Thursday, February 20, 2014

HIKMAH

9:20 AM 0 Comments
hidup dalam keyakinan kepada Allah.
merasai kehadiran Dia di dalam hati
menyerahkan hati sebulatnya untuk Dia
yakin akan hikmah untuk setiap perkara yang berlaku.

mengimaninya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya
dan untuk kesekian kalinya
Allah itu tak pernah mengewakan hambaNya.

hiduplah dalam cinta kepada Allah
Engkau pasti tak kecewa. 

semoga bahagia
Kerana itu sentiasa doaku untukmu
sebagai penebus kesilapan dan dosa-dosaku.




Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala di sisi Tuhan-nya, dan tiada kekhawatiran terhadap mereka serta tidak (pula) mereka bersedih hati.”(QS. Al-Baqarah [2]:112)





volgograd, russia
9.19pm


Wednesday, February 19, 2014

Tarbiyyah si burung besi (?) ukhuwah asammasin(?)

6:49 AM 0 Comments


"Katakanlah : Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berdosa". Surah An-Naml (27) ayat 69.

"Katakanlah : Berjalanlah kamu di atas muka bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berdusta". Surah al-An'am (6) ayat 11.

         Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi pinjam nyawa milikNya padaku 
Walau sudah terbang tinggi di dalam perut burung besi, Allah masih memanjangkan umur ku untuk  hidup membersihkan dosa-dosa yang masih lagi menggunung. Tika orang lain bergumbira untuk menaiki burung besi itu, aku  masih keresahan hati. Hanya mampu berzikir diam di dalam hati, memohon keselamatan sepanjang berada di dalam burung besi itu. Masih ingat lagi beberapa berita tentang kemalangan yang melibatkan burung2 besi yang gah pernahku baca. Semuanya seolah olah ligat bermain tertulis di dalam minda ku. Terbaru tentang kemalangan burung besi milik uzbekistan airlines yang mengalami masalah pendaratan di Kazan, Russia. 

Allah.. sungguh beruntung menjadi seorang muslim. Hati tenang tatkala mengingatiNya.

"Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan) sehingga apabila kamu berada didalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". (yunus:22)

Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dan masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit (golongan yang bersyukur) itu.

Sungguh, setiap kali aku menaiki burung besi itu, besar sungguh tawakkal ku pada Allah. Melihat burung besi bukan sekadar pengangkutan tapi satu bentuk tarbiyyah yang mengajar diri ini supaya sentiasa bergantung harap bertawakkal hanya kepada Allah. Tuhan yang Esa.  
Aku tidak kisah seandainya dilihat oleh penumpang di kiri kananku terkumat kamit berulang kali membaca doa menaiki kenderaan. Asal Tuhanku tahu aku benar2 mengharapkan perlindungan daripadaNya. 

Tarbiyyah sang burung besi padaku. Mungkin akan sentiasa menjadi tarbiyyah buatku setiap kali aku akan menunggang burung besi ini. 

Kali ini burung besi bernama British airlines ini meluncur laju megah mengayun kepaknya yang keras dan tidak melentur lembut seperti burung biasa  membawaku dan teman2 seperjuanganku menjelajah benua eropah. Amsterdam, Belgium,Perancis dan Jerman. Cukuplah sekadar aku menamakan tempat2 tersebut. Kalau diceritakan setiap ceritera tempat2 tersebut di sini sampai lusa belum habis keyboard ni aku picit2. Apa yang ingin ku tulis di sini hanyalah ekstrak2 tarbiyyah yang aku cuba perah sepanjang waktu bermusafir itu. 

Sampai hari ini sebenarnya aku masih lagi mencari cari apa sebenarnya yang aku dapat sepanjang percutian itu. Keseronokkan? mungkin.. tapi cuma seketika dan keseronokkan itu hilang. Mencair bersama salji di Volgograd yang mengotorkan kasut2 manusia. Ketenangankah? Entah.. pulang saja dari permusafiran itu, sebenarnya hatiku rasa kosong. Mungkin juga kerana berkejaran dengan masa menjadikan aku kusut masai seorang diri. 
Hmmm... atau mungkin kerana 3 hari tak mandi manda (?)

Jujurnya percutian kali ini sebenarnya banyak membawa aku mengenali siapa diri aku sebenarnya. Mentarbiyah diri sendiri dengan sifat dan perangai sendiri. Waktu itu, aku mula tahu perwatakkanku yang sebenar bagaimana. Mudah marah, cepat terasa hati, cepat putus asa. Kadang2 dengan teman sepermusafiran aku sendiri pun aku nak berkira, mahu menang. Busuknya hati waktu itu hanya Allah yang tahu. Seandainya ada tong sampah disisiku saat itu, pastinya tong sampah itu lagi harum dari hatiku.
Ukhuwah.. ukhuwah fillah abadaan abadaa.. itu yang aku agung agungkan selama ini. Berlapang dada, itsar terngiang ngiang dekat kepala , nampak di mata waktu menyampaikan tazkirah kepada adik2 bulatan gumbira, akulah yang paling bersemangat menyuruh adik2 berlapang dada menerima kekurangan sahabat mereka, menyuruh mereka cuba membina itsar dalam hati mereka untuk sahabat2 mereka.Tapi bila tiba saat aku di uji sedemikian, kenapa praktikalnya aku seperti canggung sekali. Hilang arah. bertempik teriak marah didalam hati. Aku yang di dalam bulatan gumbira dan aku di luar bulatan. Adakah 2 orang manusia yang berbeda? 
Rasa nak tampar diri sendiri. Sebab, cakap tak serupa bikin T.T.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"
(as-saff:2)

Maafkanku sahabat2.. mungkin kerana aku masih belum benar2 menghayati ukhuwah islamiyyah itu sehingga aku berburuk sangka pada kalian, menarik muka masam dan adakala kata2ku menyakitkan kalian. Maafkan ku. 
Ini benar2 tarbiyyah yang terbesar yang aku terima sepanjang permusafiran kita ini. Dan ini benar2 teguran dari Allah untukku. Aku sebenarnya bertemu chenta Illahi, berlaga bahu ukhuwah, tersepak kasih sayang sesama kita, cuma mungkin aku buta hingga hilang tak nampak apa yang aku cari. Apakah hatiku masih kosong (?)

Aku kagum pada ukhuwah kalian padaku.Jazakumullah kheir akhowati. 

:')

Hadist dari Anas RA. Ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia mengharapkan kebaikan (menyayangi) saudaranya, sebagaimana ia harapkan (menyayangi) dirinya sendiri.” (H.S. Riwayat Muslim)


Tarbiyyah sang burung besi dan ukhuwah gula asammasin.
masih ada manisnya selagi mana hati kita hidup denganNya.





Salam alaikum

------------------------------------------------------------------------------------


#sharingfkwinterbreak
#bagaimana winter break mentarbiyyah saya?
#sentiasa lihat sudut kehidupan di dunia ini melalui kaca mata Islam.

semoga Allah redha. 

Volgograd, Russia
6.48pm


Sunday, February 16, 2014

rahsia

8:58 AM 0 Comments
pembacaan rahsia
suara rahsia
desakan hati yang menjadi rahsia
segala gala rahsia
rahsia yang rahsia
Allah lebih tahu segala rahsia lebih daripada manusia.


Dan rahasiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.
 Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati
Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan)? Dan Dia Mahahalus lagi Maha Mengetahui.
(almulk:13-14)


antara Allah dan hambaNya tiada rahsia. 
cukuplah Allah sebagai tempat mengadu segala hal. 
Tak semua benda yang kita nak Allah bagi, tapi apa yang Allah bagi itulah aturan yang terbaik untuk hambaNya. 
Bahkan beruntunglah orang yang sentiasa mendahului hak- hak Allah  melebihi hak manusia. 

Untuk sesuatu perkara yang berlaku, baik mahupun buruk. Disebaliknya pasti terselit suatu hikmah. 
Kita perlu yakin, Allah itu maha mengetahui. Dia lebih mengetahui diri kita lebih daripada kita tahu akan diri kita. Kita manusia hanya tahu benda2 yang zahir yang nampak di mata sahja. Bila Allah tutup sikit je benda yang zahir itu dari  mata kita, kita dah tak tahu apa-apa.Terbatasnya pengetahuan kita.

Allah maha mengetahui apa yang hambaNya sembunyikan di balik hatinya. Hatta kesedihan masa lampaunya yang sentiasa terakam dalam mindanya pun Allah tahu. Allah tahu segala-galanya. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Allah tahu. 
Tapi Allah tak pernah hampakan hambaNya. Bila sedih bila kecewa, Allah kata kalau kau ingat akan Dia, hati kau akan tenang. Dan bertaubatlah. Mohon ampunan daripadaNya. Bole jadi kesedihan dan kekecewaan itu adalah disebabkan dosa-dosa kita pada Allah.

laa tahzan. Innalaha maana.

jangan bersedih.. sesungguhnya Allah bersama kita. 

Teringat kata sang murabbiah. Masa lampau anda semua adalah perkara yang terbaik yang pernah berlaku. Kerana masa lampau andalah yang mengajar anda erti tarbiyyah sebenar dan kerana masa lampau anda lah guru yang hebat mengajar anda erti dan hakikat kehidupan yang sebenar. 
"your past is the best thing that had happened in your life"

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.


-----------------------------------------------------------------------------------------------



   a beautiful day. Received a love letter from my sweetest boyfren my cool ayahanda. wallahi, he is soo sweet and he is the best father i've ever met. I love him. I love mak apak  to the moon and back. May Allah grant us happiness till jannah mak apak  :')

kerana ibu chenta sejati dan ayah chenta pertama. Murni sayang mak apak sampai surga. Rindu :')




volgograd, russia
8.51pm

Friday, February 14, 2014

valentine ke.. ada aku kesah?

11:16 AM 0 Comments
jalan ini.. jalan yang panjang
jalan yang berliku jalan yang tiada karpet merah ungu biru mahupun hijau
tapi jalan inilah jalan juang para nabi dan sahabat Baginda.
jalan ini jalan yang membawa kepada Tuhanmu. 
maka.. kuatlah! Jangan lemah!

kata-kata semangat buat diri sendiri. Bila lemahnya iman, rapuhnya semangat untuk kuat berada atas jalan ini. 

Jahiliyyah diri yang masih berkerak di hati. Malu pada Allah. Sedangkan Allah dah bagi macam2 nikmat pada hamba ini. Tak reti bersyukur benar! Maka .. nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan ??

Bukan mudah berlawan dengan diri sendiri bukan mudah nak menepis pelbagai ujian hati, ujian dalam kelompok hidup masyarakat, ujian dan tekanan jahiliyyah diri sendiri. Benarlah manusia nih kalau hidupnya kosong tidak diisi dengan benda2 yang mengingatkannya pada Allah, akan mati hatinya. akan lalailah dia pada Alla. Kalau hari2 diisi dengan movie dan drama melayu, telinga dicorongi dengan lagu2 yang lalai lagi melaghakan, memang tak tahu nak explain macam mana, tapi ia satu perasaan yang tidak seronok , tidak enak, tidak komfortabel dan tidak membahagiakan. Langsung.


Jahiliyyah ini umpama beban yang memberatkan pundak. Memperlahankan had laju berada di atas jalan ini. 

Tahu jahiliyyah tapi kenapa masih buat? (tampar muka sendiri bagi sedar)

T.T


Membawa sesuatu yang besar dalam hidup dan agama. Membawa banyak2 jiwa untuk kembali kepada Allah tapi seandainya si pembawa hati dan jiwa manusia lain itu tidak dihidupkan lebih daripada manusia lain, mana mungkin kuat untuk hadapi ujian yang lebih besar daripada itu. Hakikatnya jahiliyyah itulah yang harus dikikis. Biar pundak tak terbeban, ringan. umpama pendaki yang membawa beg galas besar berisi jahiliyyah2 lampaunya bersama tangki oksigen di belakangnya dengan pendaki yang yang hanya membawa tangki oksigennya dan meninggalkan beg berisi jahiliyyah lampaunya di kaki bukit dan tidak lagi memandang beg tersebut. Mana yang akan smpai ke puncak gunung dahulu ?


Aku. bukanlah supersaiyya, bukanlah spiderman bukan jugak org yang ada kuasa untuk membunuh raksasa.(eh!)

hatta untuk membunuh lipas pun aku akan menjerit satu dunia sambil menyapu air mata. Lemahnya aku.
Kalau melihat org lain yang semakin mantap dan laju atas jalan dakwah ini aku jadi cemburu. Cemburu pada insan2 seperti ini, yang mendahulukan Allah melebihi urusan2 lain. Pasti hebat mereka di mata Allah. 
Aku cemburu melihat kakak kakak yang sangat cantik akhlak mereka. Terlalu baik pada adik2 mereka. 
Ukhuwah sebenar yang berbau syurga. Ukhuwah yang didasari akidah. Ukhuwah fillah. 

aku mahu jadi seperti mereka. Yang mendahulukan Allah lebih daripada segala galanya. Yang menchentai adek2 kerana Allah. Yang membuat kerja tersusun semata mata untuk dipersembahkan pada Allah untuk akhirat nanti.

Yang sentiasa positif dan yakin pada janji2 Allah. 
Usaha. Semoga Allah pandang usaha ini untuk berubah menjadi lebih baik. Dan semoga hati ini terus kuat untuk berada di atas jalan chenta para pejuang Islam. 

kuatlah !

jangan lemah!


volgograd, russia

14.2.2014
bukan valentine's tapi palestine di hatiku
11.05pm 

*entri tiada kaitan dengan tajuk utama*

Follow Us @kedakulitcantik