Wednesday, April 23, 2014

LABUH

"Hey labuh! pinjam kertas jap"

" Hey labuh, kenapa labuh sangat hari nih?"

"hey labuh... bla.bla.bla"

1st time dengar seorang budak laki memanggil seorang sahabat saya dengan panggilan tersebut. Labuh. 
Terkejut juga. Kenapa labuh? apa yang labuh? 

Riak sahabat saya bersahaja, malah tersenyum sumbing. Mungkin dah biasa dipanggil labuh. 

Labuh kerana labuhnya tudung yang dipakai, apa yang labuh? mestilah disebabkan  tudung yang labuh maka  nama labuh yang tercipta. Alangkah lucunya manusia sekarang. Cara pemakaian pun boleh dibuat gelaran. 

kisah kelabuhan tudung akhowat2 (budak gegirl) yang join usrah nih. Labuhnya tudung sampai ke lutut sekalipun tak dapat nak menentukan alim atau berimannya seseorang itu. Semuanya hanya Allah yang mampu menilai. Kalau pakai tudung bidang 45 pun tapi dah menutupi dada dan imannya telah sempurna , maka itu lebih baik daripada mereka yang bertudung labuh tapi tidak solat. 

hakikatnya, penampilan luaran bukanlah perimeter utama dalam menilai baik buruk seseorang. 
boleh jadi mereka yang tak bertudung , tiba2 diberikan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat dengan sempurna dan menjadi jauh lebih baik dripada kita yang bertudung labuh ni. 

tapi.. tak bermakna orang yang bertudug labuh itu tidak baik. Semuanya baik2 belaka andai hati sentiasa bersih dan niat membuat sesuatu perubahan kerana Allah. 

16.4.2014 yang lalu,ulangtahun kelahiran yang ke 22 tahun  mungkin jadi titik tolak diri ini untuk istiqomah dalam memakai tudung labuh dan menjaga aurat dengan lebih baik dan patuh syariat. Umur mungkin bertambah Tapi amalan tak mungkin kan bertambah kalau diri sendiri malas dan tak mahu berubah dan tak berusaha pun untuk mengubah diri sendiri. Bolehkah kita menjangkakan bila ajal kita tiba? sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita. Jika bukan sekarang nak berubah, bila lagi?

Tudung yang labuh, itu mungkin nampak obvious. Tapi ketahuilah, hati itu lebih penting dari tudung yang labuh. Dari hati yang bersih, maka manifestasinya dari segi pemakaian, akhlak mahupun gaya pemikiran seseorang akan berubah dengan sendirinya. 
Jujurnya hidup dengan penampilan yang baru ini lebih tenang, lebih indah. 

i did start from a baby step.
takdenya terus nak labuh tudung mcm ostajahnya.
mula2 pakai bawal ngan inner, then tukar  pakai tudung akel bidang 50, then teringin nak pakai tdung bidang 55'.. sekarang nih pun ada banyak sangat wide shawl or shawl bidang besar yg boleh dipakai macam tudung bidang 60.
mulakan dengan perlahan lahan, inshaaAllah keikhlasan itu akan datang juga by da time passes. 
bila dh biasa pakai tudung besar2 , bila pakai tudung pendek, singkat jadi janggal. 
then boleh la proceed lagi dgn memakai baju yang labuh n longgar. 
nak berfesyen pun takpe. Asalkan punya taqwa, belitlah shawl awk macam mana pun, asalkan patuh syariat.
  

Pernah je hati memberontak, memikirkan apa kata2 sahabat yang mula melihat diri ini melabuhkan tudung lebih daripada biasa, berjubah , berskirt bagai.. ewaah. Bukan ekstremis, tapi mahu menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Pernah di tegur kenapa pakai tudung labuh2 ni, pakai macam orang lain pakai sudah. Pernah di panggil ustazah. 

"macam mokcik2 je pakai tudung besor2 ginim,"

"ustazah terrr.."

"eh labuhnya, terkejut aku"

LOL.

apa2 pun, buat semua kerana Allah, orang mengata, orang mengutuk ke, semua tu picisan je. 
pandangan Allah itu lebih berharga daripada pandangan manusia.
tak cantik di mata manusia. cantik di mata Allah.

so.. sape nak join grup LABUH ??

hehe.. peace no war!

volgograd, russia
9.52pm


No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik