Tuesday, January 6, 2015

larilah.

aku tidak mengetahui apa yang Tuhanku cuba untuk mengujiku.
Tapi aku tetap yakin, Allah takkan turunkan ujian yang aku sendiri tak mampu hadapinya.
Apa yang Dia berikan, apa yang Dia uji semuanya pada batas kemampuan ku untuk aku hadapi.

cuma kekuatan yang aku pohon padaMu wahai Tuhanku yang maha pengasih.
Tuhan yang maha mengasihani, semoga Engkau terus memegang hati ini untuk terus tsabat berada di atas jalan dakwah ini. Semoga segala kesilapan dan dosa-dosaku tidak menjadi fitnah untuk jalan ini.
Sungguh, aku ini jua manusia biasa. Yang banyak lemahnya. Yang kadang kala tewas pada nafsu sendiri dan syaitan yang sentiasa membisik-bisik.
Aku mohon perlindungan hanya padaMu. Jauhkan diri ini daripada fitnah dunia. Dan aku sendiri tidak mahu menjadi fitnah pada agama ini. Sungguh aku cinta pada jalan ini dan agama ini.

Aku tidak tahu apa yang akan menanti di hadapanku, dan adakala aku takut dengan masa hadapan.
Hingga memikirkan sahaja buat hati rasa tidak tenang, jiwa menjadi serabut, berkecamuk..
takut pada yang tidak pasti, seolah olah dunia ini satu misteri, penuh dengan kekejaman, kekecewaan dan sisi-sisi hitam. Dominasi dunia seperti warna hitam. Wujud sahaja putihnya. tapi minor. hilang dan luput.

Apa yang kita mahukan, tak semestinya kita dapat. Apa yang Allah berikan itulah yang terbaik. Mungkin adakalanya kita betul2 nakkan  sesuatu perkara tu berlaku, hakikatnya Allah lebih tahu. Mungin perkara itu bukanlah suatu kepentingan mahupun bukan apa yang diperlukan. Ada hikmah. Sangka baik pada Tuhan. Mungkin juga doa dan usahanya masih sikit, belum cukup.

Teruslah kuat, teruslah semangat, teruslah bangkit, teruslah yakin.
Sisi dunia mungkin hitam, tapi sebenarnya masih ada sisi-sisi putih yang bercahaya.
mungkin aku sahaja yang buta.

Demi Tuhanmu, berlarilah untuk mencari redhaNya.




12.32am
volgograd, russia
07.01.2015
dingin salju



No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik