Lebih 2 minggu merantau membawa diri ke tanah Paris dan juga Moscow. Tak banyak yang inginku coretkan, tapi cukuplah andai aku khabarkan, perjalanan dan permusafiran pada kali ini memberi seribu erti pada diri ini untuk lebih kenal dan chenta pada dakwah dan tarbiyyah.
Seperti biasa, kapal terbang yang besar umpama keranda terbang yang membawa ratusan nyawa di dalam perutnya, tipulah andai hati tak punya rasa gerun, apatah lagi setelah menerima berita baru pesawat air asia yang baru sahaja terhempas. Hanya kepada Allah dikembalikan segala harapan dan pertolongan. Moga perjalanan ini sentiasa di bawah lindunganNya.
Ada getar dalam hati, namun keyakinan pada Yang Esa mengatasi segalanya. Zikrullah tak pernah lekang, hingga pada saat pulangnya ke Bumi Russia kembali, hampir sepanjang perjalanan aku tidak mampu melelapkan mata. Turbulence yang sangat kuat, meresahkan hati yang sedikit sebanyak bimbang dan takut pada awal lagi. Alhamdulillah. Allah la sebaik-baik Penjaga dan sebaik baik pemelihara. Perjalanan pergi dan pulang aku dan sahabat yang lain selamat.
Sepanjang berada di dalam perut kapal terbang, mata yang tak mampu lelap ini membuatkan aku memikirkan berbagai-bagai situasi dan andaian. Andai sahaja akulah mangsa nahas pesawat pada tika itu, apakah aku bersedia menghadapi maut atau mati tika itu. Takut. Itulah yang aku rasai. Dengan keadaan diri yang masih penuh dengan palutan dosa, hati yang kotor, apakah aku ingin kembali pada Tuhan pada saat hatiku kotor dan penuh dengan dosa?
Muhasabah. Saat itu, mahu sahaja hidup ini di dominasikan dengan hanya beribadat dan memohon ampunan pada Allah.
Syukur pada Allah kerana masih memelihara umurku. Masih banyak benda yang ingin aku lakukan untuk memperbaiki diri ini. Untuk lebih dekat padaNya, untuk berbakti pada Ummah.
Bagaimana engkau mahu kembali pada Tuhanmu?
Tepuk dada, tanya iman.
Sejenak, aku berteleku. Usai tiba di bumi Volgograd yang aku rindui. Jujurnya tanah ini hanyalah tanah sementara aku bermastautin, tapi tanah ini lah yang aku ingin segera pulang. Menghirup bau salju dan dingin sejuknya angin yang menampar pipi.Beku.
Bau tanah volgograd takkan sama baunya dengan tanah di Moscow mahupun di Paris.
Bau tanah ini, nostalgia nya lebih dekat di hati.
usai bermusafir, aku berteleku di hadapan meja study, tafsir quran merah jambu ku , helaiannya aku selak, hingga mataku tertancap pada satu halaman ayat quran yang hampir sahaja membuatkanku menitiskan air mata. Subhanallah.
Ketika mereka berada di dalam kapal, mereka berdoa penuh pengharapan kepada Allah, namun apabila sampai ke daratan mereka ingkar pada perintah Allah Nauzubillah. Moga diri ini dan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang Allah nyatakan dalam surah tersebut.
...................................
Tidak banyak yang ingin aku coretkan di sini, namun ada pelbagai rasa yang bercampur baur, ada semangat Jil al-Fateh yang tersimpan kemas dan ada juga perihal mahasiswa dan aspirasi negara yang terbuku di hati.
Perjalanan selama 2 minggu ini, dengan ibrah dan pengalaman yang aku kutip, semoga hati ini terus kuat dan semangat terus membara untuk menuntut ilmu, membentuk kepribadian, akhlak dan nilai-nilai murni diri.
Usia muda inilah usia emas, usia genting untuk semua insan bernama manusia. Usia di mana tubuh badan masih gagah, masih kuat, minda masih aktif dan mampu mengeluarkan berbagai arca idea.
Rugilah andai masa muda ini dihabiskan dengan perkara yang melaghakan , yang tidak mengembangkan minda. Rugi andai menjadi mahasiswa yang hanya belajar, namun tidak menyumbang, bahkan hanya mementingkan diri sendiri.
Dalam satu sesi tamrin bersama ayahanda Presiden YAPEIM, sempat aku menyalin beberapa kata yang penting, untuk nota diriku pada saat2 genting aku memerlukan.
Menurut ayahanda, kita perlu persiapkan diri kita dalam 3 aspek.
1) Bina keupayaan bagi menguasai ilmu, urusan dan teknologi kontemporari
2) Bina keupayaan meneroka , mencipta dan menguasai urusan dan teknologi masa hadapan
3) Bina keupayaan kepimpinan , kekuatan, ekonomi, dan jaringan komuniti yang hebat.
Aku melihat 3 aspek ini, tidak lain tidak bukan hanya boleh dijayakan jika sesebuah negara itu mempunyai pemuda pemudi yang berjiwa kental dan yang sentiasa bersemangat dan yang sedar perihal pentingnya peranan mereka untuk negara, apatah lagi untuk agama.
Setiap daripada pemuda harus menyiapkan diri mereka dengan persiapan-persiapan ini.
I would like to say, knowledge is very important.
kalau ada ilmu, inshaaAllah, you will survive. Bagaimana institusi keilmuwan itu boleh terbentuk. Semuanya terhasilnya selepas wujudnya Islam dan tersebarnya Islam di seluruh pelosok dunia. Kerana Islam itu amat mementingkan ilmu.
Maka, peringatan untuk diriku sendiri, belajarlah bersungguh-sungguh and get the knowledges.
kerana menguasai ilmu itu adalah perkara yang paling utama.
---------------------------
"Ask not what your country do for you, ask what you can do for your country" - John F. Kennedy
...................................
'kenapa awak masih bertahan di atas jalan ini? tak pernah terdetik ke dalam hati untuk lari dan keluar daripada jalan ini?"
" Kenapa saya nak tinggalkan jalan yang banyak beri saya kebaikan, jalan yang telah banyak menyelamatkan saya dari banyak maksiat, jalan inilah jalan yang membawa saya kenal siapa Pencipta saya, mana mungkin saya akan tinggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Moga Allah terus memilih saya dan awak untuk terus tsabat berada di atas jalan ini."
senyum.
volgograd, russia
07.01.2015

64. Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan[17]. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya[18], sekiranya mereka mengetahui.
65. Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya , tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),
66. biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakan mereka (hidup) bersenang-senang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).
67. Tidakkah mereka memperhatikan, bahwa Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, padahal manusia sekitarnya saling merampok. Mengapa (setelah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang batil dan ingkar kepada nikmat Allah?
68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan kepada Allah atau orang yang mendustakan yang hak ketika (yang hak) itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahanam ada tempat bagi orang-orang kafir?
69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
(al-ankabut:64-69)
Ketika mereka berada di dalam kapal, mereka berdoa penuh pengharapan kepada Allah, namun apabila sampai ke daratan mereka ingkar pada perintah Allah Nauzubillah. Moga diri ini dan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang Allah nyatakan dalam surah tersebut.
...................................
Tidak banyak yang ingin aku coretkan di sini, namun ada pelbagai rasa yang bercampur baur, ada semangat Jil al-Fateh yang tersimpan kemas dan ada juga perihal mahasiswa dan aspirasi negara yang terbuku di hati.
Perjalanan selama 2 minggu ini, dengan ibrah dan pengalaman yang aku kutip, semoga hati ini terus kuat dan semangat terus membara untuk menuntut ilmu, membentuk kepribadian, akhlak dan nilai-nilai murni diri.
Usia muda inilah usia emas, usia genting untuk semua insan bernama manusia. Usia di mana tubuh badan masih gagah, masih kuat, minda masih aktif dan mampu mengeluarkan berbagai arca idea.
Rugilah andai masa muda ini dihabiskan dengan perkara yang melaghakan , yang tidak mengembangkan minda. Rugi andai menjadi mahasiswa yang hanya belajar, namun tidak menyumbang, bahkan hanya mementingkan diri sendiri.
Dalam satu sesi tamrin bersama ayahanda Presiden YAPEIM, sempat aku menyalin beberapa kata yang penting, untuk nota diriku pada saat2 genting aku memerlukan.
Menurut ayahanda, kita perlu persiapkan diri kita dalam 3 aspek.
1) Bina keupayaan bagi menguasai ilmu, urusan dan teknologi kontemporari
2) Bina keupayaan meneroka , mencipta dan menguasai urusan dan teknologi masa hadapan
3) Bina keupayaan kepimpinan , kekuatan, ekonomi, dan jaringan komuniti yang hebat.
Aku melihat 3 aspek ini, tidak lain tidak bukan hanya boleh dijayakan jika sesebuah negara itu mempunyai pemuda pemudi yang berjiwa kental dan yang sentiasa bersemangat dan yang sedar perihal pentingnya peranan mereka untuk negara, apatah lagi untuk agama.
Setiap daripada pemuda harus menyiapkan diri mereka dengan persiapan-persiapan ini.
I would like to say, knowledge is very important.
kalau ada ilmu, inshaaAllah, you will survive. Bagaimana institusi keilmuwan itu boleh terbentuk. Semuanya terhasilnya selepas wujudnya Islam dan tersebarnya Islam di seluruh pelosok dunia. Kerana Islam itu amat mementingkan ilmu.
Maka, peringatan untuk diriku sendiri, belajarlah bersungguh-sungguh and get the knowledges.
kerana menguasai ilmu itu adalah perkara yang paling utama.
---------------------------
"Ask not what your country do for you, ask what you can do for your country" - John F. Kennedy
...................................
'kenapa awak masih bertahan di atas jalan ini? tak pernah terdetik ke dalam hati untuk lari dan keluar daripada jalan ini?"
" Kenapa saya nak tinggalkan jalan yang banyak beri saya kebaikan, jalan yang telah banyak menyelamatkan saya dari banyak maksiat, jalan inilah jalan yang membawa saya kenal siapa Pencipta saya, mana mungkin saya akan tinggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Moga Allah terus memilih saya dan awak untuk terus tsabat berada di atas jalan ini."
senyum.
volgograd, russia
07.01.2015
No comments:
Post a Comment