Monday, September 15, 2014

mulia

seorang daie itu perlu kuat
seorang daie itu perlu berjiwa besar
seorang daie itu perlu berhati besar
seorang daie itu perlu lebih sabarnya
seorang daie itu perlu tabah
seorang daie itu perlu berlapang dada
kerana..
seorang daie itu mengutamakan Allah 
dalam setiap urusannya. 

daie itu manusia, seorang manusia. kadang2 lemah, kadang2 di uji. 
adakala rebah juga namun, masih ada Zat yang sudi memandang
menghulurkan kasih sayang, mengubat segala duka. 
daie itu juga seorang manusia biasa, yang cuba untuk menjadi luar biasa.

muliamu bukan kerana harta
muliamu kerana syahadah.
jika bukan jalan ini
jalan manakah lagi yang engkau akan pilih.
wahai sang daie. 

"dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." 
-al-an'am:153



volgograd, russia
9.05pm
pre-autumn2014

No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik