Sunday, November 23, 2014

nikmat

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan."

coretan dari Tuhan kepada hambaNya. Kata-kata Tuhan buat makhlukNya.
subhanallah. surah arRahman. Hebat surahnya, Hebat lagi yang mencipta ayat-ayat tersebut.
Suatu persoalan, suatu sindiran, suatu teguran. Mana satu hati kita mahu menafsirkan.

Nikmat. Nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
Apa lagi aku mahu??
Kita claim kita diuj dengan bermacam ujian, ujian gagal dalam pepriksaan, ujian kecewa dengan manusia, ujian kesempitan kewangan, dan pelbagai bentuk lagi ujian. Tapi di sebalik ujian tersebut sebenarnya masih banyak lagi nikmat Allah yang kita tak boleh nak kira. Hatta , kita takkan mampu nak membayar nya dengan emas mahupun jutaan wang kertas yang kita miliki.
Subhanallah. Maha suci Allah. Nikmat manakah yang aku dustakan?
terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan, tapi sedikit cuma aku bersyukur.

moga Allah ampunkan segala kelemahan kita,
moga Allah jadikan kita hambaNya yang bersyukur,
yang sentiasa menjadi golongan kanan.
yang cintakan jalan dakwah dan tarbiyyah.

....................................

apa bukti kau bersyukur pada Tuhanmu?

buat 'dakwah'.
 Menyeru orang kepada kebaikan.
 Menyeru orang kepada Allah.


cukuplah ia sebagai saksi di hadapan Allah untuk menjawab soalan tersebut.


maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? T.T


No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik