila tak free sibuk dengan benda lain. macam mana dakwah nak berjaya?....."

masih terngiang ngiang kata2 seorang akhowat. Bergenang lagi air mata ini. Sedih. Sedih dengan diri sendiri.

muhasabah diri. Benar2 tersentak.
beriya nak buat dakwah, beriya nak pegang usrah adik2, tapi jahiliyyah diri sendiri tah ke mana. tak pernah nak buang karat2 jahiliyyah diri tapi sibuk nak kikis jahiliyyah mutarobbi(ahli usrah). Malu sendiri.
Malu lagi  dihadapan Allah. Merungut kenapa adik nih dah lama join usrah ngan aku tapi takde progress.
kenapa yang couple tak nak stop lagi couple. kenapa yang tak tutup aurat taknak tutup aurat lagi

Merungut. sedangkan hakikatnya, diri murabbi sendiri belum benar2 bersih dan ikhlas dalam dakwah. Boleh jadi diri murabbi yang masih penuh dengan jahiliyyah dan maksiat, maka Allah menghijab hidayah untuk sampai pada adik2 usrah yang lain. Allah, jika apa yang berlaku itu disebabkan dosa-dosa diriku sendiri, ampunkanlah aku. Jangan Kau hijab hidayah untuk mutarabbi ku. Sungguh aku kasih dan sayang pada mereka.

 Ya.. jawapan itu ada pada diri ini sendiri. Bagaimana mampu menyentuh hati orang lain andai jauh daripada Tuhan Pemilik Segala Hati yakni Allah yang Esa. Prepare untuk usrah pun last minit. Inikah hsil usaha yang aku nak persembahkan pada Allah di akhirat nanti? :(

wahai murabbi..
bagaimana mutabaah amalmu,
bagaimana solat fardhu solat sunat mu
bagaimana hubunganmu dengan Tuhanmu.
apakah engkau bangun di sepertiga malam saat semua terlena dibuai mimpi?
apakah engkau sudah cukup berlapang dada
apakah engkau sudah itsar dengan sahabat2mu.
sudah kah engkau berlaku baik pada mereka di sekelilingmu.
sudah cukupkah engkau menyantuni sahabat dan masyarakat di sisi mu?
tanyalah diri mu..wahai murabbi.

-----------------------------------------------------------------------------

sebab aku sendiri tak mampu nak menjawab soalan2 tersebut dengan tepat, bimbang andai aku sebenarnya telah menzalimi diriku sendiri dan mutarabbi ku. Aku sedih andai akulah penyebab mereka tidak mahu mengikut Islam yang sebenar, aku bimbang andai aku hanya syok sendiri, sedangkan dengan dosa-dosaku yang bergunung ini, apa yang aku sampaikan pada mereka tidak sampai sebenarnya. Ampunilah diri ini Allah. T,T

banyak lagi perubahan yang perlu aku buat. banyak lagi lompong2 dan cacat cela diri ini yang harus dibaiki.
aku tidak mahu menjadi fitnah pada jalan ini.

wahai mutarabbiku..
maafkan diri ini andai tidak seperti yang kalian inginkan
sungguh, diri ini cuba untuk memberikan yang terbaik untuk kalian.
doakan diri ini terus tsabat dan kuat di atas jalan ini.



10.32am
volgograd, russia
sisi tarbiyyah di mata Tuhan.
koreksi diri muhasabah hati.


ko nak usrah tak?

12:54 PM 0 Comments
weh, cycle apa sekarang?

cycle ophthalmo.

sape cikgu? gendoyan ke?

tak tak. larisa je. alhamdulillah. tapi still kene study sebab tu kan subjek exam. 

----------------------------------------------------------------------------

apa cer jadual ko harini?

harini abih kelas ophthalmo, lecture sampai 4.30 petg, then balik masak, tidur jap lima minit, pastu usrah plak sampai pukul 10 malam. 

perghh..

chill la, sabtu cuti. 

usrah adek2 ko bila ko buat?

oh ,, aku dah buat dah semalam petang. habis kelas diorang aku tunggu kat kumir. 

eh, ko tak prepare ke tajuk nak test esok kelas ophthalmo? sempat ke? balik usrah dah lewat tak penat ke?

errr.. sebenarnya semalam tade lecture, aku lepak dekat library study ckit la untuk ophthalmo tuh..
alhamdulillah cover la jugak 2 3 topik. 

---------------------------------------------------------------------------------

dialog demi dialog. bukanlah hebat andai membawa usrah, bukanlah hebat andai terlibat dengan banyak persatuan ditambah pula sibuk dalam gerabak dakwah. Allah, moga Dia jauhkan kita semua daripada peraaan riak dan takbur. Sibuk mana kita pun si daie, penat macam mana pun, banyak mana pun berkorban masa, wang dan tenaga sekalipun, jika kunci keikhlasan lupa di bawa bersama, hancur lebur la segala amalan dan penat lelah, kosong. Hanya debu debu yang berterbangan. 
Ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang pujian dan penghargaan daripada manusia, hanya mengharapkan keredhaan daripada Allah. 

siapa lagi yang akan membantu agama Allah kalau bukan kita. 


“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong Allah” [Surah al-Saff: 14]


“dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah al-Hajj: 40]


pada saya, tarbiyyah telah banyak mematangkan diri ini. Usrah setiap minggu seolah olah satu kemestian untuk recharge kembali iman setelah seminggu sibuk dengan hal2 dunia. Mungkin ada segelintir yang kurang menggemari usrah, halaqah dan termasuklah budak2 yang join usrah. Ada yang sangat anti sehinggakan tidak mahu langsung terlibat dengan usrah. Tapi, jika anda tanya saya, usrah telah mengubah hidup saya hampir 180 degree. Dalam usrah ni la, saya mula mengetahui apa itu Islam yang sebenarnya, bagaimana akhlak seorang mukmin, kenapa aku dihidupkan di bumi. Bahkan banyak soft skills yang baru saya dapat di dalam bulatan gembira ini. 

Budak2 usrah bukan ekslusif. Langsung tidak. Mereka juga manusia biasa. Ada membuat kesilapan. 
ada kala lemah iman dan semangatnya, tapi pertemuan setiap minggu itulah yang membantu membetulkan kembali apa yang silap, yang menyegarkan kembali iman dan semangat serta ruh Islam itu sendiri. 
Percayalah, jika anda pernah melihat sisi buruk sesuatu usrah itu, jangan terus berhenti mencari usrah yang lain.. carilah usrah yang terbaik untuk diri anda, boleh jadi hanya usrah yang satu itu sahaja bermasalah, dan banyak lagi usrah yang tidak seperti yang anda sangkakan. 

ianya seperti kisah bangau dan ikan. Si bangau sudah penat mematukkan paruhnya di dalam air untuk menangkap ikan, malangnya satu pun yang tidak mengena paruhnya. dan akhirnya bangau tersebut berputus asa lalu meninggalkan sungai tersebut dengan rasa kecewa dan sakit hati. Namun, datang pula seekor lagi bangau yang mematukkan juga paruhnya ke dalam tasik tersebut,setelah beberapa kali cubaan dengan penuh sabar, akhirnya bangau tersebut berjaya mematuk ikan di tasik tersebut. 

pengajarannya, jangan pernah berputus asa mencari kebenaran. Boleh jadi percubaan pertama kita tidak bertemu dengan sesuatu usrah yang sesuai dengan kita, mungkin kita boleh join usrah lain, berguru dengan guru yang berbeza yang kita yakini akidah mereka. Percubaan pertama mungkin gagal, mana tahu percubaan seterusnya anda ditakdirkan berjumpa dengan satu susuk tubuh yang dapat membimbing anda untuk berubah menjadi hamba Allah yang jauh lebih baik dan diredhai Nya. 

Mereka yang join usrah dan tarbiyyah ini bukanlah orang yang istimewa, tetapi sekurang kurangnya, ada sesuatu yang dapat memegang mereka daripada tergelincir dan cenderung kepada perkara2 yang tidak baik dan jauh dari ajaran Islam. Jika usrah bukan medium yang tepat dan bukanlah yang terbaik untuk jiwa anda, silakanlah cari apa jua medium yang dapat membuatkan anda dekat pada Allah. Pokok pangkalnya, ia adalah mendekatkan anda pada Allah dan mengembalikan anda pada fitrah yang benar.

--------------------------------------------------------------------

sikit2 cite pasal usrah.

sikit2 nak cakap pasal tarbiyyah. 
kemonlaaa.. takde topik lain dah ke??

errr.. sebab saya nak ajak anda semua kenal apa itu usrah yang sebenarnya dan saya nak anda semua rasa  apa yang saya rasa.

wallahii.. saya jatuh cinta dengan jalan ini. 
saya jatuh sayang pada ahlinya kerana Allah taala
dan saya tak sabar nak berjumpa dengan ahli2 bulatan gembira saya. 
sebab.. bertemu dan berpisah keranaNya, itu jauh lebih manis. 


buat sesuatu biarlah kerana Allah. kerana itu kunci ketenangan hati.
moga Allah redha. 



11.53pm
volgograd, russia

Wednesday, April 23, 2014

LABUH

11:05 AM 0 Comments
"Hey labuh! pinjam kertas jap"

" Hey labuh, kenapa labuh sangat hari nih?"

"hey labuh... bla.bla.bla"

1st time dengar seorang budak laki memanggil seorang sahabat saya dengan panggilan tersebut. Labuh. 
Terkejut juga. Kenapa labuh? apa yang labuh? 

Riak sahabat saya bersahaja, malah tersenyum sumbing. Mungkin dah biasa dipanggil labuh. 

Labuh kerana labuhnya tudung yang dipakai, apa yang labuh? mestilah disebabkan  tudung yang labuh maka  nama labuh yang tercipta. Alangkah lucunya manusia sekarang. Cara pemakaian pun boleh dibuat gelaran. 

kisah kelabuhan tudung akhowat2 (budak gegirl) yang join usrah nih. Labuhnya tudung sampai ke lutut sekalipun tak dapat nak menentukan alim atau berimannya seseorang itu. Semuanya hanya Allah yang mampu menilai. Kalau pakai tudung bidang 45 pun tapi dah menutupi dada dan imannya telah sempurna , maka itu lebih baik daripada mereka yang bertudung labuh tapi tidak solat. 

hakikatnya, penampilan luaran bukanlah perimeter utama dalam menilai baik buruk seseorang. 
boleh jadi mereka yang tak bertudung , tiba2 diberikan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat dengan sempurna dan menjadi jauh lebih baik dripada kita yang bertudung labuh ni. 

tapi.. tak bermakna orang yang bertudug labuh itu tidak baik. Semuanya baik2 belaka andai hati sentiasa bersih dan niat membuat sesuatu perubahan kerana Allah. 

16.4.2014 yang lalu,ulangtahun kelahiran yang ke 22 tahun  mungkin jadi titik tolak diri ini untuk istiqomah dalam memakai tudung labuh dan menjaga aurat dengan lebih baik dan patuh syariat. Umur mungkin bertambah Tapi amalan tak mungkin kan bertambah kalau diri sendiri malas dan tak mahu berubah dan tak berusaha pun untuk mengubah diri sendiri. Bolehkah kita menjangkakan bila ajal kita tiba? sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita. Jika bukan sekarang nak berubah, bila lagi?

Tudung yang labuh, itu mungkin nampak obvious. Tapi ketahuilah, hati itu lebih penting dari tudung yang labuh. Dari hati yang bersih, maka manifestasinya dari segi pemakaian, akhlak mahupun gaya pemikiran seseorang akan berubah dengan sendirinya. 
Jujurnya hidup dengan penampilan yang baru ini lebih tenang, lebih indah. 

i did start from a baby step.
takdenya terus nak labuh tudung mcm ostajahnya.
mula2 pakai bawal ngan inner, then tukar  pakai tudung akel bidang 50, then teringin nak pakai tdung bidang 55'.. sekarang nih pun ada banyak sangat wide shawl or shawl bidang besar yg boleh dipakai macam tudung bidang 60.
mulakan dengan perlahan lahan, inshaaAllah keikhlasan itu akan datang juga by da time passes. 
bila dh biasa pakai tudung besar2 , bila pakai tudung pendek, singkat jadi janggal. 
then boleh la proceed lagi dgn memakai baju yang labuh n longgar. 
nak berfesyen pun takpe. Asalkan punya taqwa, belitlah shawl awk macam mana pun, asalkan patuh syariat.
  

Pernah je hati memberontak, memikirkan apa kata2 sahabat yang mula melihat diri ini melabuhkan tudung lebih daripada biasa, berjubah , berskirt bagai.. ewaah. Bukan ekstremis, tapi mahu menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Pernah di tegur kenapa pakai tudung labuh2 ni, pakai macam orang lain pakai sudah. Pernah di panggil ustazah. 

"macam mokcik2 je pakai tudung besor2 ginim,"

"ustazah terrr.."

"eh labuhnya, terkejut aku"

LOL.

apa2 pun, buat semua kerana Allah, orang mengata, orang mengutuk ke, semua tu picisan je. 
pandangan Allah itu lebih berharga daripada pandangan manusia.
tak cantik di mata manusia. cantik di mata Allah.

so.. sape nak join grup LABUH ??

hehe.. peace no war!

volgograd, russia
9.52pm


Tuesday, April 22, 2014

realistic

12:23 PM 0 Comments
salam alayk..
feel like wanna write something.

talking about realitic and idealistic. . why do this thing bother me soo much.?
somehow, i have no answer. it just i'm a realistic person. for something which is aint realistic much, i tend to ignore it and make it diminished out of my mind. cause i'm not the one that love to live in fairy tale story mory.  if its real, then its realistic. if its aint. Then, I just need to walk away.

complicated enaf.

my friend told me that sometimes we need to be idealistic n we need to be a dreamer, so that one day we manage to achieve what we dreamt of. I just nodded my head and smile. Every each of us is unique. They may wanna live like that, but for me, i can be a dreamer but it must be for a realistic thing. Uncomplicated thingy. i do realised. I dont like complicated thing and  even i  dont like a complicated relationship.

idealistic. Doesnt suit me at all.
i choose to be realistic.

-------------------------------------------------------

a person asked me, how can a boy and a girl be a best friend forever?
at one time, he or she'll get married. and u no longer his or her best friend as she or he may find that his or her spouse is an eternal best friend ever. no matter how much u care bout him or her.

and , i just realised bout this.

a boy and a girl cant be a best friend. They just can be a friend.

cause a best friend is only applicable for "a man and a man"  or  "a girl and a girl" .
That's what Islam teach us.

a borderline so called ikhtilat.

--------------------------------------------------------------------------------

speechless.


11.23pm
volgograd, russia

Tuesday, April 1, 2014

faith

11:53 AM 0 Comments
biar penat di dunia
asal akhirat syurga menanti.
have faith in Allah.
have faith.

Allah loves you more cuiya and He knows that u're strong enaf to endure this.
have faith.


volgograd, russia
1.4.2014

Follow Us @kedakulitcantik