[corengan hidup]
Kelas semakin hari semakin susah. Subjek-subjek baru.
Kadang-kadang dapat cikgu yang tak mengajar tapi tanya pelajar garang macam singa. Tak bertempat marahnya. kadang-kadang dapat cikgu yang mengajar all-out. Alhamdulillah. pelajar pula yang stress. Hakikat kehidupan sebagai seorang pelajar. Tetap sahaja tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus di pikul. Adab-adab belajar juga tak boleh dipandang sewenang-wenangnya. Kerana apalah erti ilmu yang diperoleh jika tiada keberkatan Illahi. Tuntut ilmu pun kena sungguh-sungguh.
Tanggungjawab lain juga makin menimbun. Merasakan perlunya menjadi orang yang sistematik. Perlu ada jadual yang mengatur aktiviti seharian ini. Kadang kelas dari pagi sampai petang, Dicampur pula hari2 yang ada praktikal tambahan. Balik lepas kene prepare untuk kelas keesokkan harinya. Tanggungjawab dalam dnt juga makin memberat. Allah , betapa kehidupan di dunia ini bukanlah untuk berehat. Tiada kerehatan hidup di dunia. Tiada. Jangan mengeluh. Tapi kadang-kadang tewas juga. Moga Allah ampunkan kelemahan diri ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau rasa berat , lemah semangat, rasa nak cabut lari daripada tanggungjawab yang tesedia ada itu, check kembali hati. Adakah niat itu ikhlas kerana Allah? Sesungguhnya keikhlasan hati melaksanakan tanggungjawab ini hanya kerana Allah sahajalah yang dapat menangkis serangan-serangan lemah semangat, malas, rasa nak cabut lari, etcetra.
Bertahan dan bersabarlah. Sekejap je lagi kita hidup. Sekejap je masa yang Allah bagi untuk kita kumpul pahala, untuk buat bayak amal ibadah padaNya. Kalau rasa penat tuh, bertahanlah. Sebab tak lama pun kita hidup di dunia ini, sedang akhirat itu adalah negeri yang abadi yang kita bakal tinggal. Entah esok, entahkan lusa kita bakal di jemput oleh malaikat Izrail untuk bertemu Allah yang Esa. Sungguh kematian itu satu kepastian. Setiap jiwa pasti akan merasainya. Masakan kita lupa pada kematian yang sungguh dekat dengan kita.
Kalau memilih untuk ke syurga, maka bertahanlah di dunia ini. Bekerjalah untuk ummah. Bekerjalah walau sampai saat engkau terpaksa menangis kerana merasakan diri tidak mampu. Sesungguhnya Allah takkan membebani hambaNya dengan tanggungjawab, ujian dan perkara2 lain yang menjangkau batasan hambaNya. Yakinlah pada pengakhiran yang baik daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang bekerja untukNya. Lupakan sahaja pada masalah picisan dunia.
sungguh kehidupan di dunia ini hanya seketika sahaja. Kerehatan yang sebenar hanya di syurga Allah.
Moga Allah melihat segala usaha dan penat lelah kita untuk ke syurgaNya.
Semoga kita semua adalah penduduk syurga. Aamiin.
"Kapankah tibanya waktu rehat seorang mukmin itu.?"
"apabila kau sudah di syurga Allah"
maka, bekerja sajalah untuk Allah.
![]() |
“Setiap hari Dia dalam kesibukan”; mengurus makhluk-Nya, mengampuni dosa, mengijabah doa, meridhai hamba. Sibukkah jua kita pada-Nya?”-Salim A-Fillah |
volgograd, russia
9.15pm
No comments:
Post a Comment