Wednesday, September 10, 2014

awan

Awan kelam kelabu
pekat hitam membisu
Sejuk bayu menyapa
Dingin meresap
Sampai ke tulang hitam.
Beku hati
Membengkak tidak

Awan mungkin mengerti
Hidup bukan saat mentari
Muncul menjelma gah
Menyinar bumi.
Awan mungkin mengerti
Akan tiba waktu
Hujan tiada berhenti.

Awan mungkin mendung
Tapi tak selamanya kelam.
Tiba masanya dan janji yang utuh
Mentari kan pasti menyinar
Kerana itu sunnah alam.

Volgograd,  russia
7.09pm

No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik