Sunday, February 9, 2014

jom pi skolah

Hari ini hari terakhir cuti. Maka, esok bermulalah perjalanan hidup baru untuk semester baru Tahun 4 di sekolah perubatan. Bermulanya semester baru ini bermakna hari2 yang dilalui bakal menjadi lebih mencabar. 
Kesibukkan yang akan bertambah bersama tanggungjawab yang semakin memberat. 

Semester ini banyak subjek baru, banyak praktikal yang perlu dihabiskan secepat mungkin. Sedang praktikal semester lepas pun belum terlaksana. Nampak berat je semester ni. Dan balik Malaysia pun lewat juga tahun ni. Semakin dihimpit dengan perkara2 dunia ni membuatkan diri kadang2 terfikir, apa yang aku mahukan sebenarnya dalam hidup ini? Selalunya sebelum tidur, pasti akan terbayang setiap perkara yang dah aku buat untuk hari itu. Sehingga  kadang2 ada rasa malu pada Tuhan, sebab berapa banyak je benda yang aku buat, yang aku ingat padaNya. Selebihnya banyak cenderung pada keduniaan. 
Bila pesan pada diri, tolong jangan buat perkara yang Allah tak suka. Jangan buat benda yang tak mendatangkan faedah. Jangan itu jangan ini. Last2 aku buat jugak benda tuh. Susah sebenarnya menjadi seorang manusia. Sedang malaikat harut dan marut pun tak mampu menanggung bebanan menjadi manusia yang dipenuhi dengan hawa nafsu dan kecintaan kepada dunia. 
Apatah lagi zaman sekarang zaman yang semakin banyak cabarannya.  
Orang kata, sebelum tidur muhasabah diri dulu. Pasang azam baru yang lebih baik untuk hari esok. 
Buat. Tapi kadang2 matlamat dan azam tinggal sekadar di minda. Tiada progres.  Itu yang harus dibaiki. 
Memang jadi manusia susah, Sebenarnya tak susah kalau bijak mengekang nafsu dan takut pada balasan Allah. Cuma manusia ni lemah. Ada masa iman setinggi gunung dan adakala iman senipis kulit bawang. 
Sebab tu kena dekat dengan Allah. Get da point!

Selalunya setiap kali semester baru nak buka, mesti hati akan berdebar. Gelisah dan sentiasa berfikir, apa yang akan berlaku pada aku untuk sem ini. Adakah au akan belajar dengan lebih baik, lebih tekun, tak malas2an. Adakah aku akan pergi semua lecture, atau mampu kah aku nak balance antara dakwah dan tarbiyyah dan juga pelajaran. Atau aku akan tersungkur kat mana2 bahagian yang aku tak sedar. Mampu ke aku nak buang nafsu soppim online and kewangan semester ni macam mana.. stabil ke sampai balik Malaysia. etcetra2. Fuhh! Manusia memang banyak berfikir. Penat kalau fikir semua tu. Just follow da flow. Gituh. Tapi sekurang kurangnya kena ada perancangan. Bila aku berada dalam keadaan macam ni, satu je yang terlintas di fikiran. Allah. Apa2 pun, kembali pada Allah. Kalau hidup tak pernah nak berdoa mintak pada Allah mudahkan urusan2 dunia ni. Memang tak tahulah kategori hamba di bahagian manakah kita.
Beruntung jadi muslim. Jadi orang Islam, ada tempat untuk mengadu. Untuk mohon segala kekuatan dan kemudahan. Tiada yang mampu manusia buat tanpa kudrat pinjaman dari Allah untuk hamba2Nya. So, sebelum mulakan semester ini dan sepanjang semester ini, banyakkan berdoa pada Allah. Minta Allah mudahkan segala urusan-urusan dunia dan akhirat. Minta yang baik2 dan haruslah positif. 

Pernah seorang sahabat mengadu, keputusan peperiksaan sem lepas tak begitu memuaskan sedangkan usahanya dah melebihi orang lain yang usahanya sedikit tapi dapat keputusan gempak. Semester lepas biarkan lepas. Semester baru ni biarlah kita mulakan dengan azam dan semangat baru yang positif. Allah menilai usaha. Mungkin Allah tak berikan sekarang di dunia, tapi Allah kumpulkan kejayaan dan kemenangan untuk kita di akhirat.  Biar lah kita jadi orang yang kuat usahanya. Usaha selagi termampu. 
Dan jangan tertinggal kunci untuk naik ke bangunan 100 tingkat. Kunci 'ikhlas' dan niat kerana Allah itu penting. Sebab, kalau dah smpai dekat tingkat paling atas, tingkat ke100 tapi kalau tak bawa sekali kunci tersebut, atau hilang kat mana2 kunci tu, memang tak dapat la nak masuk bangunan paling atas tu. dan bangunan tu tak lain dan tak bukan adalah analog kepada syurga Allah yang sangat indah. 

Kita memang manusia biasa, tapi kalau kita hidup dengan merasakan keberadaan Allah dalam hati kita, kita adalah seseorang yang luar biasa. Sekurang kurangnya di mata Allah. Dan itu lebih utama.




 --------------------------------------------------------------------------------



“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)
 Ayat 1000 dinar. Amalkan selalu.Semoga makin mantap bergantungan kita pada Allah. Moga semester baru ini menjadikan kita manusia yang lebih baik daripada semester2 lalu dan dimudahkan segala urusan.

Jom pi sekolah kerana Allah taala 

:)


volgograd, Russia
12.51pm

No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik