Saturday, February 23, 2013

#bonda

ujian yang datang silih berganti
bagai menabur butiran garam
di luka yang masih bernanah.
antara kasih sayang dan benci
aku tahu sukar untukmu menelannya
antara anak dan musuh
engkau masih tegar dengan cinta

bonda..
andai yang lain tidak mahu mengerti
biarlah aku mejadi anak yang memahami
agar aku bisa menjadi
penyembuh luka mu
walau ku tahu aku bukanlah penawar
namun sekurang kurangnya
aku ingin kau tahu
aku sangat mencintaimu bonda
biarlah aku menjadi anakmu
anak yang solehah
yang sentiasa menyenangkan mu
membahagiakanmu..
dan mendoakanmu.

bonda
anakanda sayang bonda..
sampai syurga.


volgograd, russia
9.45pm

No comments:

Post a Comment

Follow Us @kedakulitcantik