Wednesday, July 8, 2015

pahit

6:35 AM 0 Comments
orang takkan faham apa yang kita rasa.
nampak buruk saja di mata, ada je yang tak kena ade je yg salah.
itu salah ini salah. mcm teruk sgt.

when u have to face everything alone. everything seems bitter.
its hard . and u cant tell. from where to where. from what to what.
bcause if u tell others, u'll hurt them.

and end up, u hurt urself.
may Allah grants me a strength to endure these hardships.

i pray to u Allah. make it ease for me .
i pray to u Allah wholeheartedly.

:(

Wednesday, June 10, 2015

#45

4:08 AM 0 Comments
Biar kecewa macam mana pun dengan kehidupan,
moga dengan Allah aku terus bersangka baik.

Memang dalam hidup ni akan sentiasa di uji. takkan ada benda yang smooth. takkan ada benda yang sempurna. Kalau sesuatu benda yang diplan tu tak berlaku mengikut apa yang dirancang, mungkin ada hikmah. Ada lapis keberkahan yang mungkin aku tak nampak.
Mungkin akan ada kesedihan. Tapi lama2 kesedihan tu hilang jugak di makan masa.

u r strong enaf to endure dis!

Saturday, June 6, 2015

47 hari - barakah

11:41 AM 0 Comments
Antara lapis lapis keberkahan ialah, sesuatu yang tidak dilirik oleh manusia, tetapi di situ ada barakahnya. 

Bercakap mengenai barakah, sesuatu yang cukup dekat dengan hati. Iaitu cinta. Dalam cinta pasti mahu ada ikatan yang menghalalkan segala perhubungan. Dan ikatan itu adalah  ikatan perkahwinan. 

apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan adalah bukan kebahagiaan semata, tetapi apa yang di cari dalam sebuah pernikahan itu adalah barakah. Kerana dari barakah itu lah akan lahir kebahagiaan. Subhanallah. 

Semoga apa yang kita cuba lakukan dan korbankan ini adalah untuk mencari barakah yang hilang. 
Moga Allah ampunkan dosa dosa kita yang lalu, dan membukakan pintu2 kebaikan untuk kita. Agar bertambah keimanan kita, dan bertambah kuat ikatan hati antara kita. 

Barakah itu sesuatu yang mahal. Bukan mudah. Andai nafsu dan rindu yang ada harus dikorbankan, moga ia adalah sesuatu kebaikan jua. Bukankah apa sahaja yang terjadi dalam hidup manusia ini adalah kebaikan. Jika di berikan nikmat, mereka bersyukur, dan jika di timpa musibah mereka bersabar. Beruntungnya menjadi seorang muslim. 

Allah, moga rindu ini rindu yang lebih mendekatkan aku kepadaMu.
dan moga rindu ini menyatukan hati kami untuk lebih taat kepadaMu. 

Semoga terus bersemangat menghadapi hari2 yang mendatang!


volgograd, russia
6.6.2015

p/s: masak. lepas tu makan sikit je. sebelum masak kemain lapar. bila makanan dah masak selera hilang ke mana. semoga cepat2 ada 'partner kesayangan'  nak makan sama2 baru selera x hilang. heeee :D

Friday, June 5, 2015

48 hari yang terlompat hari ke 49

9:50 AM 0 Comments
Alangkah beruntungnya menjadi orang mukmin, saat senang dapat pahala; saat kena musibah juga dapat pahala, apa kuncinya? Nabi mengatakan, “Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, karena semuanya adalah baik, dan itu tidak akan terjadi kecuali pada orang mukmin; jika mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya; dan jika ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim dari Shuhaib bin Sinan)


Hari yang meletihkan. Moga Allah ikhlaskan hati ini untuk menuntut ilmu.
Moga Allah mudahkan. 
Moga Allah terangi hati. 

Kebaikan yang dilakukan semoga ianya ikhlas. Semoga dengan kebaikan kebaikan ini, Allah memudahkan dan melancarkan segala urusan hidupku dunia dan akhirat. 

perlu cari kebaikan, rebut kebaikan dan buat  kebaikan banyak2.
Sebab fitrah manusia cintakan kebaikan. 
dan kerana kebaikan itu, moga ia membawa ke syurga. :')


--------------------------------------------------

Selamat Pengantin Baru Matder. 
sedih sebenarnya matder kahwin dah. sedih tapi gembira.
mana sama waktu kecik, waktu remaja single dengan waktu dah berbini. 
nak kacau lebih2 sepak menyepak dah tak boleh dah :')
semoga perkahwinan ini menjadikan abang aku ni seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. 

homesick!
nak balik.. cepat lah masa berlalu. 
rindu semua orang. tengok gamba2 dekat watsap lagi rindu. 
okay. rindu tapi kene study .
kene bukak buku. kbai. 





volgograd , russia
05.06.2015
48 days.

Wednesday, June 3, 2015

50 days left

9:26 AM 0 Comments
its 50 days more or less.
we're almost done. 
although its getting harder and harder, butAllah has eased a lot of things. 

Mungkin ada lah ujian ujian lain yang Allah timpakan. Tapi disebalik kesusahan dan ujian tu, Allah berikan dua kali ganda kemudahan. Mungkin inilah tarbiyyah dalam kehidupan. 

Untuk mempunyai orang2 yang baik hatinya di sekeliling adalah satu anugerah yang tak ternilai. 
A blessing above blessings. A blessing from the sky. 

Ada waktunya rasa jauh, ada waktu nya rasa dekat. Tapi perempuan memang suka bermain dengan emosi sendiri. Untuk benda kecik pun nak fikir sampai kehujung abjad z. Padahal bukan ada apa pun. Emosi kene lagi kental. tak boleh beremosi tak tentu pasal. 

Nak balik kampung cepat2. Nak setel hal kucing cepat2. Dah banyak menyusahkan orang tu. Moga Allah berikan pahala kebaikan sebab jaga kucing saya. Walaupun kadang2 awak suka fikir overdose. Nakimplant  pasang microchip kena operate semua tu. Cuak campur nak guling2 nangis sambil gelak sebab kelakar.  :D

adakah saya akan buat countdown di sini smpai hari ke 50? Hmmm. na eskrim! panas laaa hari nak hujan. ok mengarut.!

50 hari lagi. 
semoga hati tenang dan damai. 

p/s: saya rindu awak :')


volgograd, russia
3.6.2015

Monday, June 1, 2015

emotional

5:43 AM 0 Comments
ketenangan hati itu akan lahir bila hati betul- betul ikhlas.
Bila sesuatu perkara tu dilakukan bukan untuk mendapat pujian mahupun sanjungan.

Hari hari yang berlalu, banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan.
Ketika kita cuba mencari ketenangan, diuji dengan berbagai ujian. Paling teruk ujian hati. Ujian tak puas hati dengan orang, tak suka dengan orang ini, terasa hati dengan si fulan dan sebagainya.
Apa dah terjadi pada hati?
Tanda hati dah penuh dengan titik hitam. Bila mula sibuk mencari kesilapan dan kekurangan orang.
Ya Allah, moga Engkau sucikan hati ini. Jauhkan hati daripada prasangka yang bukan-bukan, buanglah rasa iri hati , benci dan dengki.
Pundak dan beban yang dibawa, dengan sesuatu kebaikan yang cuba di bawa. Bolehkah yang hak bercampur dengan yang batil.

Kekadang rasa sangat teruk. Dengan kawan2 sendiri pun boleh ter emo. Tunjuk perasaan. Rebel.
Emosional yang tidak waras. Terlalu emosional memakan diri sendiri. Memberi efek pada orang sekeliling. Sedang kan aku lupa tak sepatut pun aku buat macam tu. Bukan akhlak seorang muslim. Sedih bila teringat. Aku seolah olah tidak mengimani apa yang aku sampaikan pada adek2.

Manusia memang suka menyesal dengan tindak tanduk. Dan akulah manusia itu.
Sangat memalukan dan mengecewakan diri sendiri.
Bila mahu berubah sucikan hati.

Kalaulah tak kerana Allah yang menutup segala keaiban dan keburukanku , pasti kucing pun tak mau dekat. Apatah lagi manusia.

Moga Allah ampunkan kesilapanku. :(

Thursday, May 28, 2015

kuat

8:36 AM 0 Comments
Hidup kita tetap milik kita, kita yang corak. mau kuat atau mau lemah.
hidup kita, bukan tanggungjawab orang lain. Kita yang bertanggungjawab ke atas diri kita,
daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. Hatta pada hanya sekecil keputusan,  atau hanya sekecil perbuatan.
Kalau hidup nak sentiasa mengharapkan pertolongan daripada orang, selamanyalah takkan kuat.
manusia lain pun ada kehidupan mereka. Ada pemikiran masing2.
daripada simple minded, kepada crowded minded, too much thinking, excessive thinking light minded etcetra. Yang pasti, manusia tak selamanya ada di sisi, bila kita perlukan mereka. Mereka juga ada kehidupan mereka sendiri. kena faham itu!

Penat hidup mengharapkan pertolongan mahupun kebaikan daripada orang.
saat orang lain perlukan bantuan, pernahkah kau sendiri terfikir untuk menghulur tangan?
Itulah engkau.

harus bangun dan keluar dari minda yang lemah. Harus kuat walau terpaksa menahan rasa. Harus kuat untuk hidup tanpa meletakkan pergantungan sratus peratus pada manusia. Ada masa akan kecewa. sebab itu memang  fitrah manusia.

kalau bukan kerana yakin Tuhan takkan menguji diluarketerbatasanku.
Maka, aku harus kuat.
kadang2, pertolongan Allah itu sangat dekat, cuma manusia perlu bersabar.
Dan bergantung harap hanya padaNya.

senyum.


mei 2015
volgograd, russia.

Thursday, May 21, 2015

cinta

12:55 AM 0 Comments
Dalam banyak cinta, ada cinta yang yang kekal, dan ada cinta yang sementara.
adapun cinta itu terlalu indah, sehingga lupa sejenak keresahan di hati
, hingga ada waktu lupa pada aturan dan garisan.

kerana aku terlalu cinta,
moga Allah kuatkan hati ini untuk bertabah
bukan mudah bila terlalu cinta.
hingga kadang2 lupa pada hakikat sebenar bercinta.

bercinta untuk meraih cinta yang Satu.
andai sahaja Tuhan tanyakan, apakah permintaan yang paling ku ingin Tuhan kabulkan,
pasti sahaja aku mohon agar cinta ini menjadi halal.
Andai sahaja cinta ini menjadi yang halal, biarlah aku menjadi hambaMu yang paling bersyukur dan yang paling taat.
Biar hilang semua penat dan beban yang di tanggung, agar hati tak runsing.
biar jiwa menjadi tenang. 

Tuesday, May 12, 2015

luka

8:03 AM 0 Comments


"untuk setiap luka yang dicoretkan oleh dunia dan seisinya,
ubatnya hanyalah satu, iaitu kembali kepada Tuhan. "


terlalu banyak perkara yang berlaku
terlalu banyak sakit yang ditanggung hati
tak mampu sembunyi pada dunia
dunia tak pernah kejam, tapi manusia.

luka tetap luka,
walau disapu antiseptik sekali
parutnya tak pernah hilang.

cuma, pada Tuhan di adukan segala rasa
moga duka yang bertapak sedetik cuma
bila hujan turun, semuanya hilang.

Saturday, May 9, 2015

tarbiyyah yang basah

9:06 AM 0 Comments
Bila belek2 buku usrah lama, buku usrah zaman mula2 baru mendapat tarbiyyah. buku tarbiyyah 2 3 tahun lepas, kenapa hati waktu itu lebih basah.
Membaca kembali coretan2 lalu, tak sangka hati pada waktu itu begitu basah, begitu rindu pada tarbiyyah yang sebenarnya, yang di cari pada awal2 kehadiran di bumi rusia ini.

hakikatnya, waktu yang berjalan, manusia mudah lupa, mudah hanyut dengan pelbagai ujian keseronokkan, kesenangan , kebahagian dan juga ujian kesusahan.
Kalau dulu hati mampu tersentuh dengan pelbagai taujihat daripada bekas murabbiah qowiy dahulu, kenapa tidak sekarang.

Kenapa tidak sekarang??

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Diamenyeru-mu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada-mu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Surah Al-Anfal: 24)


Moga Allah sentiasa mentsabatkan hati ini, jiwa ini, jasad ini, di jalan yang penuh barakah dan rahmat ini.

wahai hati, moga terus tsabat. moga terus kuat , moga sentiasa basah dengan cinta kepada Tuhan yang satu.

volgograd, russia
9.5.2015

Tuesday, April 14, 2015

undefine

1:50 AM 0 Comments
Berlawan dengan perasaan sendiri, dengan kemahuan hati, dengan  keinginan yang membuak buak kadang2 melemaskan diri. 
bukan mudah nak melepaskan diri daripada belenggu dan kemelut yang mencengkam perasaan. 
semakin dekat semakin lemah. makin banyak juraian air mata yang tak mampu di tahan. 

fasa ini. kalau fasa ini berakhir mungkin saja ada halangan yang lain. 
tapi mungkin saja halangan itu tidak sehebat halangan fasa ini.  mungkin fasa seterusnya akan menjadi lebih tenang. 

kita cuba untuk puaskan hati org. kita cuba untuk impress org tapi kita lupa untuk apa kita buat semua itu. buat dalam keadaan terpaksa hingga ada rasa yang bercampur baur. 
memberi dengan harapan akan diberi. itu hanya mengecewakan. 
memberi biarlah habis di situ. memberi tanpa pengharapan. yang pasti biar Dia yang membalas. 
formula yang aku selalu lupa. hingga kadang letih yang menyapa baru aku tahu hati sebenar yang mana. 

memberi bukan untuk menerima. hingga terpaksa berkorban banyak benda, biar lah memberi hanya sekadar untuk memberi. 

bila lihat orang lain bahagia, kita jadi derita. bila lihat orang lain begitu begini, ada itu ada ini kita jadi iri hati. busuknya hati. kenapa jadi begitu. 


bulan bulan yang berlalu. lebih kepada rasa penat yang di alami. rasa bosan dan benci pada dunia. sampai bila? 

bila mahu ikhlaskan hati. bila mau sabar terus kuat , ada sahaja air yang bertubir di mata. panas. tak siapa yang tahu sulitnya berperang dengan diri sendiri. payah. 

keinginan yang idealistik. mungkin berlaku tapi samar. 
hidup dalam realiti. bangun lah. jangan mengharap. binalah kekuatan walau sesulit mana perang dalaman. 

hakikatnya Allah tahu apa yang engkau alami. 

wahai diri, hiduplah untuk memberikan kehidupan. 

Tuesday, March 3, 2015

no one

9:06 PM 0 Comments
no one knows that you're struggling
no one knows that you're trying your best
no one knows.
but Allah,
He knows that you're struggling
and He knows
that you're trying your best. 
He knows 
when there's no one knows
Allah knows
the hardship that you faced
He knows.

"Who have been patient and upon their Lord rely" (29:59)





4.3.2015
volgograd, russia

Monday, February 23, 2015

infinit

9:40 AM 1 Comments
6 bulan. satu perjalanan yang bukan singkat. Banyak liku banyak dugaan.
Kalau dulu disangka mudah, kuat dan tabah. Maka terujinya sebuah perhubungan itu pada detik dan saat yang berlalu. Hingga kuat dan tabah itu seolah bukan bicara semata.
Pada saat terciptanya sebuah perhubungan itu, kita melihat yang indah sahaja. Hakikatnya, bukanlah kehidupan andai tiada buruk dan baik, ujian dan badai , bahagia dan derita.

Oh. Ada orang menilai hidup  ini dengan kebahagiaan semata, dan ada juga yang berkeluh kesah dengan kesulitan hidup. fitrah manusia.  suka pada kebahagiaan, resah pada kesulitan.
begitu juga dalam sebuah perhubungan. Kita bicara soal bahagia dengan mata yang bersinar,
dan memandang kesulitan dengan mata yang suram dan terpejam. Gundah gulana barangkali.

Dalam hidup ini. Definisi hidup berTuhan itu sangat penting. Meletakkan Allah sebagai keutamaan satu kebahagiaan hidup. Kebergantungan dan keyakinan pada Allah itu satu kenikmatan hidup.
Apatah lagi dalam fasa membina sebuah perhubungan yang diredhai Allah.
Meyakini pada jalan yang dipilih dan merasai keberadaan Allah dalam pembinaan sebuah perhubungan satu kebahagiaan dan kenikmatan hidup.
Allah jua yang memegang hati, Allah jua yang menyatukan dua hati. Allah jualah yang menautkan dan mengukuhkan ikatan dua hati.
Mana mungkin jauh daripada Pemilik Hati yang hakiki. Subhanallah. Indahnya hidup bertuhan.

Untuk apa mencipta sebuah perhubungan jika membelakangkan Tuhan. Untuk apakah jua membina sebuah tali cinta andai tidak sampai tali itu pada Sang Pencipta.

senyum.

Kita membina cinta untuk sampai pada pemilik cinta yang sebenar.
Pada saat ujian dan badai menghimpit, memenuhi setiap genap, kalau benar semuanya kerana untuk mencari keredhaan Allah, semua ujian dan badai itu hanyalah picisan . memandang dengan mata hati, menilai dengan kaca mata kesabaran dan keindahan menjadi hambaNya.
Kerana kebahagiaan, kecintaan dan kasih sayang itu milik Allah. Maka, hati yang dekat pada Nya itulah penawar pada peritnya hidup di dunia, dan petua hidup bahagia sampai syurga.

Kita mungkin tidak seperti mereka yang lain. Kita memburu dan membina  cinta untuk sampai pada cintaNya.
Maka, logiklah kita tidak seperti mereka yang lain.
Hingga sampai pada waktunya, kita adalah orang yang terisitimewa di hadapanNya.
Meraih bahagia, sampai syurga. Aamin.

subhanallah. Indahnya hidup berTuhan.


senyum :)


volgograd, russia
23.02.2015


Monday, February 16, 2015

bila

12:08 PM 0 Comments



Bila semua kerana Allah, mengapa hati harus ada gelisah.
Semua perkara yang difikirkan, bagai menghempap satu persatu.
Terlalu banyak tentang dunia, terlalu cinta pada isinya..
hingga perkara mudah dirasakan payahnya.

Mungkin terlalu lupa pada hakikatnya sebuah kehidupan
kadang ada pasang surut, kadang ada naik turunnya
Kalau semua kerana Allah, mengapa harus bimbang
Biar tenang menapak jalan ini...

hampar saja sejadah itu,
Selagi ada lantai untuk bersujud
biar pun bahu tiada untuk menongkat seketika
cukup sahaja yakin padaNya.
paling tidak biar surga jadi target.
mengapa bimbang bila semuanya kerana Allah ?





volgograd, russia
11.06pm

Wednesday, January 7, 2015

tanah salju

10:56 AM 0 Comments
kerana apa yang terbuku di hati
tak bisa aku luahkan
hanya pada Sang Pencipta aku yakini
semua ini adalah yang terbaik. 

Perit perihnya melalui jalan ini
atas alasan apa aku memulainya
jika kerana Tuhanku
mengapa mudah kecewa membuta tuli.

kepada Allah disandarkan segala harapan
harapan dan cita-cita
moga kekecewaan ini terubat
terubat dengan suatu keajaiban
kerana aku yakin
yakin pada janjiMu Allah. 
Engkau tak pernah mungkiri janji. 

salji putih memenuhi seluruh pelusuk 
tanah coklat berubah wajah
moga begitu jua hatimu manusia
bila disimbah dengan keajaiban dari Illah
moga ia bersinar dan tidak sirna
hingga terangnya sahaja cukup
menyilau mata yang masih terpejam rapat.

moga dingin salju itu menyegarkan 
menghidupkan hati yang kering
yang rindukan sentuhan daripada Rabbnya.

hanya doa jadi sandaran
biar laju menapak jalan ini
moga Engkau redha


tanah salju,
07.01.2015

Random- musafir jalanan

7:20 AM 0 Comments
Lebih 2 minggu merantau membawa diri ke tanah Paris dan juga Moscow. Tak banyak yang inginku coretkan, tapi cukuplah andai aku khabarkan, perjalanan dan permusafiran pada kali ini memberi seribu erti pada diri ini untuk lebih kenal dan chenta pada dakwah dan tarbiyyah.

Seperti biasa, kapal terbang yang besar umpama keranda terbang yang membawa ratusan nyawa di dalam perutnya, tipulah andai hati tak punya rasa gerun, apatah lagi setelah menerima berita baru pesawat air asia yang baru sahaja terhempas. Hanya kepada Allah dikembalikan segala harapan dan pertolongan. Moga perjalanan ini sentiasa di bawah lindunganNya.
Ada getar dalam hati, namun keyakinan pada Yang Esa mengatasi segalanya. Zikrullah tak pernah lekang, hingga pada saat pulangnya ke Bumi Russia kembali, hampir sepanjang perjalanan aku tidak mampu melelapkan mata. Turbulence yang sangat kuat, meresahkan hati yang sedikit sebanyak bimbang dan takut pada awal lagi. Alhamdulillah. Allah la sebaik-baik Penjaga dan sebaik baik pemelihara. Perjalanan pergi dan pulang aku dan sahabat yang lain selamat.

Sepanjang berada di dalam perut kapal terbang, mata yang tak mampu lelap ini membuatkan aku memikirkan berbagai-bagai situasi dan andaian. Andai sahaja akulah mangsa nahas pesawat pada tika itu, apakah aku bersedia menghadapi maut atau mati tika itu. Takut. Itulah yang aku rasai. Dengan keadaan diri yang masih penuh dengan palutan dosa, hati yang kotor, apakah aku ingin kembali pada Tuhan pada saat hatiku kotor dan penuh dengan dosa?
Muhasabah. Saat itu, mahu sahaja hidup ini di dominasikan dengan hanya beribadat dan memohon ampunan pada Allah.
Syukur pada Allah kerana masih memelihara umurku. Masih banyak benda yang ingin aku lakukan untuk memperbaiki diri ini. Untuk lebih dekat padaNya, untuk berbakti pada Ummah.

Bagaimana engkau mahu kembali pada Tuhanmu? 
Tepuk dada, tanya iman. 

Sejenak, aku berteleku. Usai tiba di bumi Volgograd yang aku rindui. Jujurnya tanah ini hanyalah tanah sementara aku bermastautin, tapi tanah ini lah yang aku ingin segera pulang. Menghirup bau salju dan dingin sejuknya angin yang menampar pipi.Beku.

Bau tanah volgograd takkan sama baunya dengan tanah di Moscow mahupun di Paris. 
Bau tanah ini, nostalgia nya lebih dekat di hati. 

usai bermusafir, aku berteleku di hadapan meja study, tafsir quran merah jambu ku  , helaiannya aku selak, hingga mataku tertancap  pada satu halaman ayat  quran yang hampir sahaja membuatkanku menitiskan air mata. Subhanallah.



64. Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan[17]. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya[18], sekiranya mereka mengetahui.
65. Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya , tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),
66. biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).
67. Tidakkah mereka memperhatikan, bahwa Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, padahal manusia sekitarnya saling merampok. Mengapa (setelah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang batil dan ingkar kepada nikmat Allah?
68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan kepada Allah atau orang yang mendustakan yang hak ketika (yang hak) itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahanam ada tempat bagi orang-orang kafir?
69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
(al-ankabut:64-69)


Ketika mereka berada di dalam kapal, mereka berdoa penuh pengharapan kepada Allah, namun apabila sampai ke daratan  mereka ingkar pada perintah Allah Nauzubillah. Moga diri ini dan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang Allah nyatakan dalam surah tersebut.


...................................

Tidak banyak  yang ingin aku coretkan di sini, namun  ada pelbagai rasa yang bercampur baur, ada semangat Jil al-Fateh yang tersimpan kemas dan ada juga perihal mahasiswa dan aspirasi negara yang terbuku di hati.

Perjalanan selama 2 minggu ini, dengan ibrah dan pengalaman yang aku kutip, semoga hati ini terus kuat dan semangat terus membara untuk menuntut ilmu, membentuk kepribadian, akhlak dan nilai-nilai murni diri.

Usia muda inilah usia emas, usia genting untuk semua insan bernama manusia. Usia di mana tubuh badan masih gagah, masih kuat, minda masih aktif dan mampu mengeluarkan berbagai arca idea.
Rugilah andai masa muda ini dihabiskan dengan perkara yang melaghakan , yang tidak mengembangkan minda. Rugi andai menjadi mahasiswa yang hanya belajar, namun tidak menyumbang, bahkan hanya mementingkan diri sendiri.


Dalam satu sesi tamrin bersama ayahanda Presiden YAPEIM, sempat aku menyalin beberapa kata yang penting, untuk nota diriku pada saat2 genting aku memerlukan.
Menurut ayahanda, kita perlu persiapkan diri kita dalam 3 aspek.
1) Bina keupayaan bagi menguasai ilmu, urusan dan teknologi kontemporari
2) Bina keupayaan meneroka , mencipta dan menguasai urusan dan teknologi masa hadapan
3) Bina keupayaan kepimpinan , kekuatan, ekonomi, dan jaringan komuniti yang hebat.

Aku melihat 3 aspek ini, tidak lain tidak bukan hanya boleh dijayakan jika sesebuah negara itu mempunyai pemuda pemudi yang berjiwa kental dan yang sentiasa bersemangat dan yang sedar perihal pentingnya peranan mereka untuk negara, apatah lagi untuk agama.
Setiap daripada pemuda harus menyiapkan diri mereka dengan persiapan-persiapan ini.

I would like to say, knowledge  is very important. 

kalau ada ilmu, inshaaAllah, you will survive. Bagaimana institusi keilmuwan itu boleh terbentuk. Semuanya terhasilnya selepas wujudnya Islam dan tersebarnya Islam di seluruh pelosok dunia. Kerana Islam itu amat mementingkan ilmu.

Maka, peringatan untuk diriku sendiri, belajarlah bersungguh-sungguh and get the knowledges.

kerana menguasai ilmu itu adalah perkara yang paling utama. 


---------------------------

"Ask not what your country do for you, ask what you can do for your country" - John F. Kennedy


...................................

'kenapa awak masih bertahan di atas jalan ini? tak pernah terdetik ke dalam hati untuk lari dan keluar daripada jalan ini?"

" Kenapa saya nak tinggalkan jalan yang banyak beri saya kebaikan, jalan yang telah banyak menyelamatkan saya dari banyak maksiat, jalan inilah  jalan yang membawa saya kenal siapa Pencipta saya,  mana mungkin saya akan tinggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Moga Allah terus memilih saya dan awak untuk terus tsabat berada di atas jalan ini."

senyum.


volgograd, russia
07.01.2015

Tuesday, January 6, 2015

larilah.

1:34 PM 0 Comments
aku tidak mengetahui apa yang Tuhanku cuba untuk mengujiku.
Tapi aku tetap yakin, Allah takkan turunkan ujian yang aku sendiri tak mampu hadapinya.
Apa yang Dia berikan, apa yang Dia uji semuanya pada batas kemampuan ku untuk aku hadapi.

cuma kekuatan yang aku pohon padaMu wahai Tuhanku yang maha pengasih.
Tuhan yang maha mengasihani, semoga Engkau terus memegang hati ini untuk terus tsabat berada di atas jalan dakwah ini. Semoga segala kesilapan dan dosa-dosaku tidak menjadi fitnah untuk jalan ini.
Sungguh, aku ini jua manusia biasa. Yang banyak lemahnya. Yang kadang kala tewas pada nafsu sendiri dan syaitan yang sentiasa membisik-bisik.
Aku mohon perlindungan hanya padaMu. Jauhkan diri ini daripada fitnah dunia. Dan aku sendiri tidak mahu menjadi fitnah pada agama ini. Sungguh aku cinta pada jalan ini dan agama ini.

Aku tidak tahu apa yang akan menanti di hadapanku, dan adakala aku takut dengan masa hadapan.
Hingga memikirkan sahaja buat hati rasa tidak tenang, jiwa menjadi serabut, berkecamuk..
takut pada yang tidak pasti, seolah olah dunia ini satu misteri, penuh dengan kekejaman, kekecewaan dan sisi-sisi hitam. Dominasi dunia seperti warna hitam. Wujud sahaja putihnya. tapi minor. hilang dan luput.

Apa yang kita mahukan, tak semestinya kita dapat. Apa yang Allah berikan itulah yang terbaik. Mungkin adakalanya kita betul2 nakkan  sesuatu perkara tu berlaku, hakikatnya Allah lebih tahu. Mungin perkara itu bukanlah suatu kepentingan mahupun bukan apa yang diperlukan. Ada hikmah. Sangka baik pada Tuhan. Mungkin juga doa dan usahanya masih sikit, belum cukup.

Teruslah kuat, teruslah semangat, teruslah bangkit, teruslah yakin.
Sisi dunia mungkin hitam, tapi sebenarnya masih ada sisi-sisi putih yang bercahaya.
mungkin aku sahaja yang buta.

Demi Tuhanmu, berlarilah untuk mencari redhaNya.




12.32am
volgograd, russia
07.01.2015
dingin salju



Follow Us @kedakulitcantik